Sunday, 3 January 2016

Tahun baru di taska

Assalamualaikum...

1 jan 2016...mendapat jemputan dari taska anak-añak sempena open day taska dan tahun baru.

Abang adam dan adrien ada membuat persembahan. Hari-hari sebelum majlis sibuklah mereka berdua bagitahu mamapapa yang mereka akan buat persembahan.

Seawal 8am papa dah hantar abang adam dan adrien ke taska sebab mereka nak berlatih lagi. Mama dirumah masih sempat mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah


Taska berseri dicat baru dan dihias dengan belon..adrien asyik la memuji "taska yen cantik mama, tecer cat".. Warna cat yang sama dengan sebelum ni tapi bila dicat baru nampak berseri.

Gaya adelya sebelum ke taska nampak comel dan bersih tapi selepas itu...comottt sebab makan aiskrim.


Makan bersama kawan-kawan sebelum memulakan persembahan. Seronok tengok anak-anak ini bergelak ketawa bersama-sama,suci dañ bersih wajah dan hati mereka semua.


Anak-anak ketika persembahan,buat di kawasan riadah taska saja, semangat anak-anak membuat persembahan, orang persembahan nasyid adrien buat gaya rockers pula, ada-ada saja adrien buat orang ketawa.

Tecer cakap nampak confident pula adrien, biasanya nampak pemalu, masa berlatih pun malu-malu je...ooo macam tu ke? Mungkin ada mama adrien bersemangat agaknya.

Dapat cenderahati beg dan towel untuk anak-anak. Sebenarnya mama sangat berpuashati dengan taska ini, walapun ada yang kata bayarannya agak mahal tapi mama tolak tepi bab itu, yang penting anak-anak dijaga dengan baik lagipun bukan setakat menjaga taska ini turut mengajar sekali. Mama pernah dah ceritakan dulu rasanyakan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

8 comments:

  1. WAH DUA BERADIK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI TASKA DGN ENJOY SEKALI TANDA ANAK2 MENYUKAINYA...BUKAN SENANG JUGA NK CARI TASKA YG SESUAI DGN ANAK2 KITA..

    ReplyDelete
  2. yeyen nampak bersemangat :-))

    taska kalau banyak ciri positif...bayar mahal pun tak pe..puas hati

    ReplyDelete
  3. bila dah kenal dan mesra dgn kwn , seronoklah mrk tu nanti ...

    ReplyDelete
  4. meriah nya... seronok nya nengok
    budak2 pun suke

    ReplyDelete
  5. alaaaa comelnya haaaaaa. betul kak. kira kalau bab bayar ni tinggi takpe tak kisah asal kebajikan anak2 kita terpelihara. bukan senang orang nak jaga anak kita. kita sendiri pun kadang pening kepala jaga inikan pulak orang lain yang bukan darah daging dia

    ReplyDelete
  6. yes. kalau kita da sesuai, da serasi dgn taska, mahal pun takpe kan.
    yg penting anak kita selamat dan sihat :)

    ReplyDelete
  7. betullah tu, kalau servis bagus, kita takde masalah melabur
    seronok aje tengok diorang buat persembahan
    majlis pun nampak santai
    sebab tu agaknya adrien over confident agaknya

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...