Assalamualaikum...
365 tip didik anak gaya Nabi
Tip 4
Didik Diri dengan ilmu
Kesedaran mendidik anak dengan adanya ilku perlu ada dalam diri setiap ibubapa.Tanpa ilmu, ibubapa akan menghadapi kesukaran dalam mendidik anak-anak, terutamanya dalam mencintai agama. Ingat, tanpa ilmu, amanah binasa.
- Baca buku dua halaman setiap hari bermula hari ini.Rekod setiap perkembangan pembacaan
- Kongsi dengan rakan tentang apa yang sudah dibaca.Sediakan ruang papan kenyataan dirumah untuk rekod bersama
Kelebihan tip ini, dapat memantau perkembangan ilmu anak-anak secara efektif.
****************************************************************
Ilmu yang lebih penting buat anak-anak pada zaman ini pastilah ilmu agama, mama pun kenalah tahu tentang agama sebelum nak mengajar anak-anak. Mama juga dalam proses belajar, jadi disamping mengajar anak-anak mama juga turut belajar, belajar mencari seberapa banyak ilmu yang boleh untuk disampaikan pada anak-anak, sebolehnya mama ingin berikan pengetahuan agama yang banyak dan jelas buat anak-anak.
Selain ajar anak-anak kenal A,B,C dan 1,2,3 sekarang ini setiap malam sebelum tidur mama pastikan mama akan bacakan untuk anak-anak satu surah lazim.Alhamdulillah anak-anak pun suka. Tapi mama pun perlu kental dalam mengajar, bukan apa kadang badan terasa letih, mata pun cepat je nak terpejam, tetapi anak-anak bersemangat untuk belajar, siap ingatkan mama " mama malam ni kata nak sambung baca lagi" walaupun mengantuk mama gagahkan juga, apatah lagi bila tengok ketiga-tiga anak sudah bersedia ditempat masing-masing.
Buku yang mama gunakan, dengan ilustrasi yang ada dapat menarik minat anak-anak, biasalah anak-anak akan mudah tertarik dengan gambar dan warna yang menarik dalam buku.mama ikut teknik seperti yang pernah mama baca, kita baca dahulu 3 kali, baru suruh anak-anak ikut. tapi menghabiskan bacaan agak susah, bukan apa anak-anak akan pantas bertanya, sebab mama baca dengan terjemahan sekali..."mama syaitan bisik tu macammana?" yang bertanya tentulah abang adam, adrien lebih suka bertanya perihal gambar yang ada didalam buku. adelya pula akan ikut bacaan mama yang dihujung sahaja...
"syaitan berbisik tu, syaitan akan suruh kita buat benda2 yang jahat sebab syaitan berjanji akan menyesatkan anak adam sehingga hari kiamat"
"bisik2 jahat tu macammana?"
"ye lah nanti syaitan suruh abang mencuri ke,ambil pensil kawan,pemadam kawan..itu bukan benda baik, tak baik buat macam tu dekat kawan, kalau abang nak pinjam kena minta, kalau kawan tak bagi abang tak boleh ambil" semangat je mama ye bagi contoh.
"mama..hari tu kan kawan abang ambil pensil abang tak cakap pun lepas tu dia letak dalam beg dia, dia tak bagi pun balik dekat abang" errrkkk...mama dah terkedu, apa mama nak jawab nih...takkan mama nak cakap kawan abang tu jahat pulak, tak bagus cakap macam tu kan...
Sudahnya mama cakap " takpelah abang...mungkin kawan abang takde pensil, abang anggap je abang sedekah dekat kawan abang, banyak pahala abang dapat, kalau banyak pahala nanti abang masuk syurga"
Eh..Eh...panjang pulak cerita mama, maaflah sekadar bercerita, bukan nak tunjuk mama ni hebat ke apa dalam mendidik anak...tidak..sekadar berkongsi apa aktiviti mama dengan anak-anak, mana tahu boleh beri panduan pada kawan-kawan yang lain kan.Mama cuba buat ni pun berdasarkan pembacaan mama diblog kawan-kawan. terima kasih buat kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu mengajar anak-anak ni..
Alhamdulillah...bila mama buat teknik baca 3 kali, baru suruh anak ikut, abang adam berjaya membaca surah yang mama baca tu, adalah sedikit kesalahan tapi boleh dibetulkan lagi. adrien dengan adelya walaupun masih tidak boleh mengikut tapi tetap menjadi pendengar yang setia, harapnya apa yang diajar dapat masuk kedalam jiwa anak-anak.
