Friday 13 November 2015

Kasih seorang abang

Assalamualaikum...

365 tip didik anak gaya nabi.

Tip 1

Membisikkan dalam hati bahawa anak adalah amanah Allah swt.

Apabila terasa penat atau marah dengan kenakalan anak-anak, bisikkan dalam hati bahawa :

-anak adalah amanah dari Allah swt
-anak adalah aset dan saham kita di syurga

Tip ini dapat memupuk kesabaran dan  sifat tanggungjawab dalam diri ibu bapa.

                               *************************



Walaupun gambar kabur,mama share juga. Bukan senang mama dapat snap moment-moment macam ni...

Anak-anak syurga mama ni, walaupun selalu bercakaran  selalu dipukul adelya,tapi tengoklah tu kasih seorang abang.. Tolong sikatkan rambut adelya, adelya pun mengikut je, abang adrien suruh duduk dia duduk, abang suruh pusing adelya pusing.

Tersentuh hati mama ni menengoknya. Moga kasih sayang anak-anak mama sentiasa teguh.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

14 comments:

  1. Kalau dah kata bebudak macam itulah AA. Kadang kita masih geram sebab bergaduh tapi mereka dah berbaik adik-beradik dah gelak-gelak. Kesabaran kena ada bila dah jadi ibu-bapa..

    ReplyDelete
  2. Tu lah dinamakan adik beradik AA..
    Sayangnya tidak boleh dipisahkan..
    Walaupun selalu bercakaran..
    Air dicincang tak akan putus..

    ReplyDelete
  3. ala...sweetnya abang sihat rambut adik

    ReplyDelete
  4. alo..lo..lo..so sweet depa ni...betul tu sis..anak2 kadang saling bergaduh tapi bila masa berkasih syg tersentuh hati plak kita gk... hihi.. TQ for the tips tu ya... :)

    ReplyDelete
  5. sbb tu org tua2 kata adik mcm air di cincang takkan pts...
    camne bercakaran pun ada masanya itulah kwn baik kita

    ReplyDelete
  6. Sebab Adelya tu tahu... abang adrien nak cantikkan dia... tulah mau je di suruh duduk diam-diam, abg adrien nak sikatkan rambutnya... hehehe.. Comel je keletah dorang kan mama aryan.

    ReplyDelete
  7. betul tu kak
    saya skrg, kalau tgk rania, kalau buat perkara yang merisaukan kita, urut dada je. nak marah pon 2,3 kali pikir, tunggu lama, Allah dah bagi, jaga elok elok. mak selalu pesan mcm tu kt saya.
    smga saya terus sabaar dan sabar utk melayan keletah rania..

    ReplyDelete
  8. aduhai...
    ni la yg kena kita pupuk dari diorang kecik ekk. sgt la lovely nampak nyer.
    agar dia tau berkasih sayang tu penting.
    abang sayang adik.
    adik sayang abang...

    ReplyDelete
  9. alahai so cute lah dak dua org ni

    ReplyDelete
  10. Allah sebak pulak tengok. moga ank2 mama ni terus bahagia bersama sampai bila2 amin

    ReplyDelete
  11. saya belajar satu perkara hari ni
    nice sharing kak =)

    tetiba saya plak touching ni
    teringat anak2 kat rumah
    camnilah juga rupa diorang
    gaduh kadang bikin panas hati
    tapi kalau baik camni...rasa nak meraung pulak kita dibuatnya kan

    ReplyDelete
  12. So sweet. Time gaduh bukan main lagi. Kalau time baik...baik betul kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...