Stew ayam

Assalamualaikum....

Hari tu mama berpuasa, pastu biasalah kan bila berpuasa ni macam-macam pulak terlintas kat kepala ni, nak makan apa? nak makan apa? huhu teruk sungguh la kan...ini mama je la orang lain mama tak tau la sama ke tak.

Lepas tu dalam dok fikir-fikir tu...hahhh masak stew ayam pun ok jugak nih, tambah pulak hujan makan panas-panas memang mabelles rasanya...cehhh tak boleh blah betul mama ni...heheh



maka jadilah stew ayam untuk mama berbuka, mana ayamnyer mama??? hahaha...ayam tak nampak le pulok..ada tu nampak sikit hehehe

sapa-sapa nak cuba ? ni ha resepi mama sertakan sekali..ecehhh, bertabahlah ye, dah jadi blog resepi pulak ni..

ini mengikut anggaran resepi yang mama buatlah ye...

Bahan-bahan :

7-8 ketul ayam
1/2 biji bawang besar (mama guna bawang holland, sebab bawang tu je ada kat dapur mama tu)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 ketul kulit kayu manis ( ketul ke? ke apa nak panggil...taram je lah ye)
1 kuntum bunga lawang
2 sudu tepung gandum
sesudu kicap manis (kicap masin pun boleh, tapi kat dapur mama ada kicap manis je)
sesudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
sebiji kentang (potong ikut suka)
sebatang karot (potong ikut suka)
sebiji tomato

Cara masak :

Tumis semua bahan penumis diatas (semua tahukan hehehe...) tumis hingga naik bau, masukkan ayam dan sedikit air, kemudian bancuh tepung gandum dengan sedikit air, masukkan ke dalam masakan.

Tambahkan kicap, kemudian masukkan kentang, karot, akhir sekali masukkan tomato..perisakan dengan garam..siap untuk dihidangkan.

Masa makan nasi tu, sepanjang masa abang adam puji mama, sekali suap sekali puji..kembang setalam mama dibuatnya..

"sedaplah mama masak, nanti mama masak macam ni lagi ye"
"sedaplah mama, nanti abang nak makan denga roti pulak, bolehkan?"

Macam-macamlah pujian abang, sampai nak tercekik mama masa makan tu...hehehe.

Abang adam sayang memang mulut maniskan, bab puji mama memang serah kat dia la...hehehe

apapun..alhamdulillah anak-anak suka apa yang mama masak

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Comments

  1. wow...memang sedap lah tu sis...siap kena puji lagi...hihi...
    makan masa hujan2 lagi lah erk...nak kena simpan resepi ni..nti nak cuba jugak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah atie...hehehe, mana tahu atie masak lagi sedap

      Delete
  2. dah cuba hari tu.. aimy pun suka makan dgn roti..

    ReplyDelete
  3. cicah ngn roti mmg ngam nih... pekat2 gitu kn

    ReplyDelete
  4. tak penah masak ni
    ..sesekali nk cuba lah :-))

    ReplyDelete
  5. memang la sedap.
    makan dgn nasi panas.
    kalau aida, tambah skit buat kicap cili padi.
    pergggh :)

    ReplyDelete
  6. mak ai...saya yang nengok ni pun terasa perghhh
    belum rasa lagi tu =)
    saya belum penah buat stew ni...tekak melayu ramai kat rumah tu =)

    ReplyDelete
  7. memang sedap. bila dihirup waktu panas dikala hari hujan kan.

    ReplyDelete
  8. Wah.. nampak menarik ni.. nak try nanti..

    ReplyDelete
  9. nampak menarik dan seda mama...nak try lah resipi ni

    ReplyDelete
  10. wahhhhh sedapnya nampak!!! sama lah kita kak. bila puasa mula bukak blog masakan cari nak masak ape petang berbuka jap lagi. macam-macam teringinnya kihkihkih

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts