Assalamualaikum....
seronok rasa bila dikelilingi orang-orang yang positif kerana otomatik kita juga akan menjadi positif. maklumla mama ni kadang-kadang suka fikir negatif dulu baru yang positif datang.
Alhamdulillah...mama punya kawan-kawan yang positif,sama ada secara maya atau nyata. sahabat maya sentiasa memberikan komen yang positif ini dapat menaikkan semangat mama untuk melakukan sesuatu.
kawan nyata..ada beberapa orang yang cukup positif,setiap kali bersama mereka tiada pun aura negatif..
adik mama sorang ni...suka ketawa,dia bercerita masa percutian bulan madunya disebuah hotel,sesudah habis makan chef hotel datang bertanya tentang hidangan yang disediakan, setelah memberikan feedback yang positif terus saja chef itu berkata kepada suami adik mama ni "bagus kamu bawa mak datang makan dan bercuti" terus saja meledak tawa adik mama tu...hahaha "dia kata wani mak pada hal wani tengah honeymoon" katanya, kami yang mendengar turut ketawa, dalam pada tu terfikir tak marah ke budak ni orang kata dia mak..nampaknya dia tak marah. kalau mama entah-entah dah terbalik meja dekat restoran tu...hihihi tapi adik mama tu rilek je takde marah pun gelak je.
adik sorang lagi ni pulak badannya berisi,biasalah ada yang suara lantang selalu je komen..orang gemuk,orang kurus semua serba tak kena..kurus salah, gemuk pun salah, tapi adik mama ni rilek je.."biarlah aku gemuk pun bukan aku minta duit korang untuk makan" katanya..bagus kata-kata orang sekeliling tak memberi kesan pun pada dia.
Baru-baru ni heboh isu pasal bersalin dengan dokte lelaki,mula isu wanita yang nak bersalin dengan dokte hensem tapi meleret-leret pula pasal bersalin dengan dokte lelaki..ada adik mama ni (haiii...semua adik mama ye? ye la...mama dah tua yang lain-lain tu taraf adik je la ngan mama kan) dia memilih untuk bersalin dengan dokte lelaki..ye dia bersalin di hospital swasta dengan dokte lelaki dan bukan islam,ramailah kawan-kawan yang bersuara lantang ni bercakap "eh...apa ni? tak malu ke dah la dokte lelaki bukan islam pulak tu!" bercakap dengan aksi muka sekali ye.. jawab adik mama ni " saya tak boleh dengan dokte perempuan sebab saya rasa lemah kalau dengan dokte lelaki saya rasa bersemangat sebab dokte lelaki lebih tegas masa kita nak push tu" rilek je dia jawab..ok itu alasan dia siapa kita untuk mengadilikan..yang penting dia tak marah tak sentap pun dengan kata-kata dan pertanyaan orang sekeliling.
oh ya...hari tu mama ada dengar radio..slot bersama ustaz haslin di radio sinar..pertanyaan "bagaimana perempuan yang bersalin dengan dokte lelaki,apakah hukumnya" jawab ustaz haslin..kena tengok pada waktu itu jika bimbang akan mendatangkan mudarat kepada ibu dan anak ketika itu pakar hanya dokte lelaki, maka dibolehkan untuk bersalin dengan dokte lelaki.. itu je yang dapat mama kongsi..kalau salah minta maaf...
apapun sentiasa positif,barulah yang datang juga yang positif sahaja.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
yes saya setuju bab sikap positif tu
ReplyDeletekadang apa yang dilemparkan sesorang pada kita contoh kata2
bukan semua berbentuk cacian...sebab tu dapat tu saya saring dulu
pastu baru saya bagi respond
nak kata saya positif sangat tu idak, tapi kehidupan memerlukan
kita harus berfikiran positif...
pada saya itu kunci kebahagian =)
betul tu kadang cara orang tu memberi nasihat membuatkan kita berfikir yang sebaliknya... kita yang menerima ni kena sentiasa positif sebenarnya
DeletePositiff...positifff...
ReplyDeletebetul tu...sentiasa positif
DeleteSalam n happy Monday. mmg selalu tekankan pada anak2 apa juga keadaan pun kita kena being positif.. pasti ada yg terbaik utk kita sebalik semua ygterjadi... & tqsm sudi jenguk KA dan tinggal komen berkodi2.. sgt2 KA hargai... nanti KA story tntng u di blog KA yer In Sha Allah
ReplyDeletebetul tu KA, apapun yang berlaku kita kena positif
Deletepk positif. in shaa Allah apa yg mendtg kat kita tu pun positif.
ReplyDeleteKena think positive selalu.
ReplyDeleteLebih rela bersalin dgn dr. Pompuan.
kan kak seronok kalau dengan orang positif ni. tapi kadang bila kita positif ada pulak aura negatif terkehel jugak kadang2 tu rasa hihihihi
ReplyDelete