assalamualaikum...
nor fazilah bt ibrahim itulah nama diberi tapi lebih mesra disapa kak lah..adakalanya ketika zaman kanak-kanak dulu dipanggil 'pak dollah sayang' hhahahha nama ejekkan lah nih ....dilahirkan pada tarikh hari ini 38 tahun yang lalu...alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini selama 38 tahun.Semoga terus dipanjangkan usia mama ni, dan semoga usia yang ada ni diberkati Allah swt.
merupakan anak ke 3 daripada 9 beradik..6 perempuan 3 lelaki, mama dilahirkan di negeri Perak sebenarnya ate...teman orang felda ijok, selama perak.tapi dibesarkan di negeri Pahang, Al-kisahnya arwah mak dan arwah ayah merantau ke Pahang dalam usaha mencari rezeki, permulaannya kami duduk di Kg.Awah, Temerloh, lama juga menetap disitu, sebelum arwah ayah mohon untuk masuk ke tanah rancangan felda.
Setelah dapat masuk felda, bermulalah kehidupan mama sebagai anak felda, mula-mula masuk felda susah tak macam felda yang sekarang, dulu api air pun takde, merasalah mama mandi air telaga, guna pelita minyak tanah, kalau nak up sikit guna lampu gasoline, ada kat blok mama tu merangkap guru mengaji mama, berada sikit dari jiran-jiran yang lain, rumahnya sebuah yang ada televisyen dan lampu bermentol, itupun hidup guna generator.
Teringat dulu-dulu dirumah itulah kami berkumpul setiap malam untuk tengok cerita jepun oshin, rin hanikoma, berkumpul ramai-ramai, walaupun tv hitam putih yang jenis buka pintu tu, itupun dah seronok sangat, dihalaman rumahnya juga tempat kami berkumpul bermain di petang hari, masa zaman moero attack, semua pakat main bola tampar, yang sezaman dengan mama mungkin ingat cerita ni kan, dulu-dulu glamer citer jepun, takde citer korea...hehehe yang masih mama ingat, miss comec, kesatria baja hitam dan macam-macam lagilah, banyak jika nak disenaraikan.
Dulu-dulu jalan tak bertar, hanya jalan tanah merah yang berbatu kecil-kecil, bila hari hujan, habislah merah kasut sekolah, arwah ayah bijak, disuruhnya kami, bungkus kaki dengan plastik, jadi bila berjalan, kasut takdelah terkena percikan tanah merah tu.
Hidup sebagai anak felda ni dulu tidaklah sesenang mana, dengan kami yang 9 beradik ni, arwah ayah cuma menoreh getah,arwah emak pula surirumah, pernah juga kami makan nasi dengan garam, pernah juga makan nasi berkuahkan minyak bekas goreng ikan semata...Walaupun mama ni anak penoreh getah, tapi memang tak pandai menoreh, bukan setakat tak pandai menoreh ladang getah arwah ayah pun tak tahu di mana,kerana apa? kerana kami adik-beradik tak pernah ke ladang, jangan haraplah ayah nak bawa, arwah ayah memang tak pernah nak bawa kami menolongnya diladang, saat kami dengki dengan kawan-kawan lain yang sering ke ladang, tanpa kami tahu mereka lebih dengkikan kami, kerana tak perlu berpenat ke ladang setiap petang seperti mereka.
Baru mama tahu kenapa arwah ayah tak pernah mahu bawa kami ke ladang, kerana arwah ayah tak mahu kami merasai kesusahan seperti yang dia lalui, susahnya biar hanya dia yang rasa, kerana katanya penat kerja menoreh ni, nak tolong mengutip getah pun arwah ayah tak bagi, katanya penat nanti, getah tu busuk nak dikutip dan diusung dengan baldi, berat...anak-anak tak mampu nak buat nanti, sudahnya buat je lah berdua, arwah mak dan arwah ayah...begitulah pengorbanan mereka.
Haiii panjang pula cerita mama ni ye.. Sek.men.dato' bahaman lanchang,sekolah mama dulu,sesudah spm mama ambil stpm,maklum tak berapa nak bijàk mohon masuk u tapi tak dapat,dengan pangkat 2 spm tu,mama masuk form 6, di sek.men.abu bakar temerloh,sapa orang temerloh mesti tahu sekolah tu tepi jalan je hehehe
Yuran stpm pun bayar sendiri, masa cuti sekolah bulan nov,dis tahun 1996...mama bekerja disebuah kedai baju di chow kit,kedainya betul-betul dibawah jejantas yang pernah arwah sudirman hj arshad buat persembahan dulu, masa kerja duduk di flat belakang tu wisma hock ann namanya kalau tak silap,tak tahu lah wujud tak lagi tempat tu.
