Monday, 25 January 2016

Mengikut jadual

Assalamualaikum...

Hari ni buat pertama kali mama menyusun buku abang adam mengikut jadual. Esok abang adam dah mula belajar untuk sek.kebangsaan, minggu lepas dah habis orientasi. Mulai hari ini secara rasminya tugas baru mama bermula...susun buku ikut jadual.

Sebenarnya dah bermula pun untuk sek.agama, tapi sekolah agama jadualnya mudah bagi mama sebab senang mama faham, yang sekolah kebangsaan ni guna singkatan, susah mama nak agak mata pelajaran apa, yang buat mama terpinga-pinga DSV, MZ,PIQ,PIU,PK, yang lain-lain BI,BM,MT tu bolehla mama faham....hahaha DSV tu adakah dato' sri vida? Hehehe kata mak ngah PIQ tu qu puteh agaknya...tak membantu langsung.


Mama siap belikan fail, setiap mata pelajaran satu fail,mama tulis sekali diluar tu mata pelakaran apa,susun dalam beg ikut susunan jadual matapelajaran,senang abang adam nak ambil nanti, tarik je fail yang berkenaan.

Selain memudahkan, ia juga dapat menjaga buku dari terlipat-lipat, maklumlah abang adam kan,main letak je bukunya dalam beg tu, jadi mama perlu buat sesuatu agar buku terjaga, buku itu ilmu,jadi yang berkaitan ilmu perlu dijaga dengan baik, barulah berkat ilmu yang dipelajarikan,juga dapat terhindar dari basah air hujan bila buku diletak dalam fail, sebab sebelum ni buka basah terkena hujan.

Permulaan ini mama yang buat,nanti pelan-pelan mama akan ajar abang untuk menyusun sendiri buku-buku mengikut jadualnya. Pelan-pelan kayuhlah kan, anak-anak mama ni biasalah manja,lagipun ini perkara baru buat abang adam, kena ajar sedikit demi sedikit.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Yan...resepi lemon chesse cake tengok entri sebelum ya..:-)

10 comments:

  1. pembelajaran zaman sekarang ye..mak pak jadi bengong memikirkan...
    zaman kita dulu..lebih mudah

    ReplyDelete
  2. rajinnya mama.. tersusun semuanya.

    ReplyDelete
  3. utk abg adam yg baru mula sekolah takpe mama buat kan, nnti dh msk bln ke 3 ke 4 boleh abg adam bt sndiri... yelah msk dlm fail buku terssn je tp kan buku2 sekolah makin lama makin banyak...sian bdk2

    ReplyDelete
  4. bertambah la satu tugas utk mama adam.. takpe mama kuat.. makin bersemangat tgk anak ke sekolah ^_^

    ReplyDelete
  5. Kakak dulu buat macam itu juga tapi masuk dua bulan anak kakak sendiri katak tak mahu. Jadi ikut suka sendirilah.

    ReplyDelete
  6. Bagus juga idea tu Yan..
    Senang mereka nak cari buku kan..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...double safety kan kak buku buku ilmu tu..
    salam kenal...singgah ukhuwah..

    ReplyDelete
  8. wahhhhh bijak la mama. boleh tiru nanti cara ni. susun masuk file siap2 xde la dorg terpinga2 nak ambik buku mana satu. tak rosak nanti kan.

    ReplyDelete
  9. best jugak idea ni...

    ReplyDelete
  10. idea yang bagus juga ni sis. biasa saya selit je buku teks dan buku aktiviti yang sama. boleh cuba juga idea ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...