Tuesday 12 January 2016

Penyusuan ibu

Assalamualaikum...

Entri takde kaitan dengan isu yang tengah viral sekarang ye...

Seingat mama sepanjang tempoh ini mama tak pernah bercerita sangat tentang penyusuan ibu, dari abang adam dan adrien lagi. Cuma masa adelya saja itupun mungkin 1 @ 2 entri sahaja.

Bukan tidak mahu bercerita cuma rasa macam tiada apa hendak diceritakan, membaca bermacam-macam pengalaman ibu-ibu diluar sana dan membaca pelbagai pendapat dan pandangan, bagi mama semua itu biasa saja terpulang kepada pendapat dan pandangan masing-masing walau terkadang sinis dirasakan.

Masa abang adam dan adrien memang mama tidak menyusu badan, bukan tidak mahu menyusu,susu ada sampaikan demam disebabkan bengkak susu,namun puas dipaksa mereka tidak mahu minum,biasalah mama tak sanggup tengok anak lapar susu, bagi saja susu botol, ada yang kata usahalah sikit,biar saja nanti anak tu lapar dia isap juga, tapi mama ni tak kuat semangat,mama bagilah susu botol.

Kata orang minum susu lembu nanti anak ada dna lembu,ikut perangai macam lembu, mama rugi tak lalui moment-moment indah bersama anak ketika menyusu,rugi tak mencipta bonding dengan anak-anak...hmm ikutkan semua ibu pun nak susukan anak sendirikan, tapi itu rezeki,ada ibu yang berusaha tapi tiada susu,ada ibu yang berusaha tapi doktor nasihatkan tidak menyusukan anak atas faktor kesihatan, bermacam faktorkan, bila anak-anak nakal,mama terfikir salah mama ke tak beri susu ibu?

Walau tak diberi susu ibu mama cuba didik anak-anak agar menjadi anak yang baik budi pekerti,anak yang baik akhlak,anak yang mendengar kata,mama percaya didikan yang baik akan menghasilkan anak-anak yang baik, anak ini dididik dari dalam kandungan lagikan. InshaAllah...mama cuba yang terbaik dalam mendidik anak-anak.

Masa adelya..alhamdulillah mama fully bf,walaupun ditahan wad 3hari 2malam akibat kuning,adelya diberi susu botol kerana mama tidak teman adelya di wad sebab tiada bilik kosong,tapi bila keluar wad adelya masih mahu minum susu mama dan alhamdulillah susu memang banyak,disamping berdoa mama makan supplement shaklee.mama doa agar mama dapat susukan adelya sepenuhnya.

Sehingga kini umur adelya 2tahun 4bulan adelya masih menyusu badan,tetapi pada waktu malam sahaja,waktu siang di taska adelya minum susu botol atau lebih tepat lagi adelya sudah minum susu dalam cawan bila ditaska hanya berbotol dirumah dan tidur malam masih bf,rezeki adelya kan susu pun masih banyak,hari tu mama pump dapat juga sebotol, suka je adelya dok usung botol yang mama isi susu tu tunjuk dekat abang-abang "ini susu yaya katanya".



Walaupun bersusu botol dan bf mama tak pernah bezakan anak-anak mama,mama sayang kesemuanya samarata tak berbelah bahagi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


24 comments:

  1. geramnya tengok anak dara tu bertudung..comel sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 datang mood adelya nak betudung tu cik yan

      Delete
  2. susu botol ke susu bdn ke, mereka ttp keluar dr kite jgk kan... kadang bkn takmo bg susu bdn tp mungkin ada keadaan yg memungkin kan tak terjadi.... ckp camtu sbb dulu dpt susukan bdn aiyan sampai 6bln je... lps tu perah2 pam2 tp takmo kuar jgk sbb masa tu aiyan dh mula makan ubat jantungnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dana..kita mak2 ni kalau boleh nak yg terbaik untuk anak2

      Delete
  3. Anak-anak kakak pun dulu malam fully BF tapi siang susu botol.
    Lagilah dulu tak ada pencerahan macam sekarang ni. Kadang bila fikir sayang dulu kakak pam kat pantry office tau lepas tu buang gitu aje..

