Assalamualaikum...
Cerita anak-anak ni memang takkan pernah habiskan...biasalah bila ada anak-anak ni rumah bersepah, kotor, melekit, riuh rendah dan macam-macam lagilah, tapi itulah penyeri dalam hidup mama ni..tanpa anak-anak jiwa mama akan kosong..
Setiap hari balik dari taska rumah memang akan kecoh dan gamat dengan gelagat anak-anak, berebut makanan, berebut mainan, berebut buku bacaan, macam-macamlah lagi...mama yang memasak didapur pun pening dibuatnya, kejap-kejap datang dapur buka peti ais, tengok apa yang ada dalam tu, pada hal kalau buka 40 kali pun benda yang sama juga ada, tapi tetaplah mereka buka...entah apa yang dicari pun mama tak tahulah.
Abang adam buat homework...denda sebab markah exam akhir tahun jatuh kali ni...hehehe, bukan denda apa pun, mama belikan lebih banyak buku untuk abang adam buat latihan. Selain itu mama belikan buku bacaan supaya abang adam lebih lancar membaca, no more gadget..hehehe
mama dah pesan siap-siap lepas ni balik kampung pun takde nak tengok tab lagi...bawa balik buku latihan dan bacaan, maklumlah dekat kampung atuk ada unifi, seronoklah nak buka youtube tengok kartun..abang adam mengiakan saja cakap mama, tapi mama tak tahu lah abang adam akan buat ke tidak..inshaAllah mama berusaha, tab pun dah sorokkan, kalau abang nampak pun mama cakap, tab ni untuk buat kerja mama je, abang dah tak mengamuk lagi bila mama cakap macam tu...yang nak mengamuk pun adelya la...tapi maaf memang mama tak bagi semua tengok tab lagi dah...buat hati kering je...
Bila abang adam buat homework, dua beradik ni pun gigih juga nak buat, tengok tu macam tekun je memasing buat kerja, sweet je nampakkan, tapi situasimacam ni tak lama okeh..sekejap je mereka dah bercakaran..mama tak tahu lah nak buat apa dengan dua beradik nih, adelya memang suka sangat membuli adrien, makan cubitan je adrien hari-hari, garang betul adelya dengan abang adriennya ni.. mama memang menyinga la bila abang adrien kena cubit tu...apa taknya sampai menangislah adrien dibuatnya..
Tapi kata tecer taska..bila dekat taska bukan main baik lagi, kalau disuruh beratur mesti nak pegang tangan abang adrien, tak nak pegang tangan kawan lain..mungkin dekat rumah je mereka suka bercakaran, diluar mereka berbaik-baik...tapi memang hari-harilah berperang dan mama memang hari-hari menjadi tarzan...
Takpelah anak...asalkan kamu semua sihat dan ceria mama tak kisah pun, walaupun kadang-kadang mama menyinga tu, faham-faham je lah ye...kesabaran mama pun ada batasnya hahaha..
Abang adam juga suka menyakat adrien dan adrien ini kadang-kadang cengengengnya boleh tahan, lumba naik tangga kalah pun menangis..." abang ni jangan la laju, bagi la yen menang" kata dia adoiii macam tu pun boleh...abang adam kadang-kadang mengalah kadang-kadang tidak, biasalah ikut mood jugakan..
Hari tu masa tengah makan malam, abang adam macam biasa menyakat adrien, menangislah adrien, apalagi papa pun teruslah marah abang adam sebab depan rezeki, papa tak mahu anak-anak bermain.
terus dengan selamba abang adam cakap " abang taknak la papa ni, abang nak papa lain, mama je abang nak mama ni" sambil cakap sambil suap nasi, papa senyap tak kata apa...hehehe
"mana ada papa lain dah nak cari abang..papa tu je la yang abang ada.." hehehe
Anak-anak penyeri hidup mama,maaflah kadang-kadang mama menyinga juga dengan anak-anak, tapi ketahuilah mama sayang semua anak-anak mama.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
tergelak2 membaca gelagat abg adam, adrien dan adelya.comel.pastinya saat2 yg akan dirindui bila mereka besar nanti...
ReplyDeletetak sabar tunggu adik baby lahir tgk anak2 main sama2
itu lah aimi...pasti akan rindui saat ini nanti
Deletehihihi..biasalah sis... gelagat anak2 nak membesar ni... suka duka..gaduh, main semua ada..menjadi penyeri walau kadang kita yg nak bertukar jadi singa, rimau.. hahaha
ReplyDeleteamboiii ayat abg Adam, sentappp makk... haha
betul tu atie...gelagat anak2, mama biarkan je asalkan tidak berlebihan, mereka bergaduh biar je mereka selesai sendiri klu perlu campurtangan baru mama campur
Deletecoretan aa selalu menghiburkan hati yan..walaupun yan tiada anak lagi..tapi terasa juga..begitulah gelagat anak yan agaknya..
ReplyDeleteinshaAllah yan...akak doakan satu hari nanti yan juga akan punya anak sendiri
Deleteanak2 dara aida memang da diharamkan pegang tab.
ReplyDeleteif not, addicted!
and aida da plan cuti skola nanti diorang follow dok dgn aida kat seremban.
ijat stay melaka dgn ayah nyer.
anak2 dara berdua tu buat latihan maths & aida nak ajar diorang kraf :)
hehe...tulah kehidupan kita bila jadi mak ni kan kak
ReplyDeletekalau tak riuh memang tak sah
tapi kalau tak ada, sunyinya allah aje yang tau
yang part adam kata tak mahu papa tu, kelakar betul
teringat afif. dia pun penah kata benda yang sama
bila dkt luar, si adik rasa lebih selamat bila ada abang. myb adik tahu, dia tak kenal org lain. mcm mana nk ckp erk..
ReplyDeletemcm mcm kan keletah anak anak.
saya pon skrg seronk layan keleetah rania.
dah mula nak lari lari dah..
mulut pon blh tahan..
dh ada yg pandai disebut..
alhamdulillah,
Allah izinkan juga utk merasainya
Kalau kami sekarang, Nazif yg lbh teruja buat kerja rumah.. tak la kerja rumah sebenarnya, suka dia nk membaca mengahfal dgn kaedah al baghdadi tu..
ReplyDeleteBab penggunaan gadjet ni, bgusla kalau anak-anak yang ikut arahan tak berkepit dengan gadjet.. saya risau gak anak2 saya ni.. naim terutaamnya, kecuali masa dia dapat mainan baharu tu dia nak dgr cakap, tak la sentuh tab atau ipad lama, tp kalau hari biasa biasanya dia nak juga main benda tu.. alahai..
anak-anak penteri hidup tanpa mereka hidup jad sunyi...amanah dari Allah
ReplyDeletesaje tu dorg nak usik mama kat rumah. rindu nak dengar suara mama lepas 8 jam mama kat ofis hihihi
ReplyDelete