Tuesday, 5 January 2016

Abang sado masuk tadika

Assalamualaikum...

Hari ni mamapapa hantar adrien pula masuk tadika. Tadika yang sama dengan abang adam. Dalam perjalanan siap pesan pada adelya "hari ni yaya pegi taska sorang-sorang tau, yeyen dengan abang pergi sekolah" olohh...sweet sangat abang adrien ni tau.

Mulanya adrien taknak masuk tadika,sebabnya masa nak pergi tadika dia,lalu tadika lain ada gambar upin ipin...ohoii dia pun buat hal nak masuk tadika upin ipin pulak, geram je mama sebab bukan senang nak pujuk adrien bila dia mula buat keputusan, jenuh la mamapapa memujuk tadi.

Lepas tu tak mahu masuk kelas, nak main dekat luar pulak.. Macam-macam perangai adrien ni.


Rilek je abang sado pakai baju superman. Muka cuak je tengok, tapi jiwa kental tak menangis pun, pastu asyik dia tengok member sebelah menangis teresak-esak. Mulanya seorang je menangis sampai termuntah, lepas tu berjangkit-jangkitlah hihihi macam-macam kerenah,penat juga cikgu tadika ye pada permulaan ni.

Mamapapa tinggal je adrien,suruh balik naik van ke taska..mama salam adrien lepas tu keluar, jenguk ikut tingkap ok je dia, terus mama balik. 10.30am wasap tecer taska tanya adrien dah sampai ke belum? Tecer kata dah sampai...sampai-sampai terus mengajar adik pula, semangat pula dia hihihi...tunggu petang apa pula ceritanya.

Sekarang mama di sekolah abang adam tengok abang adam rehat...hehehe

Ok nanti sambung lagi abang adam dah keluar

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

13 comments:

  1. Bagus lah abang sado tak nangis..
    Tengok muka hairan kenapa budak sebelah dia nangis ye Yan..
    Macam2 ragam anak2 masuk tadika ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah macam2 ragamnya anak2 dihari pertama bersekolah ni kan

      Delete
  2. nama pun abg sado... itu rilex je

    ReplyDelete
  3. Bgusnya abg sado. Anak saya hari ni dah hari keempat pergi taska. Nangis setiap kali ditinggalkan. Hari ni awal2 dah cakap tak nak pergi. Sedihnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah...permulaan tu, lama2 nanti ok lah tu, suasana baru kan, nanti dah mesra dengan kawan2 mesti ok

      Delete
  4. syabas yeyen..abg sado takboleh nangis..nak pandai tak boleh nangis... :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...semalam nangis juga tu, tapi hari ni dah ok

      Delete
  5. nasib la xnangis.. risau gak kan

    ReplyDelete
  6. sesuai dgn ke'sado'an nyer :)
    baju pun superhero kan.
    ok la. mana nak nangis :)

    ReplyDelete
  7. saya teringat afif masa masuk tadika
    minggu pertama dia okay
    minggu kedua macam2 hal dia buat. meraung...mengalahkan apa ntah.
    tapi tahun kedua dia di tadika much better. huhu

    garang betul muka adrien tu. acik yana pun gerun nengok =)

    ReplyDelete
  8. tatau la komen kira sebelum ni lekat ke tak. line internet ni kejap ada kejap takde haihhhhhh

    kakak kira anto anak dia masuk tadika pun cakap benda yang sama. bila sorang nanges terus yang lain sambung nanges sama. macam berjangkit hihihih

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...