Assalamualaikum...
Rentetan dari entri sebelum ini,rata-rata ramai yang cakap awal mama bagun...hihihi. Sebenarnya bukan sebab abang adam dan adrien dah sekolah mama bangun awal, tapi memang kebiasaannya mama bangun awal sekitar jam 4.30am @ 4.45am.
Mama tidur awal jadi bolehlah mama bangun awal, paling lewat pun mama tidur pukul 11pm,itupun jarang-jarang berlaku,yang selalunya pukul 9pm mama dah tidur dengan anak-anak,mama jarang tidur lewat dari bujang-bujang lagi.
Kenapa awal sangat bangun?tak ngantuk ke kat ofis...hehehe mungkin dah terbiasa jadi takdelah mengantuk sangat,tapi bila takde kerja nak buat tu mengantuk jugalah.melangut je kan,nak buat kerja pun takde...menguappp je lah, kat ofis mama ni,kalau masa sibuk,sibuk sangat...kalau masa rileks tu ohoiii...memang taktahu apa nak buatlah.
Mama jenis tak suka kalut-kalut,jadi mama bangun awal untuk sediakan apa yang patut, masak bekalañ sediàkan air mandi abang adam, mandikan abang adam pakaikan baju kemudian mandikan adrien pakaikan baju,tunggu abang adam solat. Pe'el anak-anak ni macam-macam, sekarang mandi mesti mama yang mandikan,kalau dulu en.azmi boleh mandikan sekarang mereka taknak, jadi mama taknak ganggu mood anak-anak,mamalah yañg mandikan.
Pe'el abang adam kalau solat mama kena tunggu sebelah, takpe lah kan sementara ni saja nak membiasakan abang adam bersolat, alhamdulillah...kalau dulu bila mama ajak solat abang adam muñcung je...sambil cakap " mama ni asyik solat,solat je..." Takpe mama kenalah sabarkan,nak didik anak banyak cabarannya. Tapi sekarang bila ajak solat walaupun tengah tengok tv, abang adam tutup tv dan solat, siap minta mama ingatkan kalau waktu solat dah masuk tapi biasalah kadang-kadang muncung juga.
Tiap pagi sebelum subuh mama dah kejutkan anak-anak mandi sebab selepas siapkan anak-anak mama pula perlu bersiap untuk ke tempat kerja. Memandangkan anak-anak ke sekolah dengan bas,mama perlu bersedia awal bas datang ambil abang adam pukul 7,mama kena pastikan semua dah ready sebelum pukul 7, mama tak suka orang menunggu,biar mama yang tunggu takpe, tak perlu van tunggu depan rumah, tapi biar mama yang tunggu van sampai,tak perlu acik nurul hon berkali-kali nak keluar dari rumah,mama taknak macam tu.
Selepas abang adam naik van sekolah, bergegas pula ke taska hantar adelya dan adrien,adrien van ambil untuk ke tadika pukul 7.15am dekat taska sekarang bila dah 2 orang bersekolah tak bolehlah en.azmi hantar adrien ke sekolah terpaksalah adrien naik van, selepas itu baru en.azmi hantàr mama ke ofis, tahun ni mama masuk kerja pukul 8, balik pukul 5,kalau masuk pukul 7 risau tak sempat pula dan lagi terkejar-kejar,macam sekarang oklah sampai ofis pun 7.40am.
Lagi satu kenapa mama suka awal-awal ni sebab pe'el mama memang macam ni,mama suka buat sesuatu tu awal agar mama tak kalut dihujung-hujung. Kalau nak pergi bercuti, mama dah siapkan barang awal-awal supaya takde apa yang tertinggal. Kalau masa bercuti lepas saja seharian berjalan, malamnya mesti mama dah siap lipat-lipat baju yang dah diguna susun sebelah supaya kemas,esok nak check out terus je ambil baju tu masukkan dalam beg,sampai rumah terus masukkan baju dalam mesin....hehehe
Mama ni jenis tak suka menunggu lama sebab mama tahu macammana rasanya bila terpaksa biarkan orang lain menunggu kita lama,rasa bosankan hehehe, lagi satu en.azmi pun jenis punctual tak suka lambat-lambat, ok lah tu sama dengan mama jadi takdelah kita terkejar-kejar semua benda,bila nak cepat semua saling membantulah kan.
