Tuesday 19 January 2016

Cerita si bidadari

Assalamualaikum....

Bidadari tu bukan mama ye..tapi tentulah anak dara mama tu. Makin petah bercakap,ada saja benda yang nak dicakapkan,kadang pening melayan.


Mama beli tudung tapi adelya yang sibuk nak cuba dulu, puas digayakan baru diberi pada mama. Itu sibuk nak bertudung tapi tak berbaju dan berseluar,cuma berpampers je...hai ada-ada saja adelya ni.


Kebanyakan benda semua nak buat sendiri, itu bukan main nak ketip kuku sendiri, pandai pula tu menggayakannya. Bukan setakat gaya tapi memang bolehlah ketip kuku sendiri. Tahu mama nak snap pic sempat lagi buat peace.


Pantang ditala henpon laju je buat macam-macam gaya, setakat ni gaya tak tinggal...gaya otomen memfire rasaksa hihihi pengaruh abang-abang la ni.


Walaupun nampak kasar tapi sifat kewanitaannya tetap ada... Ye lah gigirl kan jiwa wanita tu mesti ada juga. Ini baby beli masa pergi cameron hari tu, tau adelya buat apa tu? Diambilnya wet tisu dilapnya baby tu, katanya baby kincing hahaha pandai je dia,sekarang ni pula sibuk pakaikan baby dia pampers.


Ke mana saja baby mesti dibawa,tidur pun dengan baby, siap selimutkan lagi baby tu. Kalau nak pergi jalan mana-mana mesti adelya tanya "mama baby nak ikut jalan-jalan boleh tak?" Sambil buat muka comey,bila mama kata boleh terus senyum gembira.


Kalau hari sekolah, setiap petang akan tunggu depan rumah, tunggu abang adam balik dari sekolah "abang..yaya rindu abang" bukan main lagi kalau dengan abang adam, bila abang sampai siap panggil dengan suara manja,lepas tu nak peluk abang, bukan main rindu. Pagi tadi tak sempat tengok abang adam naik van,kejar abang sampai jatuh..."mama yaya tak tengok abang" alahai..sedih pulak mama, ye lah abang kalut sangat pagi tadi tak sempat adik nak salam, takpe petang nanti tunggu abang adam ye.

Itu kalau dengan abang adam, kalau dengan abang adrien dia hmmm...pantang lepa sekejap dah nangis abang adrien dibuatnya,dah la abang tu demam terbaring je, boleh dia pegi ketuk abang tu, mama peluk abang adrien pun adelya marah, tido malam mama selimutkan abang adrien, laju je adelya tarik selimut tu " yeyen tak boleh" katanya...asal yeyen semua tak boleh...adoii la mungkin sebab tu lah adrien dah taknak adik lagi agaknya, takut kena buli lagi hehehe.



Nak melawa pandai sangat, habislah beg bedak mama yang tak seberapa tu digeledahnya,sampai pecah bedah, lip balm pun patahlah, losyen bukan setakat tangan dan kaki, muka pun disapunya,paling tak tahan deodorant papa dia ambil, digelek kat muka...hahaha hadoiii melekit-lekit muka, memang itu pe'el adelya sekarang susu yang diminum pun dituang ke tangan disapu ke muka, krim roti pun sapu kat muka amboiii ini kalah qu puteh ni..silap-silap semut hurung muka tu.

Memang tak makan samanlah,kalau abang-abang barang papa tak berani usik tapi adelya selamber je,papa marah dia buat tak tahu saja, selalulah bergaduh dua beranak tu.... Haa rasakan penangan anak dara, tapi memang adelya tu manja dengan en.azmi,kalau minta nak dukung tu..haa kenalah papanya dukung. Melayan je la papanya tu.


Kena sediakan tudung dimana saja kadang mood bertudungnya datang, adelya minta bertudung jadi mama pakakan saja untuk membiasakan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

13 comments:

  1. Penuh keletah tanda sihat dah cerdik
    Kalau dah diam mama juga juga susah hati kan.
    Cute betullah Adelya ni - lagi-lagi bila bertudung comeeeelll sangat:)

    ReplyDelete
  2. alahai..comel orgnya dan keletahnya! mmg menghibur hati sungguh. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, cerdik, comel, suka bertudung pula tu.

    ReplyDelete
  4. Macam2 keletah ya anak dara kecik ni..Seronoknya tengah besar ni lah yang seronok tengok keletah budak2 ni..nak2 ppuan kakak suka sangat...comelll nya pakai tudung tu.

    ReplyDelete
  5. ala nampak babydoll dia..cute..
    cute lagi dia bila pakai tudung..

    ReplyDelete
  6. Comel anak dara akak. Memang seronok layan anak-anak. Buat hati jadi tenang.

    ReplyDelete
  7. cute nye pakai tudong comey loteyy lah

    ReplyDelete
  8. moga bidadari mama membesar menjadi anak yang cergas n cerdas..amin

    ReplyDelete
  9. Haha....alah kat gambar bukan nampak pun tak pakai baju.
    Budak budak umur Adelya nilah yg tgh seronok layan kan Azra. Kalau yg becok tu, mmg geram dgr dia ckp mcm orang tua!

    ReplyDelete
  10. Wah. Kecoh la rumah akak ya.. 3 orang 3 ragam.. apa pun saya suka la adelya nampak rapat dengan abang2 dalam masa yg sama dh menunjukkan ciri anak perempuan jg.

    ReplyDelete
  11. hahahahaha adoiiii lawak betoi. memang dia tak ngam sungguh dengan abg yeyen dia tu. moga adrien tak ambik hati dengan adelya huuuu. kadang riso gak kan hati budak2 ni. bukan boleh nak jangka. mcm uwais. budak tu kuat sentap >..< tapi comel betoi adelya pakai tudung. manisssss je muka dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...