Stpm dapat 4p. .tak teruskan pelajaran terus bekerja sambilan di jab.perangkaan malaysia negeri selangor selama 2 tahun, kemudian mama dapat tetap di jabatan yang sama pada mei 2000 dan mama masih disini mencurah bakti. Apa itu perangkaan? Mama pun tak tahu dulu,yang mama tahu buat banci penduduk sahaja,tapi banyak cabang kerja dijabatan ini,pengalaman yang mendewasakan.
Bertemu jodoh pada umur 30tahun...alhamdulilah bertemu juga jodohnya bersama rakan sekelas masa form 4 dan form 5, itulah kita tak tahu jodoh kita siapa kan, kalau tahu mungkin lepas spm mama ajak en.azmi kawin hahaha, tapi jodoh itu rahsia Allah kan,Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya, hasil perkongsian hidup mama dikurniakan 3 orang cahayamata..alhadulillah dengan rezeki anak yang Allah bagi,syukur sangat-sangàt kerana apa yang mama dan en.azmi rancang dan doa Allah makbulkan.
Dah 38tahun ni mama harap akan bertambahlah keimanan dan ketakwaan mama ni,kerana dengan meningkatnya umur mama ni,maka makin dekatlah mama untuk ke alam yang satu lagi,moga mama dapat membuat persiapan dan bekalan yang secukupnya apabila mama dijemput Ilahi nanti, semoga Allah jemput mama disaat Dia benar-benar redha akan mama.
Hadiah untuk mama? Hehehe...takde dah pun hadiahnya sebab dekat-dekat dengan anniversarykan,masa tu kan dapat hadiah surprise dari en.azmi,jadi cukup-cukuplah apa yang mama dapat tu,tapi tak tahulah kot dapat lagikan,tak dapat hadiah, belanja makan pun jadilah hehehe...kità tunggu je lah mana tahu ada surprise lagi nanti...kuikuikui,en.azmi itu suka buat terkejut-terkejut jek...
Hadiah mengejut yang mama dapat masa anniversary dulu, cukup dah rasanya untuk màma,menggantikan yang lama yang asyik bermasàlah dengan bateri sudah beberapa kali ditukar,masih juga tak elok,sudahnyà trade in sahaja yang lama dàpatlah yang ini,jadilah untuk mama yang tak berapa pandai dengan gadget-gadget nih.
Panjang sungguh mama tulis rasanya nih, syabas buat yang membaca sampai abis...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
happy bday sis, alhamdulillah
ReplyDeleteMaha adil Allah setiap perlakuan baik ada ganjarannya. Berbaloi arwah abah memberi didikan anak-anak sekarang semua dah senang kan. Doakan arwah moga terus dilimpahi rahmat Allah dan ditempatkan bersama kalangan org yg beriman - amin.
ReplyDeleteHappy birthday dari kakak!
HAPPY BIRTHDAY YAN SEMOGA SHT WALAFIAT MURAH RZKI PNJG USIA BERBHGIA SELALU...SAMALAH KITA ANAK FELDA DI PHG. KAK PERNAH INAP DI ASRAMA SEK MEN ABU BAKAR TEMERLOH TIKA IKUTI KURSUS PENULISAN DPMP...LAMA DULU...MASA TU YAN BELUM LAHIR LAGI.
ReplyDeleteMoga hari jadi ke 38 ni menjadi penerus kebahagiaan , kesihatan dan keceriaan akak dan semoga auranya berkat utk seluruh ahli keluarga aryan.. apa yg Allah takdirkan utk kita pasti telah yg terbaik buat kita..
ReplyDeleteselamat ulang tahun kak...kita samalah org felda..tinggal lagi..yan penerokawati
ReplyDeletenanti Uwais pun jadi mcm akak. lahir kat perak. abi orang penang, ummi orang perak tapi membesar dekat kedah. jadi orang kedah, loghat pun kedah jugak hihhii. sama la dlu kira pun hidup susah. duduk rumah setinggan. api air takde. air pam dari perigi, letrik harap dekat lampu minyak tanah atau generator. generator pun guna bila betol2 perlu je. tapi tu semua kenangan. mengajar masing2 jadi lagi kuat dan tak menyusahkan mama papa
ReplyDelete