Alhamdulillah setelah seminggu persekolahan berlalu mama dah dapat rentaknya jadi takdelah terkejar-kejar waktu lagi pada waktu pagi, abang adam juga mama dah tak pergi pantau lagi semasa balik,seminggu jugalah mama pergi ke sekolah setiap petang untuk pastikan abang adam tahu naik bas. Alhamdulillah abang berjaya.
Cumanya ada satu masalàh, abang adam sering terlupa tupperware dan bekas air, lepas makan dikantin bergegas ke surau untuk solat,hinggakan lupa segala bekalan,setakat ini sudah 2 tupperware dan 2 botol air yang tertinggal dikantin dan tidak dapat dikesan,pada hal mama dah tulis nama dan kelas abang,takkanlah tiada siapa yang jumpa,mungkin takde siapa yang perasan agaknya.
Walaupun bangun awal pagi,bekalan yang màma sediakan simple sahaja..hehehe cukuplah untuk alas perut anak, setakat ni abang adam ok je bila mama suruh bawa bekal. Harap tak tinggal lagi bekal mama hari ini,kalau tidak jenuh juga nak membeli lagi.
Bangun àwal tak bermakna mama rajin,cuma mama tak mahu terkejar-kejar membuat sesuatu benda tu.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
oo..akak tidur awal rupanya
ReplyDeletesaya pula mungkin sebab faktor sakit saya ni
saya susah sikit nak tidur
paling awal pukul 11...biasa pukul 1 pun tak tidur lagi
akak buat saya teringat MIL saya pula
dia pun camtu...lepas isyak dah tidur. tapi bangun pagi
saya tak mampu buat cam dia dan akak...hehe
memula ni memang kena bertabah bab hilang tu kak
afif gitu juga dulu. entah berapa banyak botol air hilang
belum pandai jaga barang lagi
insya allah lelama ok tu...cuma memula ni kena bertabah sikit =)
bangun awal memudahkan apa saja kerja nk dibuat..xdelah nk tergesa-gesa kalau dh jadi kebiasaan xder masalah pun...
ReplyDeletemmg mak2 yg nk bekalkan anak2 akan bangun awal2 pagi... dulu masa dana bekalkan aiyan sapan kul5 dh bangun nk sediakan walaupun simple, skrg nih aiyan takmo bekal tp nk singgah kedai mkn jd boleh la bangun lwt skit dr biasa...
ReplyDeletepengorbanan seorang isteri n emak kan...
lps nih mmg kene pakai tuperware pakai buang jelah, syg kalau pakai jenama tuperware huhuhu
syoknya baca rutin akak ni.. anak- anak saya agaknya ikut perangai mak ayahnya yang tidur lwt, jadi kami pun takla bangun awl.. masa naim 4 tahun je semua dah tidur awl seawl kul 10 utk 2 minggu prtama dia sekolah tu, lepas tu macam biasa kul 12... mana tak mengantuk kalau hari yg penat pula di sekolah, kemudian pagi kul 6 bangun siapkan apa yg patut.. badan tak cukup rehat lagi...
ReplyDeleteBagus bangun awal pagi ni..
ReplyDeleteElok la da jadi rutin..
Mcm ira ni da biasa tdo lmbt, so nk tdo kul 9 tu mmg susah.. klu penat sgt atau sakit, baru tdo awal.
rajinnnnn mama. kan kak bangun awal mood kita jadi smoothhhhh je. bila lewat ni terkejar2 mula nak marah nak ape la huuuu
ReplyDelete