Assalamualaikum...
365 tip didik anak gaya Nabi
Tip 5
Didik anak mengetahui kejadian Alam semesta dan kebesaran Allah swt.
Kejadian alam adalah antara tanda kebesaran Allah swt yang dapat diperhatikan oleh anak. Salah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah swt adalah kejadian air yang memberi manfaat kepada kehidupan makhluk dimuka bumi bagi meneruskan kehidupan.
Minta anak perhatikan alam dan tanyakan " mengapa ia dicipta?"
Bincangkan supaya mereka menyedari bahawa alam dicipta untuk membantu tugas-tugas kita sebagai khalifah Allah swt. Contohnya jelaskan satu per satu proses kejadian hujan dan hikmahnya kepada anak.
***************************************************
anak-anak mama ini memang suka bertanya " mama kenapa hujan turun?" pertama yang mama jawab tentulah "Allah yang turunkan hujan" "kenapa Allah turunkan hujan?" tanya adrien "ye la sebab kita semua perlukan air untuk makan untuk mandi" jawapan mudah supaya adrien faham.."oooo" jawab adrien..mungkin fahamlah tu hihihi..
pagi tadi hantar ditaska,tecer datang borak dengan mama sekejap...semalam hujan lebat guruh kilat sabung menyabung..tecer minta semua berdoa sebab doa mustajab bila kita berdoa waktu hujan...selain berdoa Ya Allah turunkan hujan yang bermanfaat kita juga boleh sertakan dengan doa-doa yang lain.
tecer tanya adrien doa apa? jawapan adrien buat mama sebak...adrien cakap "nak abang.." aduhh mesti adrien rindukan abang..tecer pun cakap kalau rindukan abang doakanlah untuk abang..lepas tu adrien pun berdoa,patut lah balik taska semalam adrien cakap tecer suruh berdoa masa hujan.
adelya pun sama...petang semalam cakap "mama..yaya nak jumpa abang" pastu terus nangis-nangis meragam. pagi ni pun sama buka mata je cakap "yaya nak abang.." pastu merengek-rengek menangis..terus nak bawa baby dia pegi taska...
alahai...adik-adik dah rindukan abang nampaknya ni,tak tahulah abang rindukan adik atau tidak,mesti abang rindu jugakan sebab tak pernah berpisah. mama pun rindukan abang sunyi pula rumah tanpa abang.. bertabahlah mama dan adik-adik untuk 2 minggu ya...hehehe kata papa 2 minggu cukuplah nanti kita ambil..papa pun bosan la tu takde kawan gaduhkan.. kalau tak.. nak ajar abang buat homework pun boleh buat bergaduh...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Perkongsian yg baik utk mendidik anak tu AA..
ReplyDeleteSewaktu hujan lebat memang elok berdoa sebab salah satu doa mustajab..
Anak2 akak pun bila hujan cepat2 menadah tgn berdoa.. kekadang dia suruh adiknya yg kecik utk berdoa.. Doa budak kecik lagi mustajab katanya..
betul tu kak...moga kita tak lupa berdoa. seronok tengok anak2 kecil yg tahu dan rajin berdoa
DeleteTerima kasih berkongsi tips didik ank2..
ReplyDeletedan terima kasih ingatkan tentang mustajab berdoa ketika hujan lebat..
Selalu je lupa nk doa bila hujan..
sama2...cuma kongsi dari buku yg dibaca je selebihnya sekadar bercerita pengalaman dengan anak2
DeleteTQ atas perkongsian mama... abang PAe plak skrg sibuk tanya "mcm air dicipta?? "hihi..
ReplyDeleteohh adik2 memang rindukan abang lah klu mcm tu...cian.. tak pernah berpisah kan... sabar ye..insyaAllah nti jumpa ... :)
sama2 kasih atie..hihi
Deleteitulah rindu dorang pada abg adam sebab tak pernah berpisahkan
sama2 kasih atie..hihi
Deleteitulah rindu dorang pada abg adam sebab tak pernah berpisahkan
Nampak kan betapa ikatan adik-beradik ni terlalu erat
ReplyDeleteItu masih kecik pun dah tahu erti kasih-sayang.
Kesian semua dah rindu abang ye.
betul tu kak nampak ikatan kasih syg ank2 bila berjauhan mcm ni
Deletemoga sampai besar ikatan ini teguh dan erat
This comment has been removed by the author.
Deletealahai sayang-sayang.
ReplyDeleterindu abg :)
lama ke abg balik kg?
sebab tu aida sejak ijat da besar ni, ke mana2 mesti diorang ber3.
tak pisahkan. abah aida yg pesan gini. nanti mereka rindu2an. hu hu hu...
2 minggu je aida..hehehe mama pun rindukan abang adam juga nih
Deletesama ler dgn anak2 aida, dok kl 2 minggu aje :)
Deletemr.asben suh diorang balik dah.
tak tahan tanggung rindu! :)
salam... betul tu antara cara mendidik dan mengajar anak menggunakan apa yg ada dipersekitaran mereka. Kuat betul bonding antara adik beradik kat berpisah sekejapan dan merindu hu3
ReplyDeletewsalam KA...itulah KA kuat juga bonding mereka, moga terus begitu hingga mereka besar
DeleteItulah namanya fitrah allah bg kan
ReplyDeletebetul tu
DeleteAlahai.. Semua rindu, nk nangis baca post akak, Sy pon rindu family..huhu T.T
ReplyDeleteaah...semua pun rindu abang ni
Deletekan kak. relate dengan alam semesta lebih senang sebenarnya dari dorang tnye kita princess Elsa duduk kt negara mana, ultraman tu nama apa buat apa hahahahaaha
ReplyDeletesian dorg. jangan demam rindu pulak dah la huuuu
betul tu kira, senang sikit macam tu, tapi susah juga nak puaskan hati anak2 dengan jawapan yang mama beri tu..
Deletesayunya..
ReplyDeletemesti sedih kan bila adrien dgn yaya ckp mcm tu
itu la ciksu sedih jugalah dibuatnya, mama pun dah rindu abang adam sebenarnya ni huhu
Delete