Monday, 30 November 2015

cameron highland-day 2...ombak rindu..ungu lavender..strawbery coklat

Assalamualaikum...

memandangkan elektrik tiada di opis ni, komputer pun tak boleh nak on satu keje pun tak boleh nak buat lagi..meh la mama sambung citer jalan-jalan mama dihari kedua.

hari kedua plan nak ke ladang teh boh sebab tak pernah pergi biasa singgah kat bharat valley tu je. tak tahu pula ladang boh ni ada dua, setelah mengugel baru tahu ladang teh sg.palas tu yang besar..so jom lah fefeeling ombak rindu.

berpandukan peta yang dibeli adik ipar kami mengetuai rombongan che lah ke ladang teh boh...hihihi..perjalanan agak mencabar..oh baru mama ingat mama pernah datang sini dengan rombongan opis pada tahun 2000 dulu..hai lama sangat dah tu kan

anak-anak semangat mendaki tanpa rasa penat...boleh lagi berkejaran dan tertawa diatas

setelah berjaya mendaki lereng-lereng tanaman teh dan memanjat tangga akhirnya sampai juga tempat yang dituju, semput jugalah mama dibuatnya hingga terpaksa berhenti sebentar memgambil nafas..mujur udara segar nyaman dan damai terasa


mau tak damai bila melihat kehijauan yang sebegini...cerah je mata rasanya

setelah berhenti melepas lelah mengambil gambar dan makan dikafe yang disediakan kami menuju ke kilang memproses teh..tak sempat dah mama nak bergambar di kafe yang digunakan untudk berlakon ombak rindu ni sebab tengok orang ramai segan mama nak mencelah jadi lupakan je hasrat nak bergambar tu..kikiki



dalam kilang memproses daun teh..mula-mula melangkah masuk je..mama terhidu bau dauh teh ni seolah-olah seperti bau daun inai je hihihi...semangat jugala mama menengoknya.

turun dari ladang teh kami tuju ke lavender valley, inipun mama yang nak pergi sebab mama suka ungu lavender, ini kalau ada taman tulip confirm mama ajak buah hati masuk juga hehehe...

bila jalan beramai-ramai macam ni dapatlah bergambar berdua macam ni...sesekali apa salahnya kan adik-adik pun ok nak snap pic mama & buah hati




anak-anak dilavender valley..anak-anak ni dekat mana-mana pun happy je kan, tengok anak-anak happy mama pun happy tujuan jalan-jalan ni pun sebab utamanya anak-anaklah.


cantik bunga-bungaan aneka warna dibelakang mama tu,seronok kalau punya taman bunga begitu dirumah...hihihi tapi mama ada juga hasrat nak menanam bunga nanti inshaAllah kalau ada kerajinan.


bungaan aneka warna sangat cantik pada pandangan mata mama ni, kalau boleh nak bawa taman bunga ni balik..kikiki bunga disini boleh dipetik sekuntum rm2


buah hati mama tak lepaskan peluang bergambar dikereta ni


ini destinasi seterusnya big red strawberry farm..hajat hati mama nak anak-anak petik strawberry sebab itulah tujuan utama mama ke sini pun tapi tak kesampaian strawberynya macam tak cantik pula tak mengapalah anak-anak ada rezeki nanti kita petik strawbery ye.

tak dapat petik strawberry kita makan strawbery cicah coklat je la ye,tapi bercinta pula nak abiskan strawbery tu sebab masam tak macam yang pernah mama makan sebelum ni ada rasa manis juga..

lepas abis pusing-pusing disini kami pun balik ke apartment penat dah jalan-jalan.

sebelum mama berhenti untuk kali ini... terimalah dari mama untuk semua...


bunga yang menarik hati mama...cantik sungguh...

Allahummsolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

sehingga bertemu lagi di lain entri

wassalam

12 comments:

  1. Subhanallah cantik permandangan bukit bukau tu

    ReplyDelete
  2. wahhhhh pegi CH. tak ramai orang ke kak? kira serik dah pegi time school holiday sangkut dalam jem je dah berejam!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumaat tu tak ramai sangat kira, hari sabtu baru ramai orang, mungkin sebab dah mula cuti sekolah

      Delete
  3. bila pegi ramai2 dpt la nk bergambar berdua2an.. sbb ada yg tolong jaga budak2 & ada yg tlg amikkan gambar.. hihi..
    tak tau pun kat mana yg part ombak rindu tu.. sbb tgk citer ombak rindu x abis.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. part ombak rindu dekat kafe tu la, masa lisa gaduh dengan aron aziz

      Delete
  4. sejuk mata memandang kehijauan alam ni.. suhu camna kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sejuk mata tengok hijaunua alam...suhu tak sejuk sangat cuma waktu nak mandi tu gigil jugala walau ada air panas

      Delete
  5. bunga daisy nya nampak besar2 lah pulak ... sis blh ambik masa berjam2 cuma nak tgk bunga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak memang suka tengok bunga-bunga ni, cantik sangat

      Delete
  6. Big red strawberry farm.. tempat wajib singgah kami juga tu.. memang tak boleh duduk sekejap kalau ke sini.. memang lama selalunya..

    Oh ada kafe yg dlm filem ombak rindu eh? Haha..saya tak tahu pun.. kemain ya korang..

    Ai terkena strwaberi masam ya.. alahai..tu tanda nk kena pergi lagi la tu.. nk rasa strawberi manis2 pulak

    ReplyDelete
  7. semua ni aida da gi.
    rinduuuu nyer :)
    best nyer!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...