Moga mama terus istiqamah dalam mengajar anak-anak.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
* kalau kawañ2 ada cara mengajar lain yang lebih baik, boleh la share dengan mama ye
Sheila ada bertanya semalam apa nama buku ni, jadi mama letakkan picca muka depan buku sebagai rujukan, mama beli dekat MPH bookstore. Banyak lagi buku keluaran yang sama, tapi mama baru ada 2 koleksi, 1 lagi 99 Nama Allah, buku ini memang menarik bagi mama.
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
apa nama buku ni sis....
ReplyDeletejuz amma...buku untuk kanak2, akak beli dekat MPH
Deletebagus tips ni aa...:-))
ReplyDeletetq yan
Deletekadangkala anak2 punya soalan .buat kita terpinga ..pandai aa jawab...
ReplyDeletebetul tu yan...jenuh juga nak fikir jawapan
DeletePendedahan awal yg sangat baik dan kakak suka cara ini
ReplyDeleteMoga terus istiqomah. Percayalah anak-anak yg kecil ni kalau tiap hari kita bacakan cepat aje dpt dan ingat sampai bila-bila. Yg penting kena selalu ulang dan ikut sama biar mereka suka..
inshaAllah kak, saya akan cuba istiqomah dalam mendidik anak2
Deletemoga trs istiqamah... kene cuba bt jgk kt aiyan tp bt masa nih aiyan tkt baca doa yg mudah2 boleh la
ReplyDeleteterima kasih dana...akak cuba untuk istiqomah
Deletebestnya buku ni. nak cari jugak la. sebab berwarna boleh tarik minat dorg
ReplyDeletethanks kak!!!
belilah kira, bagus buku ni untuk anak2, akak nak beli lagi yg lain untuk koleksi akan datang
DeleteHarap berterusan mama...TQ share.. boleh cari dimana2 kedai buku ini.
ReplyDeleteinshaAllah atie...akak beli di MPH mungkin ada juga dikedai buku yang lain
DeleteKalau mama tak ada 'ilmu' masalah juga nak menjawab pertanyaan2 tu... anak-anak ni selagi jawapan yang diberikan tak memuaskan hati mereka selagi itulah bertanya.
ReplyDeletebetul tu, mama kena mencari ilmu dulu sebelum mengajar anak2, soalan anak2 kadang2 tak terjangka
Deleteterbaik ni.
ReplyDeleteyes bukan nak menunjuk, kan?
just sharing something yg kita buat usaha nak istiqomah.
apa la salahnya sebarkan sesuatu yg baik.
aida pun nak le buat gini.
nak jadik kan amalan... in shaa Allah.
betul aida, bukan nak menunjuk tapi hanya ingin berkongsi mana tahu dapat memberikan manfaat buat orang lain
Deletegood sharing, sometime bila anak tnya soalan cepu emas kita terpinga-pinga nak jawb apa..
ReplyDeletenak anak rajin kita pun kena rajin melayan walaupun ms itu kita letih sgt kan..huhuu
ye betul tu zie nak anak rajin ibubapa pun perlu rajin, tunjukkan contoh yang baik buat anak2
Deletesaya setuju kak...ilmu seperti ini perlu dikongsi
ReplyDeletekadang orang mungkin salah paham dengan apa kita cuba sampaikan
tapi seriously banyak saya belajar dekat blog akak arini =)
semoga akak terus istiqomah buat perkara murni ni
doakan saya begitu juga ye =)
inshaAllah yana...akak doakan untuk yana.
Deletebetul yana akak sekadar berkongsi,mana tahu apa yang akak buat ini dapat memberikan manfaat buat orang lain.
Yg pntg sokong anak2 walau mereka tidak berjaya membuat yg terbaik. Ada antara tips yg KA amalkan pada anak2 , nnti KA story2 di blog KA yer
ReplyDeletebetul KA sokongan pada anak2 itu penting.
Deleteharap sangat KA dapat share tips yang KA amalkan untuk anak2. seronok tengok anak2 KA semuanya cemerlang..
InshaAllah semoga anak2 saya juga begitu cemerlang didunia dan akhirat
Nak cari jugak lah buku nih.
ReplyDeleteAssalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298
ReplyDelete