cerita cuti-cuti bersama family in law. Khamis pagi dah gerak balik kampung sebab nak tido semalam dikampung, lama tak balik kampungkan.
malam tu wan masak rendang kerang, adik-adik ipar buat churos untuk dibuat bekal ke cameron nanti. mama biasalah tido awal jadi tiada apa la yang mama tolong.
jumaat dalam pukul 10am kami bergerak ke cameron melalui sg.koyan. Alhamdulillah jalannya elok walapon ada juga kesan runtuhan tanah, perjalanan mengambil masa hampir 3jam..kami gerak 3 kereta sebab balik nanti mama tak balik ikut sini jadi mesti tak muat nanti, jadi kenalah bawa kereta adik ipar.
tempat pertama kami singgah di cameron adalah bharat tea..singgah tengok ladang teh..hijau mata memandang terasa kedamaian dalam suasana sejuk dan hujan gerimis tu..tapi takdelah turun ke bawah jalan basah, atok pun tak larat nak jalan.
memandang kehijauan ini terasa cukup mendamaikan |
jadi kita lepak di kafe yang ada pekena teh la apalagi kan...hero mama yang berdua tu bukan main pilih kek..harga boleh tahan 1 slice rm9..sesekali takpe mama belikan la anak nak makan kan, adrien sampai tak bagi orang lain rasa, sedap sangatlah tu,jenuh acu pujuk nak rasa tapi adrien tak bagi..atok juga la dapat rasa, tapi akhirnya dapat juga acu rasa...hihihi
minum teh di bharat tea..semuanya sedap kena dengan tekak mama...hihihi |
lepas pekena teh call lagi owner tempat penginapan. dah boleh check in katanya mama guna gugel map untuk direction hahaha...baru la tahu guna itupun selepas berkali-kali diajar buah hati..tak susah pun nak mencari tempat tu.
Ada sedikit hal yang menjadikan mama sedikit tidak puas hati dengan penginapan ni tapi nanti mama ceritakan di entri yang lain.. bertabahlah membaca ye..entri cameron mesti ada part by part kikiki...nak sekali harung panjang pula kan.
lepas check in..tengok-tengok rumah, rehat dan makan..lepas solat asar kami nak jalan-jalan, memandangkan hari hujan buah hati mama cadangkan kami berjalan dalam bangunan je, so mama cadangkan kami ke muzium 3D je.
Muzium 3D ni baru je dibuka ogos yang lalu, mama tengok kawan pergi jadi mama pun tak mahu lepaskan peluang untuk pergi. sebenarnya mama ni sukakan seni lukisan..dapat tengok lukisan yang dihasilkan memang mengangumkan nama nak buat sendiri memang tak retilah kan jadi kita support artis itu dengan melihat lukisan yang dihasilkan. jika dapat berkunjung ke tempat yang ada lukisan ini inshaAllah mama tak mahu lepaskan peluang untuk masuk.
seketul gambar mamapapa naik sampan kononnya..macam realkan mama suka |
gambar-gambar lain dalam muzium ini nanti mama share di entri yang lain..hahaha banyak sangat gambarnya kena pilih-pilih dulu.
dari muzium 3D kami balik dan singgah pasar malam brinchang. tak tahu apa yang hendak dibeli pun sebab mama dah makan nasi petang tadi jadi malam nak makan yang ringan-ringan je. mama cuma beli jagung bakar dan jagung rebus. habis membeli apalagi balik rumah makanlah sambil tengok polis evo. kami langgan astro first kat rumah tu..hehehe
ok habis citer hari pertama nanti mama cerita hari kedua pulak ye...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
wassalam
wah adrien makan kek tak toleh dekat cik yan pun
ReplyDeletesedap sangat kek tu cik yan hehehe
Deletetempat yg saya ingin sampai tapi blm kesampaian ... suka tengok pemandangan yg menghijau ...
ReplyDeleteinshaAllah nanti sampailah tu, memang seronok tengok kehijauan tu
Deletedah ada muzium 3D ke ..lama dah tak jejak cameron ...
ReplyDeleteaah wa...baru je buka ogos yang lepas
Deleteye ke dah ada muzium 3D boleh la ke sana nnti. tp entah tahun bila pulak nk p nya.. hihihi
ReplyDeletebetul ciksu, bulan ogos yang lepas baru buka muzium ni
Deletetula kan sekarang musim hujan. pegi CH memang macam tak berapa best sebab tak dapat jalan puas2 nak repeat lagi time musim panas pulak nanti hihihi
ReplyDeleteitu la, tapi mujur juga ujannya sekejap2 je, inshaAllah nanti pergi lagi masa musim panas kalau ada rezeki
Deletedekat bharat tea ni best jgk bergambar, hajat hati ni bergambar kat sini juga sambil pose mcm 5 thn dlu.. tapi takde rezeki.. hehehe.. lagi pun tak larat nk berjalan turun ke bawah tu..
ReplyDeletebest..tapi malas nak menapak turun ke kawasan ladang teh tu, sebab hujan renyai2, takut nanti lebat jenuh lari tak cukup tanah pulak hahaha
DeleteMesti sejuk kan pergi hujung2 tahun begini... tambahan sekarang musim hujan..
ReplyDeleteye bunda sejuk juga nak pulak kena musim hujan, bertambah sejuklah
Deleteaida x gi pun dulu psr mlm brinchang.
ReplyDeletesebab kami dok puncak CH.
just gi psr mlm atas tu. trafik jem nak turun bwh...