Friday, 15 January 2016

genap 5 tahun

Assalamualaikum...

Jika dilihat dari entri pertama mama dulu 15 januari 2011, itu mengikut entri dari blog mama yang lama la,mama dah tutup pun blog tu, sayang dengan blog tu sebab banyak cerita pasal anak-anak, tapi entahlah setelah difikirkan mama tutup je, moga dalam blog yang baru ni mama lebih berhati-hati dalam menulis,tak mahu buat orang berkecil hati dan sentap dengan apa yang mama tulis.

nampaknya sudah 5 tahun mama berblog nih, dulu tulis bodo-bodo je...hahaha tengok orang ada blog mama pun nak berblog, tapi tak pandai.Bermula sikit-sikit kawan ajar, lepas tu mama belajar sendiri,cubalah macammana pun kan,sebab mama ni memang suka menulis, zaman takde blog dulu mama ada diari,tiap tahun mama ada diari tau, pernah ada orang tak bertanggungjawab baca diari mama...kecewa rasanya

Seiring dengan peredaran masa,jadi mama juga perlu berubah dari menulis diari,mama menulis blog,kali ini tak takut lagi dah orang baca sebab apa yang mama tulis memang dikongsi untuk bacaan kawan-kawan yang sudi singgah di blog picisan mama yang tak seberapa ni,syukur alhamdulillah,masih ada yang sudi follow dan setia membaca cerita-cerita mama yang kadang entah apa-apa. Mungkin entri syok sendiri, tapi apa ada hal blog kita,cara kitalah kan.

Mama menulis mengikut apa yang mama rasa,cerita mama memang cerita seharian mama, sebab itu kadang mama menulis setiap hari,ada saja yang mama nak tuliskan, takde keje ke mama banyak sangat masa nak menulis? Hihihi....ikutkan masa tu memang terhad,tapi pandai-pandailah mama mencari masa kan,asalkan mama dapat menulis, itu sudah memadai.mama tak de pun fikirkan pageview atau keuntungan dari menulis blog nih sebab mama tak pandai,menulis pun ikut mana sempat je kadang sambungan cerita dari setiap perenggan macam tak brhubung saja, tapi taram sajalahkan hahaha....

Mama menulis sesedap rasa mama je,mama tak ambil tahu masa bila patut publish entri, masa bila ramai yang datang berkunjung ke blog, bagi mama bila ada idea nak menulis, mama tulis je,tapi tak sangka pula ada yang sudi nak berkolaborasi dengan blog picisan mama ni,mama terima sebagai pengalaman,mana tahu lama-lama dengan berblog boleh buat income...hehehe verangan je lah, motif utama mama berblog sebenarnya nak simpan cerita anak-anak, dalam pada tu ada jugaklah cerita tentang diri sendiri.

Untuk tahun ni takde target apapun dalam berblog, moga dapat menulis seperti biasa dan moga masih ada yang sudi singgah dan membaca coretan mama yang tak seberapa ini. Moga lebih berhikmah dalam menulis. Coretan didalam blog ini moga akan dibaca oleh anak-anak suatu hari nanti, tapi mama pun tak tahu sampai bila mama akan menulis.

Mogà semangat mama untuk menulis akan berterusan.




Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

19 comments:

  1. Salam Jumaat, dah 5 tahun berblog, moga diteruskan.. inshaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Akak pun menulis blog ni macam diari akak lah Yan..
    Cerita anak2, keluarga, apa yg akak masak, apa yg baca dan info tu berguna akak share lah..
    Blog akak pun santai-santai macam tu :)

    Semoga Yan terus berblog dan gembira dgn apa yg yan coretkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak seronok juga verkongsi cerita dengan kawan2..cerita2 santai je

      Delete
  3. Replies
    1. Wah abg ali komen blog kite la. . inshaAllah x fedup lagi hihhi

      Delete
    2. awal2 dulu mmg ingat nk buat duit dgn blog kununnya... (mmg pernah la rasa dpt duit hasil dari blog walaupun x banyak mana)tapi sbb xbrpa rajin menulis & x brpa ada bakat menulis pun...jd skrg ni berblog suka2 je... hentam je la cerita psl diri sndiri & syok sndri juga hihi...

      Delete
  4. Salam Jumaat.Selamat Ulangtahun kelima

    ReplyDelete
  5. wah..samalah kita mula berblog, cuma saya bln 7.. lima tahun dah ye, kalau anak dah tadika.. oh pada tahun akak mengandung adrienla ya... teruskan berkarya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...tahun akk mengandung dan lahirkan adrien la nih...hihihi

      InshaAllah andai pnjang umur akak,akan terus menulis

      Delete
  6. wah...lama tu kak. senior saya ni =)
    saya dulu pun buat suka2
    pastu saya dapat banyak galakan dari rakan blogger lain
    yang penting saya seronok...

    apapun tahniah kak ye. mga terus success
    p/s-saya antara yang kenal akak dari blog lama dulu. kak izan punya cite lettew =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah yana, hehehe suka2 je menulis,harap berterusanlah.

      Terima kasih yana

      Delete
  7. Kakak pun sama,mula berblog sekadar saja2 sehingga ada ketika 6 bulan terbiar sepi.Lama kelamaan minat pula nak terus menulis mengabadikan pengalaman cerita2 seharian dalam membesarkan anak2.Yalah kakak pun dulu tak lari dari diari apatah lagi sewaktu anak kecil kakak menulis tentang perkembangan mereka.Moga bila akak tiada nanti dapat mereka tau cerita kelmarin yang indah pada sorang ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan kak bila dapat menulis kisah anak2 ni, rasa nak tulis semuanya,biar mereka baca suatu hari nanti

      Delete
  8. TAHNIAH..LAMA JUGA DH BERBLOG..TERUSKANLAH MINAT MENULIS TU...

    ReplyDelete
  9. Sekejap je da 5 tahun kan..
    Semoga berterusan minat menulis..

    ReplyDelete
  10. sama la dulu pun kira menulis sekadar suka2. isi masa kosong dekat office sebab keja receptionist. bila takde orang atau telefon tak berdering melangut la kebosanan. tapi skang alhamdulilah dengan blog ada jugak merasa pendapatan sampingan. nikmat tu Allah je yang tau :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...