Monday, 2 November 2015

Foodsbury


Assalamualaikum....

Jumaat rehat yang agak panjang, setelah 2 kali jumaat rancangan ini tergendala, akhirnya jumaat baru ni barulah berjaya rancangan mama. Rancangannya nak berdating dengan sahabat lama, sahabat sepermainan sejak dari mama kecil lagi,kami bertiga sebenarnya tapi yang seorang itu norma namanya hanya berjumpa ketika raya sahaja.

Nantilah mama imbas kenangan bersama kawan-kawan mama tu,kali ini mama dating dengan miezha yang kerja di HTAR klang...miezha lah yang kena jemput mama di ofis hihihi...kami pergi makan di foodsbury seksyen.9, kata orang sedap makanan disini, jadi marilah kita cuba.

Masuk ke sini cari tempat untuk duduk,pilih menu yang kita nak makan,tulis,bawa ke kaunter dan bayar, masa itu kita dibekalkan dengan nombor order kita.

hiasan dalaman yang agak menarik



Tengok antara hiasan yang ada di dinding tu yang menraik minat mama, talam tu...hahahah sebijik talam yang arwah tok limah (arwah mak mama) punya. memang menarik hati mama lah, no.12 itu nombor order, yang diberik semasa kita buat pembayaran dikaunter,macam ni senanglah sebab lepas tu kalau kita rasa nak tukar tempat pun ok, kita bawa je nombor tu sekali, kalau nombor dilekatkan dimeja,nak bertukar tempat macam leceh pulak kan...

Dok asyik berbual minuman kawan mama sampai, terus dihirupnya air latte yang diorder, mama tengok mukanya berkerut " awat ayaq ni memang macam ni ka takdak gula?pahit sungguh haih " kata miezha pada mama, mama angkat bahu, taktau... air mama honey lemon pulak sampai, mama pun sedutlah... alamak masam tak bergula, terus kami berdua pandang memandang, sekali nampak pada botol yang sebelah bunga tu, sugar syrup...

"ka kena bubuh ni?" tanya miezha, kami dah gelak-gelak tengok meja sebelah-sebelah, tapi tak nampak pun, last-last mama ambil sugar syrup tuang dalam cawan, sesuaikan rasa...hahaha baru kena, rupanya memang dekat sini, kena isi air gula sendiri hehehe...darat sungguh laaa...



Ini makanan yang mama order chicken roasted olio...apatah namanya mama tak berapa nak ingat tapi lebih kurang macam tu lah namanya, sedap sangat, semua terasa bahannya..



Ni miezha punya, beef olio, tapi miezha tak nampak catatan tambahan kat bawah tertulis, spicy...mezha tak tahan pedas, sudahnya kami bertular pinggan hehehe,...mama ok je makan pedas, tapi bagi pemakan pedas macam mama ni tetap merasakan spaghetti ini memang cukup pedas...



Ini macam signature dish la dekat sini, kalau datang makan dekat sini kena order kek nih namanya almond salted caramel crepe cake, memang sangat sedap, tapi kami order satu je share, makan sambil nangis...huhuhu nangis sebab sedap dan mahal hehehe 1 slice rm13.80..tetapi berbaloi la dengan rasanya..sesekali nak rasa apa salahnya kan, sempatlah mama bungkus untuk adik buyung kat ofis mama tu satu dan untuk buah hati mama satu...mesti sedap sebab buah hati mama makan sampai tak terkata tu, bukan tak terkata je, tapi tak pelawa la mama ni hah...

itu je cerita jalan-jalan cari makan mama kali ini, kami merancang untuk berdating sebulan sekali selepas gaji hahaha...selepas ini kita ke kedai makan lain pula...

Sesiapa yang hendak ke sini :

Wisma Faiz Azrina,
No.24 Jln. Tengku Ampuan Zabedah A9/A,
Seksyen 9, 40000 Shah Alam

Belakang Shell disebelah concorde hotel..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


17 comments:

  1. Hiasan memang klasik lah..cantik plak bila talam tu digantung mcm tu.... hihi..sedap2 nampak makanan.. seronok bila dapat dating dengan BFF ni, sebulan sekali pun takpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok atie bila dapat berjumpa kawan lama ni

      Delete
  2. Hihi... nasib baik nampak sugar syrup itu kalau tak sorang telan masam sorang telan pahit:)
    Sesekali menjamu makan bersama teman berdating macam ini ok jugalah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kak...kalau tak nampak mau kelat muka saya ni minum air lemon masam tu hehehe

      Delete
  3. chicken roasted olio tu nampak sedap sgt, telan air liuq typing ni. yum.yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap zie...boleh ulang makan lagi la ni

      Delete
  4. sedap nya aa....terliur tengok slice kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kek tu yan, bila2 bole lah pergi cuba

      Delete
  5. gamak xcukup talam, ambik ja hat kat dinding.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..hahaha, tapi serius memang cantik talam tu, klasik je nampak

      Delete
  6. Menarik hiasan kedai tu.. makanan pun nmpk sedap.. kek tu pun menarik.. ok la berbaloi dgn harga.. x nangis sgt.. klu x best tu br nangis.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik dan makanan pun alhamdulillah sedap, kek tu jgn cakaplah memang sedap sangat, makan sambil nagis, bukan nangis sebab mahal tapi sebab sedappp sangat, cuma takleh makan selalu sebab manis sangat

      Delete
  7. oic. meaning owner kedai beri kebebasan utk pelanggan menetapkan kemanisan dlm minuman, kan? very good. sebab citarasa org lain2 kan :)

    ReplyDelete
  8. teringinnya nak makan tempat gini
    sendiri pergi tak lepas...tapi kalau dengan suami
    doa pula tak mau. acaner...hehe

    ReplyDelete
  9. jauh nak kesana huhu
    dok ajak cik abe p gm.klang pon x lepas lepas lagi.
    kekk tu mcmm sedap j nk dicuba ..

    ReplyDelete
  10. shah alam? jauh nk ke sana huhuh

    ReplyDelete
  11. telan ailio tengok rega kek tu hahahahaha. tapi sebab sedap takpe la kan. kalau tak sedap merungut jugak haaaaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...