Thursday, 5 November 2015

meatbal homemade


Assalamualaikum....

Hujung minggu lepas, tetiba tekak terasa nak makan meatball, teringat meatball ikea, nak pegi sana semata-mata nak makan meatball memang tak lah kan, lagipun memang dah berkurun mama tak jejak kaki ke ikea tu.

Jadi mama ajak buah hati pergi giant cari bahan, kata mama nak buat meatball sendiri...hehehe mujurlah buah hati mama tu jenis melayankan saja, tekak buah hati mama tu pun tak kisah, makanan apa pun boleh masuk je asalkan sedap...

Maka...hari itu terhasillah meatball homemade tapi takde lah macam ikea tu..ini meatball versi mama la..




Amacam ada nampak macam meatball ikea tak? heheh..kira oklah ni sebab buah hati mama makan sampai licin

Ada yang nak cuba tak? meh mama bagi resepi..

Bahan-bahan :

500gm daging (dikisar)
1/2 biji bawang holland (mama suka guna bawang holland sebab rasa macam sedap jek...hehehe)
1 sudu butter
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu serbuk kulit kayu manis
1 sudu mixed spices
1/2 sudu gula
1/2 sudu garam
30ml fresh milk
1 biji telur

bawang holland ditumis dengan butter, dah wangi dan masak...tutup api..
kemudian campur semua bahan diatas...uli sehingga menjadi doh.
dah siap, ambil sedikit-sedikit dan bentukkan seperti gambar diatas, besar mana tu terpulanglah.
Bila dah siap semua, goreng dengan menggunakan butter (butter dari menggoreng jangan dibuang)

Bahan untuk gravy :

1 ketul kiub ayam
1 sudu kicap cair
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 sudu tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)*
1 cawan whipping cream*

Masak semua bahan kecuali yang bertanda *..didihkan dan rasa, selepas itu masukkan bancuhan tepung dan whipping cream sedikit demi sedikit, tengok dah agak pekat tutup api...sedia untuk dihidangkan...


Hiasan tambahan :

Boleh potong salad salad dan karot digaul dengan mayonis
1 biji kentang mama belah-belah dan goreng ( sedap anak-anak makan cicah dengan gravy yang mama buat tu...hehehe)

ok selamat mencuba

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam




17 comments:

  1. Wah nampak menyelerakan.. Bila2 boleh cuba resepi aryan azra ni.. Untunglah pandai masak, bila teringin masak sendiri.. :-)

    By the way, thanks for sharing this recipe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lah pandai sangat pun hehehe...kadang2 terasa nak buat sendiri

      Delete
  2. alahai Mama... sedap nya lah meatball...sy jarang makan ni sis.. nak buat sendiri mmg idak lah..hahah.... dah jumpa resepi ni boleh lah cuba klu rajin....
    nampak sedap sgt sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah atie...taktau la sedap tak yang akak buat ni, main taram je hahaha

      Delete
  3. Ada satu lagi tertinggal tu mama aryan... dia punya 'jem'nya... baru betul-betul macam ikea punya...

    Alahai rajinnya buat meatball sendiri, kalau saya pakai yang dah siap tu... selalunya saya guna jenama Marina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke sweetie..hehehe dah lama tak makan meatball ikea tu,jadi dah terlupa macammana

      takde lah rajin sangat, kadang2 je terasa nak buat sendiri.

      betul tu brand marina sedap, 1 lagi yang saya selalu beli meatball brand azmy

      Delete
    2. Haha.. beli brand nama suami dia

      Delete
  4. ni baru lah original kalu tak beli siap meatball tinggal buat kuah je hehehhehe

    ReplyDelete
  5. Akak mmg rajin.. pasti sedap tu.. nampak pun menyelerakan...

    ReplyDelete
  6. memang kak kalau buat sendiri.
    terlebih rasa atau apa pon x kisah. just repair lain kali. itu saya la. sbb xlist kita cuba buat yg terbaik, kan !

    ReplyDelete
  7. jadik la kan. buat sendiri. nak gi ikea tu ntah bila.
    ari tu kakak buat meatball.
    makan dgn mihun sup jadik bakso.
    sgt sedap. aida tak amik resepi dia pun ha ha ha ha...
    nanti next week nak buat dgn dia.

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaaaaaa homemade ni lagi sedap. lagi kita rasa selamat sebab dijamin bersih kan. rajin mama ber meatball ;)

    ReplyDelete
  9. wah rajin akak buat sendiri meatball kak
    saya biasa beli ready-made aje

    p/s-sedap sangat ke yang ikea tu. saya belum penah rasa. sampai ikea pun tak penah

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...