Assalamualaikum...
Biasanya jika bercuti bersama keluarga kami akan cari homestay, keluarga ramai memang berbaloi ambil homestay, dapat save bajet dari segi duit untuk hotel kan.
Cuti-cuti kuantan yang tak dirancang tapi dah tahu nak pergi kuatan dari awal, jadi survey-survey jugalah homestay untuk diduduki selama 3 hari 2 malam nantikan. Ada yang menraik tapi dah takde kosong pada date yang hendak pergi tu, jadi cari homestay yang lain. Alhamdulillah jumpa satu homestay yang bersesuaian dan harga pun berpatutan.
Inilah homestay yang kami duduk sepanjang berada di kuantan, rumah teres setingkat 3 bilik 2 bilik air, 2 bilik dilengkapi dengan aircond, bilik ke-3 cuma ada kipas dan 2 katil single.
Ruang dapur pun luas, lengkap dengan meja makan dan peralatan memasak, ruang kecil dibelakang disediakan dapur ( boleh digunakan, gas juga disediakan dalam tong-tong yang kecil) mesin basuh dan seterika. Semua pun selesa dan puashati.
yang paling best tentang homestay ni adalah kedudukannya yang berhampiran dengan tempat makan yang terkenal di tg.lumpur, antaranya awana tom yam dan ikan bakar, hasri tom yam, marina seafood dan banyak lagi yang boleh dipilih, tak jauh pun dalam 5 minit perjalanan menggunakan kereta.. abang adam lagi best, siap cakap "mama..lepas makan ni kita berjalan je balik rumah, bukan jauh pun" hamboihhh...tak kuasa mama nak berjalan hahaha...dah datang naik kereta takkan nak balik berjalan kaki kot abang..
Sekali lagi di homestay ini, menuntut kejujuran bagi penyewa...ketika sampai telefon untuk check in, tapi owner kata, kunci sudah ada di peti surat, pagar tidak berkunci.okeh tak apa kita masuk dululah, sedangkan duit baki homestay belum dibayar, sebelum ni bayar deposit je RM50.Sehingga hari check out pun masih belum bayar, call owner, owner cakap tak sempat jumpa, nanti bank in kan je baki bayaran pada bila-bila masa je.
Buah hati mama cakap, ini macam kalau orang tak jujur, mau tak bayar terus nih...tapi kita wajib jujurkan...walaupun owner tu tak kenal kita dan kita boleh je buat-buat pejam mata tak bayar, tapi kita dah guna jadi kita wajiblah bayar, tak mahu pula ditanya disana nanti kan..
okeh kalau ada yang nak berjalan ke kuantan dan memerlukan homestay bolehlah ke sini
homestay permaisuri
yang beralamat di
No.21 Lorong kempadang aman 85
Taman kempadang aman
Jalan tg.lumpur (kuantan - soi)
26060 kuantan
Pahang
013-9574334
ok itu sajalah yang mama dapat kongsi berkenaan homestay yang mama dan family tinggal semasa dikuantan..
Habis sudah cerita jalan-jalan kuantan.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
assalam kak n famili kalau bercuti kemana mana mmg suka tinggal di homestay boleh rasa mcm duduk rumah sendiri sat...untuk bertemu penyewa homestay yg baik xberkira n xcerewet,,
ReplyDeletemenarik...
ReplyDeletewah..camtu sekali dia letak kepercayaan ya?
ReplyDeletemenarik sekali mb, sukses selalu :)
ReplyDeleteMoga makin maju bisnes homestay yang akak cerita ni.. bila berniaga dengan baik, lengkap kemudahannya, kita yang duduk pun terasa bahagia..
ReplyDeletebaiknya hati tuan rumah..percaya kan pelanggannya.
ReplyDeleteky pun kalau ada penyewa homestay minta letak dlm sampul letak atas meja..
sibuk sangatlah tuan tuan homestay..tu yg tak kisah sgt pasal bayaran..agaknya dah kaya.hehe..
ReplyDeleteapa pun klu rumah bersih kemudahan semua ada..puas hati kira oklah kan
betul kan kak. dah kita guna takkan kita nak balik buta2 macam tu. dekat dunia terlepas lah nanti dekat akhirat pandai2 la menjawab cari balik dalam banyak2 tu dekat sana nun
ReplyDelete