Assalamualaikum...
Mama bercuti hari ni, memang kebetulan ambil cuti, ingat nak sambung-sambung cuti di kampung balik dari Cameron tapi abang adam ada ujian diagnostik pula pada hari ini, so dari cameron kita terus balik rumah je.
Untung juga mama bercuti dapatlah temankan abang adam menduduki ujiannya, kalau mama tak bercuti pun harus mama ambil EL je ni untuk temankan abang adam. Tak mahu lagi terlepas perkara-perkara yang penting dalam hidup mama ni.
Selepas hantar adrien dan adelya ke taska, mamapapa dan abang adam terus ke sekolah abang adam. abang yang nak menduduki ujian, mama yang berdebar...hehehe biasalah mama kan...
Sempat lagi bergambar dengan abang adam, kenangan kali pertama abang adam mengenakan baju sekolah, tengok abang pakai baju sekolah pun mata mama dah berkaca, besar dah anak mama ni.
Sampai saja di kantin, tengok nama anak di kelas mana untuk pendaftaran, cikgu dah susun nama ikut abjad, senanglah nak cari sebab abang huruf 'A' mudah nak nampak, nama abang nombor tujuh yang didepan tu dari 1-6 pun semua pangkal nama adam...hehehe, bila anak-anak beratur mak ayah panggil adam untuk bergambar semua pandang, mujur mama panggil abang..
beratur mengikut kelas sebelum dibawa masuk untuk ujian, semasa anak-anak menduduki ujian ibubapa dengar taklimat di dewan. Kata Guru Besar, saja dibuat begitu supaya ibubapa tidak meolong anak-anak menjawab soalan ujian...hehehe oooo ada juga ke yang tolong anak-anak jawab ujian.
Selepas habis dengar taklimat baru ibubapa dibenarkan pergi tengok anak-anak dikelas masing-masing, senang je mama nak cari abang sebab kelas abang dibawah je, mama jenguk abang ikut tingkap..tengoklah abang tu...masam jeee
Mama tanya abang, boleh jawab tak? abang jawab boleh...abangkan pandai...hehehe ye lah anak mama memang pandai, mama tak kisah abang duduk kelas mana, yang penting abang dapat belajar dengan baik dan abang mudah menerima setiap pelajaran yang diajarkan oleh cikgu abang.
Habis ujian diagnostik, mamapapa bawa abang ke putrajaya pula untuk settlekan satu lagi masalah, masalah apa tu, nanti mama cerita di entri lain...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidini Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
oohhh ada ye ujian ni sis... sorry nak tanya..ini utk masuk darjah 1 ke @ untuk msuk darjah 2? (maklum blm ada experience anak sekolah rendah...huhu )
ReplyDeletegood luck abg Adam.. pandai dia...
ujian ini untuk penentuan kelas atie untuk darjah 1 je, selepas menduduki ujian ni cikgu akan letakkan anak2 mengikut keupayaan mereka hasil dari menjawab soalan ujian.
Deleteohhh... TQ sis atas pencerahan...nampak nya thn depan kena bersedialah jg utk abg Pae sy tu :)
DeleteBegitulah ironinya kehidupan kita sebagai ibu-bapa.
ReplyDeletePelan-pelan kita melihat anak membesar dan akhirnya dia meninggalkan rumah demi masa depan mereka juga. Kakak dah alami semua ini. Airmata gembira tapi sedih selalu ada bila anak berjaya atau terpaksa kita tinggalkannya.
Selamat menuju alam persekolahan buat abang Adam.
betul tu kak..sedikit2 dah mula terasa saya ni,walapon anak baru nak memasuki darjah 1, terasa cepat je waktu berlalu
DeleteBila nak naik Darjah 1 ni memang kena ada ujian utk tentukan kelas kan AA..
ReplyDeleteSemoga Adam mendapat kelas yg terbaik..
betul tu kak...inshaAllah moga2 begitulah hendaknya, terima kasih mendoakan adam
Deleteank sy baru nak preschool tahun dpn, tapi dah mcm2 test. %markah pun dah tggi, sush kan sekarg. tak mcm kita dulu.hihii
ReplyDeleteanyway jom join : Misi kembara Si Citam
betul tu sekarang ni macam2 test yang ada..
DeleteinshaAllah...nanti akak join ye
semoga berjaya abg adam..
ReplyDeleteselamat menempuh alam persekolahan.. sekejap je da darjah 1..
terima kasih mendoakan abang adam....inshaAllah aaminn
DeleteDah merasa ya pengalaman ni? Sebagai cikgu tiap2 tahun saya alami, sbg mak blm lg.. mmg masa ni terasa sedih sebak gembira dan macam2 sekali gus.. rasa dah besar anak..tu sbg cikgu fikir, kalau sbg mak tahun dpn baru nak rasanya..
ReplyDeletebaru kali pertama merasa...segala macam rasa pun ada aisy...terasa cepat je anak2 membesar
Deleteanak buah aida pun da orientasi and ujian utk naik darjah satu 2016 nanti.
ReplyDeleteawal ekk zaman skang ni.
next year ijat sarung uniform tadika. tu pun dah buat aida sedih...
apatah lagi baju skola rendah tu... :(
wah kejap je masa berlalu..dah nak darjah 1
ReplyDeleteAlhamdulillah dh selesai dah exam orientasi tu yer... lega sudah yg penting doakan dan sokong anak2 kita kan !
ReplyDeleteNak masuk darjah 1 pon ada ujian skang kan.
ReplyDeletebesar dah abang. dorang ni kecik2 lagi dah banyak ujian. exam itu ini kan kak. tambah kalau pandai lagiiii banyak ujian nak kena hadap. kadang kesian tapi tula demi masa depan dorang jugak
ReplyDelete