Wednesday, 25 November 2015

Abang balik kampung

Assalamualaikum...

Malam pertama tanpa abang,sunyi rumah mama rasa kalau tak abang la yang suka gaduh dengan mamapapa. Adrien pun tak mahu bermain sangat, boring abang takde katanya.

Sebenarnya abang balik kampung cuti sekolah ni,permintaan abang walau berat mama nak lepaskan tapi mama relakan, ye lah belum pernah berpisah lama dengan abang.

Bukan setakat mama, adik-adik pun teringatkan abang. Tengok video yang paklong hantar adik-adik dok panggil abang...abang...sedih pula mama tengok.

Adrien makan coklat sikit terus simpan, adrien kata ini untuk abang,nanti abang nak makan...tengok adik ingatkan abang, makan pun ingat pada abang. Mama suruh mandi pun nak tunggu abang,bila mama cakap abang dekat kampung baru adik mandi.

Adelya pun ingat abang juga,bila mama tanya mana abang¿ adelya cakap abang pegi sekolah...hihihi

Mujur juga sekarang senang ada group whatsapp dengan family...wan,acu dan paklong selalu bagi gambar aktiviti abang dekat kampung,walaupun baru hari pertama..


Antara gambar-gambar yang wan,paklong dan acu kongsi. Abang ikut wan shopping,abang minum petang...debablah abang lepas ni sebab makan sedap-sedap kat kampung.

Abang ikut tok pegi surau,nak biasakan abang dengan surau dan masjid,dekat sini papa bawa pegi surau,abang jumpa kawan main lupa solat..papa nak solat pun tak senang risau abang hilang entah ke mana.

Balik surau abang terus ambil buku yang mama bekalkan abang buat homework...alhamdulillah mama bangga dengan abang sebab abang ingat semua pesan mama,abang pandai berdikari walaupun kat rumah wan.

Mama pun macam biasalah banyak bagi pesanan penaja dekat acu, malam tadi acu dah mula jadi cikgu untuk abang. Moga abang terus bersemangat dan istiqomah ke surau dan belajar..mamapapa sentiasa doakan abang.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


18 comments:

  1. semoga abg seronok tinggal dikampung dan dapat belajar sesuatu yg baru dlm hidup abg..

    ReplyDelete
  2. seronok la tu abang dapat dok kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok la tu, semua tertumpu pada abg seorang

      Delete
  3. Abang kat ibarat kain putih,
    Mama, wan, Atok, Acu semua tu membantu utk mencorakkannya
    Alhamdulillah... lega bila tengok anak macam itu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...lega menengoknya, moga abang lebih baik bila berada dikampung

      Delete
  4. si abg balik kg? hu hu hu rindu la mama.
    anak2 aida di KL. yes, adik-beradik share gambo diorang dlm wassap.
    pengubat rindu, kan :)

    bab abg da ke surau ikut atok tu, sedap aida membacanya.
    senang hati mama nyer :) itu yg diharapkan, kan.
    drpd main aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maunya mama tak rindu..huhu

      aah mama pun seronok tengok abang pegi surau tu

      Delete
  5. alolo cian budak berdua tu..agak ni kali pertama ke berpisah dengan abang nya

    ReplyDelete
  6. salam.. seronoklah abang jd budak kg sekejap yer... something bout you di blog KA yer .. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam KA..aah seronok abang,

      Tq KA sudi tulis pasal saya di blog KA

      Delete
  7. Mau tak rindu. Saya pon mungkin hantar anak minggu ni kat umah wan dia. Tapi kat Rawang jer ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rindu la fiza, mama pun dah rindu abang ni...hehehe

      Delete
  8. sunyi lah ye sis bila abg ke kampung.. cian plak adik2 rindu abg... tengok aktiviti abg kat kg tu pun tau best... seronok dia ...huhu
    sbnrnya anak2 suka kan bila balik kg ni..sana suasana pun lain... sy ni klu nak antar abg Pae tu balik kg kenalah dia flight ke KL_Melaka, kg babah dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunyi juga atie sebab biasanya abang la yang buat rumah jadi bising

      Delete
  9. alahaiiiiiiii memang rindu la adik2 tu dah biasa ada abang tiba2 abang takde huuu. memang sunyi kalau takde salah sorg kan kak walau kita ada dua lagi bala tentera dekat rumah tu. tapi mana nak sama. takpe la untuk kebaikan abang kan. mana tau berpisah kejap ni nanti kasih sayang dorang lagi rapat ke kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kira sunyi rasa bila takde salah sorang ni, bukan apa biasa dengar suara tiga orang kali ni dengar dua suara je, lain rasanya.

      inshaAllah moga hubungan mereka bertambah rapat

      Delete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...