Monday, 16 November 2015

Mana tudung yaya?

Assalamualaikum...

365 tip didik anak gaya Nabi

Tip 3

Ajar anak mengenali Allah s.w.t dengan sifat-sifat 20.

Cara mudah menghafal sifat-sifat 20 Allah s.w.t adalah dengan melagukan dan diulang-ulang secara konsisten supaya anak sentiasa ingat dan mengakui kebesaran-Nya.

Pasang lagu sifat 20 dan bernasyid bersama anak-anak.Jelaskan maksud bagi setiap sifat. Contohnya :

-Wujud : Ada
-Baqa    : Kekal
-Qudrah : Berkuasa

                         *******************************************************



Kadang-kadang mood nak bertudung datang, adelya akan tanya mama "mama..tudung yaya mana?" Mama pun akan cepat-cepat ambil dan pakaikan tudung untuk adelya. Sambil tu mama cakaplah "adelya perempuan,adelya kena pakai tudung tau,adelya lagi cantik bila pakai tudung" hihihi....

saja mama tambahkan pujian tu, bukan nak berbangga atau apa tapi biasalah nak bagi anak-anak buat sesuatu yang baik kenalah sertakan dengan pujian, bagi anak-anak bersemangat sikit nak buat benda baikkan.

Sekarang ni mama memang sediakan je tudung untuk adelya, bila-bila masa adelya minta nak pakai tudung mama akan pakaikan..saja ajar dari awal sebab mama suka tengok anak kawan-kawan yang masih kecil bertudung, nampak comel sangat.

Adelya dah makin tembam pipinya tu sebab kuat betul makan sekarang ni...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

10 comments:

  1. Penerapan dari kecil itu yg betul. Tapi kita ni sebagai mak-ayah menjadi cermin buat anak-anak.
    Kalau nak anak jadi baik kita kena baik dulu. Bagus Adelya dah pandai. Memang comel bebudak kalau pakai tudung kan. Kakak suka tengok..:)

    ReplyDelete
  2. betul kan tuh... mcm bdk laki senang skit bab pemakaian tuh.... aiyan pun dh jarang bg dia pakai seluar pendek.... biar dia reti segan kalu pakai sluar pendek....

    yelah, bdk2 kalu dgr yg kita lagu2 atau nasyid dia suke... mcm asmaul husna... ralit aiyan duk ikut walaupun sebutan tak btl...jnji dia suke lama2 ok lah sebutan tuh

    ReplyDelete
  3. elok la tu. terapkan dari dia kecik gini.
    moga ia melekat dlm hati dia :)
    aida da lega sebab anak2 dara aida da tetap bertudung.
    walaupun masih kecik :) pilihan diorang. tak pernah paksa.

    ReplyDelete
  4. alaaaa omeinya Adelya..siap minta nak pakai tudung tu..semoga jadi anak yang solehah dgr cakap mama eh..

    ReplyDelete
  5. TQ utk tips no 3 tu ya sis.... insyaAllah sama2 kita amalkan...
    comelll Adelya bertudung...so cutee tau... didik dr kecil kan... :):)

    ReplyDelete
  6. memang cantik..sweet n cute....baru nampak gegirl yaya :-))

    ReplyDelete
  7. siap usung balang lagi haaaa hihihihi comel Adelya ni. tapi bak kata pepatah kak. meluntur buluh biar dari rebungnya. walau kadang ada org kata kecik lagi buat apa nak bertudung bagai. panas. tapi dari kecik ni la nak didik kan. dah jadi buluh nanti kita jugak yg menangis anak membentak melawan bagai

    ReplyDelete
  8. aisyah dulu masa kecik senang sangat pakai tudung
    sekarang dia dah pandai buka
    pakai kejab aje buka, kadang tetiba minta
    tapi camtulah, kejab aje pakai
    saya pun berniat nak ajo dia bertudung dari kecik
    tu tanggungjawab kita kan sebagai parent

    adelya comellah pakai tudung
    gambo dia aritu yang akak bagi pun saya ada lagi
    comel betul rasanya anak dara sorang ni =)

    ReplyDelete
  9. tq berkongsi tip2 menarik and yr gegirl was so cutelah dear he3

    ReplyDelete
  10. Good tips. Comel nya anak dara ni bertudung ☺

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...