Assalamualaikum....
Mama ni takdelah kreatif pun tapi mama suka sesuatu yang berseni & cantik. Mama juga suka buat sesuatu kononnya kreatif la hihihi walapon takde la kreatif mana pun.
Ingat buku mini yang mama buat untuk anak-anak hari tu? ada yang minta mama buatkan dan ada yang bertanya lagi tu...wah seronok pula mama hasil keje tangan mama tu mendapat perhatian.
Buku yang mama hasilkan untuk kawan mama..alhamdulillah anaknya pun suka,cantik katanya..hihihi. Bahan pembelajaran tu mama ambil dari bahan yang dikongsi dari kawan mama...amacam cantik ke idok? hasil keje mama tu hihi bagi komen yang jujur supaya mama bole perbaiki lagi hasil kerja mama...
seronok sebenarnya buat keje ni, walaupun agak renyah,nak print,gunting dan tampal. pulak tu ada yang dok busy body masa mama buat keje tu tapi mama suka buat benda ni.
Ini satu lagi hasil kerja mama, memandangkan abang adam last di tadika, mama pun buatlah satu kad untuk cikgu abang adam, mama suruh abang bagi pada cikgu. Bahagian dalam mama suruh abang adam tulis.
Seronok rasanya dapat buat sesuatu untuk menggembirakan orang lain, walaupun kecil sahaja apa yang mama buat tapi bila dapat puaskan hati orang itu sudah memadai, macam mama jugalah, tak perlu beri yang banyak cukup sekadar ingatan itu sudah memadai, ada kawan2 yang masih sudi jenguk blog mama ni pun syukur alhamdulillah...
Terima kasih buat yang sudi jenguk mama selalu...perhatian sahabat amat mama hargai, mungkin nanti akan ada penghargaan buat sahabat..inshaAllah..
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
cantiknya Mama buat.. :)) tahniah! kreatif sangat walaupun tajuknya kerastangan., ternyata tidak keras... hihi..
ReplyDeleteJemput datang
terima kasih lia...keras juga tangan ni, tapi tetap nak buat untuk anak2..hehe
DeleteinshaAllah lia...kalau ada kelapangan akak datang, teringin juga nak tudung werda tu
Wah.. dh berkecimpung dalam bidang busy book pulak.. hebat la akk. Nampak kemas je hasil keje tu.. saya ada juga beli barang2 nk buat busy book 2 bulan lalu tp sampai skrg, tersimpan je.. huhu..kes m apa lagi..
ReplyDeletetakde la hebat mana aisy...hehehe cuma teringin nak buat bila tengok kawan2 buat, saja lah cuba2 tengok ada bakat ke tidak akak ni
Deletekemas dan cantik
ReplyDeletesaja cuba2 je ni ciksu, banyak lagi yang akak nak cuba buat, kena cari ilham dulu
Deletesaya suka tgk hasil kraf mcm ni tapi tak rajin nak buat . simple tapi cantik ...
ReplyDeleteakak ni mencuba setakat yang akak mampu je...hehehe
DeleteNice!.
ReplyDeleteI love pink colour!. Nmpk sweet hasilnya.
akak pun suka pink..
DeleteCantek....kreatif.... boleh lah jadi kan kerja sampingan untuk menambahan pendapatan...
ReplyDeletealamak, comel nyer :)
ReplyDeletesgt rajin!
Cantik.. initiative yg baik.. smga terus smgt utk hasilkan sesuatu yg kreatif
ReplyDeletecantik....permainan warna tu sangat penting kan
ReplyDeletecantik hasil kerjanya...kalau saya yang buat ni tak tahula bila siapnya..hihi..
ReplyDeleteyang ni kira kreatif sgtlah tu.. Kalau kat rumah KA lagi pening melayan kerja kreatif adik tu he3, mcm2 nak dibikinnyer
ReplyDeleteKretiif tu. Cantik & kemas jer ☺
ReplyDeletewowww..memang cantik lah sis..ini klu sy pun mauuu...haha..
ReplyDeletesy pernah dapat yg notebook tahun2 lepas..dr sabahat blogger gak..
rajin dan kreatif... mesti cikgu adam suka bila dapat...
cantik, kreatif, kemas. kira belum ada masa nak pegi print lagi. dekat rumah printer dah habis ink huuuu
ReplyDelete