Assalamualaikum...
malas mama nak tunggu lama-lama cerita pasal cuti-cuti cameron nih, habiskan terus untuk hari ketiga.tapi ada lagi nanti untuk entri penginapan dan muzium 3D hehehe...
malam kedua kami ke pasar malam brinchang, walaupun hujan kami redah jua, mama bukan nak cari apapun cuma nak cari t-shirt untuk kami anak-beranak, tapi terbeli jugalah topi untuk anak-anak, ok lah waktu hujan sesuai juga dipakai, laju je mama dan buah hati jalan cari kedai menjual baju. jumpa satu kedai terus borong kat situ je, baju mamapapa dan anak-anak cukuplah sehelai sorang sebagai kenang-kenangan kan...
selesai membeli baju, baru follow wan dan adik-adik ipar membeli barang-barang lain teh, coklat dan barang-barang lain lagi, mama follow je sebab tak tahu nak beli apa lagi.
hujan malam tu semua berpayung, abang adam pula luka lututnya sebab terjatuh, walaupun hujan orang tetap ramai, mama tunggu dari jauh je melihat wan adik-adik ipar membeli barang.
esoknya selepas check out kami singgah makan dan membeli belah lagi di satu tempat macam pasar yang mama tak tau apa namanya, atas sikit dari kea farm atau memang termasuk dalam kea farm tu...hehehe tapi memang ramailah orang berenti membeli barang disini, mama juga rembatlah juga teh dan coklat sebagai buah tangan untuk orang terdekat.
selepas membeli belah kami tuju ke bee farm..sayangnya tak dapat pun tengok lebah sebab hujan, jalan nak turun ke bawah tu licin kang ada yang terlentang hahaha, mama la takut terlentang so kita duduk je dekat atas, kemudian bersalam-salamam untuk balik, kami berpisah dengan family in law dekat bee farm tu, mereka balik ikut koyan kami balik ikut simpang pulai.
bunga ini menarik hati mama juga, ada bermacam-macam warna, diletakkan bergantungan sepanjang jalan semasa dalam big red strawbery farm yang mama pergi semalam...hahaha saja mama nak share juga bunga ni sebab cantik..
berakhirlah percutian 3 hari 2 malam kami di cameron highland, moga semua berpuashati dengan percutian ini. walaupun pergerakan terbatas tapi tempat yang hendak dituju tu dapatlah juga masuk, cuma ada lagi beberapa tempat yang mama nak pergi masih tidak dapat pergi, mungkin lain kali jika ada kesempatan boleh pergi lagi kan, mama dah usha-usha hotel yanga da berdekatan situ, mungkin boleh pergi untuk honeymoon ke...hehehe
oklah sampai ketemu lagi
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Cemburunya..huhuhu
ReplyDeleteyan pergilah nanti jalan2 di cameron
DeleteTerima kasih belikan aimy topi..
ReplyDeleteKalau ikutkan banyak lagi tempat yang tak singgah..
Baru ni ada terbaca pasal S'corner.. katanya kat situ brg murah2..
dpt tau psl tmpt tu pun lps da balik dari cameron..
next time kalau pegi lagi blh la cari tempat tu pulak..
sama-sama...
Deleteaah banyak lagi tempat nak singgah sebenarnya, mujur juga amik 3hari 2 malam dapat juga pergi banyak tempat kalau semalam je, mesti tak sempat nak pergi
3D muzium cepat2 update nak tahu jugak apa yg best
ReplyDeleteinshaAllah aimi, akak update lepas ni ye
Deletekak kalau nak pegi lagi sila pegi bukan musim hujan. dekat sana ada rumah peranginan untuk kakitangan semalam RM50 tak silap. tapi tula kena selalu check kekosongan dia. murah je kan. rumah tu tak jauh pun tanah rata
ReplyDeleteye ke kira, akak ni tak pernah check pun rumah untuk kakitangan...hehehe, murah tu rm50 je semalam
Delete*dari tanah rata :D
ReplyDeletepenah pg ke CH akhir tahun mmg lah ujan je kejenyer... sejuk toksah cakap lah bila dh asik ujan je...
ReplyDeletemasa akak pergi ni hujannya sekejap2, sejuk tu memang la, gigil kena air
Deletenampak apdet pasal cameron teringin plak nak pegi..
ReplyDeletedah sampai sana cam bosan..
yang suka bunga2, strwbery tak bosan la macam akak ni...hahaha
Deletekat cameron jem tak?
ReplyDeletemasa akak pergi ni tak jem sangat
Deleteklu tak hujan , mesti seronok jln2 kat pasar brinchang tu ...
ReplyDeleteHaha. Hujan pun kemain seronok tu kurang kat sana. Ok sangatla tu ya. Kalau pergi ramai2 memang syok snagatla.. sian abang adam ya, arap lututnya dah ok ya.. biasalah budak2 ya..
ReplyDeletethn depan da inform mr.asben, aida nak ajak dia gi CH lg skali.
ReplyDeleteanother 2 nights :)
ari tu gi musim ujan. best tapi lebih best kalau x ujan :)