Saturday 16 January 2016

Segmen dua kerja apa kata blogger

Assalamualaikum...

Kali ni mama terpanggil untuk join segmen ni


Dalam keadaan sekarang kadang-kadang walau suami isteri itu bekerja tapi kita masih perlu mencari income sampingan, mama tidaklah nak cerita pasal mama tapi nak cerita pasal buah hati mama, en.azmi tu la, bukan setakat 2 kerja tapi lebih rasanya kerja yang dibuatnya.

En.azmi tiada income tetap, buat masa ni buat sub-con je, tapi biasalah payment selalu lambat, jadi perlu ada inisiatif lain untuk menambahkan pendapatan.

Selain sub-con en.azmi membuat kerja-kerja logistic, orang nak berpindah,dia buat kerja penghantaran barang, kawannya ada syarikat forwarding jadi en.azmi bantu dalam kerja-kerja mengangkut dan menghantar barang. Kadang en.azmi mengambil upah membantu kawan mengambil madu kelulut dari orang asli.

Dalam keadaan sekarang kita kena pandai mencari peluang yang boleh mendatangkan income, dapat tambahan rm100-200 pun sudah memadai, nak yang lebih kena cari yang lebih la.

Takde peluang pekerjaan yang dapat mama beri dalam entri ni cuma pada mama berusahalah untuk mencari rezeki yang halal,sebab selagi kita berusaha inshaAllah Allah akan bukakan jalan untuk kita.

Peluang ini juga mama ambil untuk promote sikitlah, jika ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk berpindah,bolehlah hubungi kawan en.azmi ni atau boleh juga hubungi en.azmi. Oh ini bukan company suami mama ye, en.azmi cuma buat part time menghantar dan loading barang,jika ada kerja dapatlah upah sedikit.



Kerja-kerja yang dijalankan seperti yang tertera digambar...

Itu saja yang dapat mama kongsikan untuk segmen ini, selain bersegmen mama cuma berkongsi saja tentang en.azmi yang membuat lebih dari satu kerja.

Sesiapa yang ada perkongsian lain dan ingin sertai segmen ini bolehlah klik banner diatas.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad.

Wassalam

16 comments:

  1. SEMOGA BERJAYA AI...HIDUP LA NI MESTI RAJIN BUAT KERJA MENAMBAH REZEKI UTK TAMPUNG KOS HIDUP YG TINGGI.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum AA, inshaAllah dipermudahkan urusan. Saya pun usaha skit jual kat mudah.my Senang dah tahu ada packing mover service di sini boleh rujuk di masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...inshaAllah, moga dimudahkan oleh Allah

      Delete
  3. Selamat berjaya kak.. sy mmg kagum dgn insan2 yg gigih dan buat keje lebih drp 1 ni.. mmg kagumla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aisy...waktu ni kenalah berusaha lebih sedikit

      Delete
  4. Terima kasih sertai segmen ini. Nanti saya update. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  5. Zaman gawat skg ni memang perlu nak cari income lebih terutama yg tinggal di bandar tentunya lebih mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak,kenalah berusaha lebih sedikit

      Delete
  6. Assalamualaikum...

    Semoga berjaya...

    Memang kena buat kerja lebih dari satu pada masa sekarang...walaupun hasil sikit...janji mampu meringankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...

      Terima kasih.

      Betul tu kena berusaha lebih sedikit,xpe lah dapat tambahan sedikit,yg penting dpt meringankan

      Delete
  7. all the best kak

    dunia sekarang memang camtu.
    bergantung pada satu income memang agak menyesakkan napas
    saya pun ada juga buat side income kecil-kecilan
    jadilah buat tampung perbelanjaan dapur

    ReplyDelete
  8. Wow... banyak kerja tu... bukan setåkat dua jer... apapun semoga berjaya dunia akhirat... dari segmen yang sama... semoga berjaya..

    ReplyDelete
  9. nak jadi hebat kena usaha lebih hebat kan kak. tapi penyakit orang sekarang ni bila tengok kita mcm terlebih rezeki sikit mula lah nak cakap itu ini. tapi dorang tatau sebalik tu mcm mana peritnya kita

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...