    Tapi alhamdulillah walau susu formula anak-anak kakak ok juga. Solat tak tinggal, khatam quran pun semua sebelum usia 8 tahun. Kakak didik anak kakak mengaji dari usia 3 tahun tau. Janji dah boleh cakap bagi aje Iqra'. Sekarang semua dah remaja dan semua anak kakak juga wakil sekolah dalam musabaqah. Bukan nak membangga tapi tak semestinya susu formula atau susu ibu.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak, komen ini memberi semangat buat saya untuk memdidik anak2 dengan lebih baik

    ReplyDelete
  5. Comelnya anak-anak, saya sendiri saya tak pasti minum susu apa. Sambil menyediakan sambil mendoakan inshaAllah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anak2 anugerah teindah,kita berusaha mendidik mereka dgn baik

      Delete
  6. Anak kakak yg no 4 susu botol juga yan wlpun kakak tak kerja sbb masa kat hospital dh dibagi botol ,bila nk bagi susu badan dh tak mau.Bagi kakak tak kisah lah susu fomula ke badan ke,yang penting kita yg didik mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak yg pntg bagaimana kita didik mereka

      Delete
  7. Hehe.. xtau sgt psl viral tu..
    Rezeki adelya dpt susu ibu lama..
    Kagum dgn ibu2 yg susukan ank dgn susu ibu sepenuhnya.. tp setiap org rezekinya x sama.. kita cuma blh usahakan je.. mcm aimy pun x fully bf.. siang susu botol, mlm dgn hari cuti je susu ibu. Skg ni plak dlm proses nk benti botol.. da nk 5 thn isap botol lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu pun sebab ada kawan yg post dekat fb org yg selfie tu xde tgk pun

      Delete
  8. mana-mana menyusu badan atau fm, semuanya bukti ibu sangat sayangkan anak-anaknya.

    ReplyDelete
  9. haha...ayat permulaan tu win kak =)

    sebenarnya jadi orang atau tidak seseorang tu bukan sebab susu
    tapi sebab didikan. kita yakin ajelah bab tu
    ada sebab allah tentukan gitu perjalanan kita
    cam saya, walau terlalu teringin...tapi tak boleh
    so saya redha. alhamdulillah tetap ada zuriat sendiri walau sebelum tu
    ada doktor kata peluang tu tipis =)

    apa yang pasti, kita semua sayang anak2 kita
    dah kita pastinya inginkan yang terbaik buat mereka di dunia mahupun akhirat
    insya allah berkat didikan kita, anak2 kita bakal jadi insan hebat. aaminn =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu yana bukan kita xnk tp byk faktor yg buat kita tak bolehkan.

      Ye kita sayang anak2 kita moga kita dapat berikan yang terbaik buat merreka

      Delete
  10. anak my kakak semuanya susu ibu wpun my kakak kerja . nasib baiklah jadi cikgu . 1.30 dah blh pecut balik . klu x , anak mmg lapar sbb my anak buah semuanya x nak susu botol wpun dlm botol itu hasil perahan susu ibu . bila dah masuk 3/4 tahun , barulah mrk nak susu botol ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga kalau x mahu berbotol langsungkan,mujur bole keluar awal utk susukan anak

      Delete
  11. nak menyusu anak tu banyak ujian dugaan ye kan kak. sekarang banyak la ilmu penyusuan dan motivasi kalau dulu payah jugak nak jumpa tu. sebenarnya kira langsung tak percaya pasal minum susu lembu DNA lembu tu. sebab dalam susu tepung tu bukan banyak pun peratus susu nya. banyak tepung je kot sebab nak bagi kuantiti banyak, pernah baca tapi tak ingt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kira..yg menyusu ibu pun sampai 2 tahun je kan lepas tu minum susu formula juga kan

      Delete
  12. Menyusu tu pun kira rezeki Allah bagi...

    ReplyDelete
  13. haha.. aritu kecoh sangat pasal menyusu dn selpie tu ya.. macam2..
    saya pun samalah juga, masa anak pertama tak banyak ilmu, naim dah minum susu campur sejak dlm pantang. nazif je lebih untung sb 2 tahun lbh minum susu mama, sb masa nazif saya dah ada ilmu penyusuan ni, jadi bersedia sikit. nampak nazif lebih erat dengan saya.. apa pun semua anak kita syg sama kan.. try nak bg layanan yang sama..

    kagumnya dgn komen Kzakie tu, anak2 dah khatam Quran sblm 8tahun.. cabaran buat saya ni, nak yang sama utk anak2 juga. insyaAllah usahakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan akak aisy,x byk ilmu...masa adelya memang bertekad nk menyusu badan, alhamdulillah adelya pun mahu.

      Itulah memang kagum dengan kak zakie tu

      Delete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...