Rutin hujung minggu yang berbeza

Assalamualaikum...

Bermula minggu ini rutin hujung minggu mama sudah berbeza, sabtu sesudah subuh menyental kasut sekolah dan baju sekolah anak-anak...hahaha itu je lah pun yang berbezanya,takde la berbeza sangat pun. Tambah dua kerja je..

Memang terasa jugalah bezanya tu,penat juga menyental kotoran pada kasut dan baju, itu mujur lagi baju sekolah agama saja, lepas orientasi nanti, bertambah lagi dengan baju sekolah kebangsaan pulak.

Hari ahad pula,awal-awal mama dah ironkan baju sekolah anak-anak untuk seminggu, senang nanti malam-malam mama iron baju kerja sendiri saja...baju mama tak boleh iron awal nanti bertukar fikiran pula nak pàkai baju lain.


Lega dah siap...hari ni juga baru mama siap jahit lencana sekolah abang adam,teruk sungguh mama nih...gigih tau menjahit,siap nama sekali. Taram je la jahit asalkan melekat, ada juga tengok orang post dekat fb,cara lekat lencana tanpa perlu jahit,tapi malas pula mama nak cuba. Kalau jahit senang nak dibuka nanti. Mana tahu abang adam membesar bertukar baju,mama buka je lencana tu,nak tunggu adrien pakai lambat pula lagi.

Nampaknya dah selesai semua urusan baju anak-anak hari ini, esok bermula hari baru diminggu baru,moga segalanya dipermudahkan oleh Allah swt.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Comments

  1. baru2 buka sekolah ni mmg sibuk sgt kan yan...lama2 oklah tu.

    ReplyDelete
  2. moment tu takkan berulang lagikan kak
    ....kejap je dah masuk minggu ke dua

    ReplyDelete
  3. samalah dgn lya..hujung minggu msa utk sauna..iron baju anak n bju kerja sdri utk seminggu

    ReplyDelete
  4. bermula lah rutin baru yek... atau ulang semula rutin thn lps

    ReplyDelete
  5. hehe..samalah kita
    cuma saya ni mujur suami saya bantu
    especially bab iron baju lah.
    dia tahu bini dia jenis kelam kabut punya orang...hehe
    kadang kasut sekolah dengan baju pun dia basuh
    seriously kurang sikit rasa bebanan tu

    tapi biasanya kak, memula ni aje
    nanti bila akak dah biasa. insya allah okay dah =)
    bab jahit saya sokong kak! saya pun guna balik lencana dan tanda nama
    jimat sikit duit =)

    ReplyDelete
  6. kira suka iron baju one shot je. sebab malas nak pegang iron malam2 hihihi. pesen tido awal. lepas isyak dah lebuh ntah kemana halanya hihihihi

    ReplyDelete
  7. sibuklah sikit bila dah buka sekolah kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts