Tak sedap hati pulak mama dengan entri mama semalam, terpaksalah mama revert to draft entri tu kekeke... entahlah mama ni sebenarnya takut nak buat entri tentang pendapat ni, sebab takut disalahtafsir.. jadi yang sempat baca dan komen tu, terima kasih ye pendapat kawan-kawan mama hargai dan mama tak marah pun tau...semua tu pendapat masing-masingkan.
Cuma mama ni rasa tak sedap hatilah, bukan sebab percanggahan pendapat atau apa, tapi mama risau ada yang terasa hati dan berkecil hati dengan pendapat yang mama berikan tu, ye lah seboleh mungkin mama ni nak menjaga hati kawan-kawan, takut ada yang terasa dan bersedih hati dalam diamkan..berdosa mama ni...
Kata buah hati mama...itulah sebelum tulis dan publish, fikir dulu, adakah benda yang ditulis tu bermanfaat dan tidak menyakiti hati sesiapa, terus mama rasa berbelah bahagi... kata buah hati mama lagi..tak semua orang boleh terima pendapat kita dan tak semua orang boleh faham apa yang kita cuba sampaikan sebenarnya, setelah difikir-fikir mama revert to draft balik entri tu...hehehe simpan sahajalah kan...
jangan diulang kesilapan yang sama seperti sebelum ni, kata buah hati mama...ye lah..lepas ni mama cerita bab anak-anak, masak-masak, makan-makan, jalan-jalan je lah dan cuba elakkan entri memberi pendapat ni, serahkan pada yang pakar je..hehehe sebab mama tak pakar dalam memberi pendapat selalu salah je...
(pic cilok dari pakcik gugel)
Mama rasa kenyataan kat gambar tu salah la...lebih berdosa kalau kita membuat orang berkecil hati atau terasa hati kan...sobsobsob...
Sempena jumaat yang mulia ini, mama memohon maaf andai ada kata-kata dan penulisan mama sebelum ini membuatkan kawan-kawan terasa hati atau berkecil hati...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
Saya tak pastila maksud sebenar ayat tu.. mungkin kena minta penjelasan drp pihak yang lebih pakar.
ReplyDeleteSaya pun rasa ok kalau kita tulis pasal anak2 atau pengalaman kita je.. bimbang takut kita berkongsi pwndapat tentang benda lain akan disalah anggap pulak.. jadi nak selamat, jgn buat..
betul tu aisy...lebih mudah macam tu rasanya, tulis pasal family dan anak-anak je, bukan apa takut disalah anggap kan.
DeleteTak pe lah AA..
ReplyDeleteBelajar melalui kesilapan..
Tiada manusia yg sempurnakan..
Lepas ni share resepi masakan yg AA masak, boleh bagi idea apa akak nak masak balik petang nanti ehe..
gurau jer tau.. jgn terasa hati pulak.. karang dosa lak akak :)
betul tu kak...harap2 tak ulang dah kesilapan tu inshaAllah..
Deletetakpe kak, takde terasa hati pun, jauh sekali nak berkecil hati, nanti kita share2 resepi ye..
saya bab pendapat ni mmg tak berapa sangat nk bg pandangan. setskat sembang dgn suami j la kot.
ReplyDeleteitu yg blog saya gitu gitu je..
xpela..biasalah..setiap org ada pndapat tersendiri kan...
ReplyDeletehmmm aida lom sampai lagi entry tu.
ReplyDeletebiasa la bw terkemudian kan.
apapun, da minta maaf, ok la tu :)
itulah kadang kita tulis x de niat nk sakitkan hati sesiapa tetapi kita x jangka ada yg terasa atas apa yg kita tulis..so cantik juga cadangan dan teguran buah hati mama tu
ReplyDeletealaaaaa tak sempat nak baca. tapi kira kalau bab bagi pendapat selalu letak nota kaki kat bawah "ini pendapat saya, pendapat kita mungkin berbeza. maaf pada yang berbeza pendapat"
ReplyDeleteentry yang pasal doktor tu ke?
ReplyDeletelaa..jauh beno pikirnya tu kak
saya baca pun santai aje time tu
cumanya pendapat kita aje tak sama tentang isu tu
tak payah minta maaf, akak tak salah pun
tetiba saya pula yang takut kot komen saya buat akak tarik balik entry tu
saya minta maaf jugalah kak...serius takde niat
p/s-ni kira saya bernasib baik sebab dapat bacalah ni...hehe