Monday 16 May 2016

Cerita Hari Guru

Assalamualikum...

Hari ni mama nak ucapkan selamat hari guru buat semua, kita semua pun guru, ibu-bapa guru pertama anak-anak, tapi hari ini adalah hari istimewa untuk para guru.

Anak-anak mama pun sibuk nak sambut hari guru,nak bagi hadiah pada cikgu mereka, adelya nak bagi hadiah pada tecer tehah, adrien nak bagi hadiah pada cikgunya di tadika yang bila mama tanya siapa nama cikgunya? dia tak tahu nak jawab apa...hehehe, abang adam pun tak tahu nak bagi hadiah pada cikgu yang mana.

Tengok kawan-kawan update kat fb,amboii meriah hadiah untuk cikgu-cikgu, mama bekalkan abang satu beg hadiah je, ikut abanglah nak bagi pada siapa, takpe ini kali pertama untuk abangkan, tahun depan mama buat proper sikit ye, kita kira semua cikgu yang ajar abang dan kita bagi semua, tadi pun mama isi 3 barang dalam paper bag abang tu, tapi mama tak tahulah kot abang nak bagi dekat 3 orang cikgu, terpulang pada abanglah macammana.

Masa zaman mama sekolah dulu, memang takde bagi hadiah pun,maklumlah mama dulu susah nak beli hadiah tu memang takdelah, ada tak ada pun, mama petik je bunga ros yang arwah mak tanam tu bagi pada cikgu..hehehe ok lah tu kan ada jugalah untuk cikgu,walaupun bunga tu pasti akan layu, tapi ilmu yang cikgu bagi tidak akan pernah layu.

Tahun ni, 3 hadiah disediakan untuk anak-anak bagi pada cikgu, adelya bagi untuk cikgu ditaska, barang murah je mama beli, hadiah tu dan kek untuk tecer tehah, tecer taska tu penting juga, sebab itulah guru pertama untuk anak-anak mama, anak-anak kenal A,B,C, aliff, ba, ta..anak-anak boleh solat,semuanya hasil dari ajaran tecer taska, jadi tecer di taska juga patut diraikan.

Untuk adrien, mama buatkan beberapa ketul muffin dan barang yang dibeli untuk dibawa ke tadika, hari ini ada makan-makan di tadika sempena hari guru, semangat tu adrien siap cakap ini hadiah yen nak bagi dekat cikgu, walaupun muffin mama tu tak semnggah je, tapi tengok adrien teruja macam tu, lega rasa mama, tahun depan mama buat dengan lebih baik ye.


pic dari google


Harap-harap cikgu sudi terima hadiah dari anak-anak mama tu dan harap anak-anak mama tak malu nak bagi hadiah pada cikgu, mama risau anak-anak malu nak bagi hadiah tu pada cikgu je, maklumlah anak-anak mama tu pemalu...hehehe.

Terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam.

13 comments:

  1. Anak akak si Iman pun begitu beria nak bagi cikgu dia hadiah harini.Malam tadi kakak dia Iqa tolong balutkan dan hias kan hadiah.Hadiah murah je Ilah ,hanya tu yg mampu.Itupun dia tak pasti nk bagi cikgu yg mana.Apapun akak bersyukur dia hargai cikgu2nya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulllah pemberian makanan dan benda ye, belum pernah bagi makanan sebagai hadiah kepada guru mungkin elok juga bagi makanan boleh share semua guru. InshaAllah good idea AA.

    ReplyDelete
  3. dana blh lupe kak...
    sempat sediakan coklat je kak...boleh la kan tanda ingatan

    dulu2 masa sekolah ucapan pastu bt persembahan di hari guru, takde duit nk beli2 hadiah bg cikgu2... almaklum org kampug

    ReplyDelete
  4. MERIAH SUNGGUH SAMBUTAN HARI GURU LA NI....DULU2 XDE SEMUA TU...KESIAN CIKGU DULU2 XDPT HADIAH DRPD MURID2NYA KAN..

    ReplyDelete
  5. Selamat hari guru semua pendidik... meriah sambutan di mana2...
    sy dah beli hadiah buat teacher2 Pae.. tapi pagi tadi tertinggal kt rumah lah plak..ehehe... kena tunda esok..:)

    ReplyDelete
  6. anak perempuan akak semlm pun dah siapkan keychain utk cikgu2nya
    gigih buat sendiri dgn kawan2.

    ReplyDelete
  7. Balik sekolah cikgu-cikgu hari ini mesti bonet kereta penuh dgn hadiah AA:)
    Sebab kalau satu murid bagi satu kira ajelah berapa kelas. Walau tak semua bagi kalau satu kelas ada 10 murid bagi. Kena 10 kelas aje dah seratus!

    ReplyDelete
  8. Mesti cikgu-cikgu suka terima hadiah dari anak akak.

    ReplyDelete
  9. mesti cikgu suka tu, siap bekal mufin

    ReplyDelete
  10. walaikummussalam.. ada mufin tu... mesti cikgu suka tu..

    saya masa sekolah dulu bagi cikgu pen dgn kad buat sendiri je tu yang saya ingat.. bunga ros mcm ada rasanya yng masa tu tgh top tu yang ada cecair pewangi dlm ros tu.. haha.


    Blogwalking sini, jemput singgah baca artikle ini ye

    Bina Blog Berkualiti site...

    ReplyDelete
  11. untung nya jadi cikgu di hargai dengan hadiah bagai kan
    mesti senyum lebar semua guru dapat hadiah macam2 dari murid hee

    ReplyDelete
  12. Haiiii..... untunglah ada mama rajin mcm mama Adam, Adrien dan Adleya ni....
    Tak pasal pasal dapat kek hihi

    ReplyDelete
  13. Mesti seronok anak-anak bawa hadiah yang akak buat ke sekolah. Bangga tau sebab mama buat sendiri :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...