Assalamualaikum....
Anak dara mama yang seorang ni memang becok mulutnya, jika nak diikutkan perkembangan adelya dari segi percakapan,lebih baik dari abang-abang dahulu.
Abang-abang pun bercakap awal,seawal usia menginjak 2 tahun semuanya sudah boleh bercakap cuma bezanya adelya lebih lancar dan lebih jelas sebutannya.
Biasalah dah ada dua abang diatasnya jadi perkembangan pun lebih laju la agaknya kan sebab nak mengikut abang-abang,apa yang abang buat semua adelya nak buat. Ada juga orang kata anak perempuan lebih cepat matang berbanding anak lelaki...wallahu'alam
Adelya sekarang ni kalau nak marah je mesti cakap "pegi kawan dengan çicak” hehehe...contoh adelya marah " mama buka pintu yaya nak kuar" "tak boleh mama nak sidai kain je ni" bila mama cakap tak boleh terus marah, silang tangan dekat dada "tanak kawan mama..pegi kawan dengan cicak" muncung mulut sambil mata menjeling mama...hehehe pandai sangat dia tu
Adelya...kuat makan sekarang ni nampak berisi je dah, tengok baju abang adrien pun adelya dah muat pakai,ada beberapa helai baju abg adrien dah diwarisi adelya,takpelah kan pakai baju abang pun,elok lagi tu...walaupun gigirl sorang takdelah dimewahkan dengan baju yang banyak,baju abang pun boleh rembat juga.
Ok lah nanti mama cerita lagi, nak menaip pun masa anak-anak tido sebab tak mahu anak-anak nampak tab mama hahaha tapi abang adam dah ok kalau nampak pun sebab mama akan cakap tab ni untuk mama buat kerja,jadi abang adam ok je,cuma sekarang mama kena sorok dari adelya je la...adelya belum faham lagi.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Amboiiii mama kena kawan dengan cicakkk...abis tu adelya nak kawan dengan sape...haha
ReplyDeleteAdelya kawan dengan abang la hihi
Deletemy anak buah perempuan dah sethn lebih tapi cuma beberapa perkataan je yg dia tahu . berbeza dgn kakaknya yg dah petah cakap seawal sethn ... kelebihan Allah beri berbeza ...
ReplyDeleteBetul tu semuanya bergatung pada rezeki Allah
Deletehehehhe mana lah kamu belajar nih adelyna... suh kwn ngn cicak
ReplyDeletePerkembangan otak kanak-kanak perempuan lebih cepat dari kanak-kanak lelaki. Mereka cepat belajar, cepat matang dan tumbesaran mereka juga lebih cepat dari anak lelaki walaupun usia mereka sebaya.
ReplyDeletehihi..dh mkin besar, mkin bijak bercakap..
ReplyDeleteeyhh..nape kna kwn dgn cicak ni?? hehe
hahaha,,,amboii Adelya siap suruh kawan dgn cicak ya...comel ja.. makin byk cakap, makin byk tanya nti... hihi
ReplyDeletecik yan dapat bayangkan riak wajah adelya masa tu...:-))
ReplyDeletealamak, sayaa skrg sikit sikit ngusik rania
ReplyDeleteasyik sebut cicak juga. hikhiks
nti rania soh sy kwn dgn cicak jugak
ha ha ha adelya kamceng dgn cicak ye?
ReplyDeletealamak aii takut acik aida la...
pegi kawan dengan cicak? heheheh
ReplyDeletemau ke mama kawan dengan cicak? hihihihi. uwais takut cicak. paling takut dengan cicak... hihihihi. untung jugak anak lelaki first ni. sekurangnya kalau adik bawak perempuan tetap boleh pakai tshirt abg. tp kalau kakak perempuan adik laki xleh share skirt huuuu
ReplyDeletekenapa dia cakap camtu...hehe
ReplyDeletekelakarlah adelya ni
kawan dengan cicak tu...acik pun nak kawan dengan cicaklah...hehe
aisyah pun saya sarungkan aje baju afif kak
asal boleh sarung...takat t-shirt dengan seluar tu, tak hal sangat lah kan
afif jenis lambat naik badan, tapi aisyah cepat naik
budak perempuan memang cepat beso daripada lelaki
cuma aisyah ni pelat sangat...tak tahulah camne nak sekolah tahun depan ni
Hahaha...cicak pon cicak lah. Petah anak dara nih.
ReplyDelete