Orientasi darjah 1

Assalamuaaikum...

Sekejap rasa waktu berlalu, cuti sekolah pun hampir berlalu. Minggu depan akan bermula rutin yang baru buat abang adam dan buat mama juga.

Abadikan kenangan di sini...


Semalam dihari pertama orientasi abang adam. Sesampai je mama terus ke tempat perhimpunan tak perlu semak abang kelas mana sebab mama dah semak awal-awal dekat blog sekolah abang. Sekolah abang ada blog jadi mudahlah bagi mama.

Tinggalkan abang disitu mamapapa pergi ke dewan mendengar amanat guru besar. Murid tahun 1 ramai hampir 360 orang. Pada hari itu juga masih ramai pelajar yang baru menduduki ujian diagnostik.

Selesai mendengar amanat, mama ke kantin uruskan pembayaran yuran,papa pula pergi ambil buku teks. Selesai semuanya ambil abang adam dikelas dan balik.

Alhamdulillah mama tengok abang ok saja dikelas, kena tinggalkan pun abang ok..takde menangis pun,harap- harap abang rajin belajar.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Comments

  1. Adam , selamat berjaya dan belajar bersungguh2 di sekolah rendah ya.. dah besar anak mama ni ya.. lepas ni adik2 pula masuk sekolah.. kita yang makin tua.

    ReplyDelete
  2. kejap je kan masa berlalu.. masa akak dulu anak2 mudah je ditinggalkan.. now dah lama berlalu..selamat menempuh senario baru dlm hidup.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah....tahniah abg adam dah darjah 1..belajar rajin2 tau..dengar cakap cikgu..mama papa

    ReplyDelete
  4. DAH MULA ORIENTASI TAHUN SATU YA...XLAMA LAGI SEKOLAH DIBUKA N BERMULALAH KESIBUKAN IBUBAPA ANAK2MURID N GURU2 DI SEKOLAH YA..

    ReplyDelete
  5. Selamat menempuh alam persekolah yg baru abg adam. Semoga berjaya dlm pelajaran.. smga berjaya dunia akhirat..
    Buat mama.. selamat menyental baju sekolah yg putih itu :)

    ReplyDelete
  6. selamat menempuhi orientasi dan bersekolah buat abg adam..dh dajah 1 mesti ok..belajar rajin2..rajin2 ke sekolah jangan ponteng.hehe

    ReplyDelete
  7. good boy abang adam. abang adam besar dah. tak nanges2 dah la mama ;)

    ReplyDelete
  8. naik skola da adam.
    zaman skang kan yan, tak ramai anak2 masuk skola rendah nangis tau.
    ada la. tapi few aje. mostly da independent dah :)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak
    maaf. lama tak singgah sini

    wah abang adam dah sekolah! handsome pakai uniform
    sama cam afif dulu..tak buat hal. mungkin anak sulung kot
    rajin2 belajar ye sayang

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts