Assalamualaikum...
Baru mama tahu, kenapa dulu arwah mak sanggup bangun awal pagi sediakan sarapan, jerang air panas untuk mama mandi sebelum ke sekolah,sediakan semuanya untuk kemudahan dan kesenangan anak-anak.
Bila dah jadi mak ni, secara automatik mama juga begitu... Bangun 4.30am untuk jerang air panas, untuk sediakan bekal anak-anak ke sekolah. Rupanya inilah perasaannya bila dah ada anak, kalau boleh nak buat semua untuk anak..oh bukanlah semua sampai anak tak tahu berdikari ya.
Untuk permulaan mama akan buatlah nanti dah besar sikit dan dah pandai, mama ajar pula membasuh kasut sendiri, iron baju sendiri, pakai baju sikat rambut sendiri, sekarang semua mama buat lagi, ye lah anak-anak baru je bersekolah, masih mencari rentakkan.
Walaupun tak mampu menjadi sehebat ibu-ibu lain diluar sana tapi mama masih berusaha untuk anak-anak,mengikut keupayaan sendirilahkan, kalau surirumah sepenuh masa tentu seronokkan,dapat masak, dapat tunggu anak balik sekolah depan pintu, tapi mama bekerja jadi buat apa yang termampu sajalah, bekalan anak-anak pun yang sekadarnya sahaja.
Apa yang mama sediakan mengikut permintaan anak-anak jugalah, biasanya anak-anak minta yang mudah saja, roti telur..memang mudahlahkan, mama memang tak sediakan nasi ye, mama sediakan bekalan ala kadar saja asal dapat mengalas perut.lagipun di taska anak dah makan nasi sebelum ke sekolah.
Bekalan anak-anak hari ini, adrien nak bawa juga walaupun di tadika ada makanan disediakan, jadi setiap hari mama akan sediakan 3 bekalan yang sama, untuk abang adam pagi dan petang,1 untuk adrien,kadang-kadang jadi 4 bila adelya pun sibuk nak berbekal juga.
Bagus juga bila bawa bekal ni sebab abang adam tidak berbelanja jadi duit yang diberi bolehlah abang masukkan dalam tabung. Jadi dapatlah memupuk semangat menabung untuk abang.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Pengorbanan seorang ibu.. alhamdulillah mama yang baik pasti anak2 nanti pun dapat aura rajin, bersemangat dan berkasih sayang ni..
ReplyDeleteBetul emak saya cuba buatkan yang terbaik untuk anaknya walaupun beliau bekerja. Bila lihat nugget tu nanti nak bekalkan untuk anak nugget juga.. :)
ReplyDeletetgk makanan tu buat sy lapar, hehe..tak sarapan lagi ni
ReplyDeleteassalam...bersusahpayah sedikit demi anak2 tersayang xmengapakan disamping tu pelan2 ajar mrk berdikari.
ReplyDeleteBagus anak2 yan nak bawa bekal.Anak bongsu kakak yg sorang ni payah beno akak suroh bawa bekal wlpun dia tak pandai makan makanan di kantin sekolah kecuali roti atau keropok.
ReplyDeletesama la kita, yan.
ReplyDeletetakde la berbento-bento, tak pandai.
prepare yg patut-patut je :)
yes, apa anak nak ut yg aida buat kan.
betul2... bila dh jd emak nih otomatik kita mula belajar pengorbanan mak abah kite dulu2 masa kite kecik...
ReplyDeletesalam kenal..haah kan..sy pn sama..bila dh jd mak2 ni mmg awal sungguh bgn pagi..siap masakkan sarapan utk ank bwk bekal ke sekolah..
ReplyDeleteKalau ikut style kakak memang semuanya bawa bekal except hubby kakak tak pernah.
ReplyDeleteAnak kakak dari tadika memang bawa. Sebab itu bila dah duduk asrama kena sediakan biskut utk dia bawa juga bekal.
Kakak dari dulu sampai sekarang walau anak dah kat U dan duduk asrama tetap bangun pukul 5 juga sebab dah biasa. Dah tua ni memang mudah terjaga.
contoh yang baik utk diikut...ha'ah nampak bekal to tetiba rasa lapar dan terus kedapur nak cari makanan...
ReplyDeletesama lah mcm fasya..bwa bekal roti aje
ReplyDeletetu yang saya memula dulu susah juga nak biasakan diri
ReplyDeletetapi kemudian dah terbiasa
pagi afif memang saya pastikan bersarapan
pastu kami suami isteri memang biasa bawa bekal
so mungkin anak pun ngikut
even aisyah pun saya bawakan bekal walau ke rumah mak saya
bab uruskan diri sendiri tu, slow2 lah kak
adam pun kecik lagi tu. saya dulu pun umur 12 tahun baru buat semua sendiri
ni yang mana afif boleh buat, saya suh buat cam susun buku sekolah
isi air dan bekal dia dalam tupperware.
dia pun sonok aje bila suh buat.
baju pun tahun ni pandai dia jaga...tak susah mama dia nak nyental
tak apa kak...slow2. insya allah semuanya ok nanti =)
bila buat bekal dekat suami dengan anak rasa semangat tu lain macam kan kak. walau tak dapat makan dengan dorang tapi rasa dekat sebab makan air tangan kita hihihihi
ReplyDelete