Wednesday, 6 January 2016

kalut tak mama bila anak dah sekolah?

Assalamualaikum...

tak abis-abis lagi mama cerita pasal anak sekolah...hahaha, biasalah pengalaman pertamakan, macam-macamlah ceritanya.

Hari ini mama sudah mula bekerja setelah bercuti 3 hari dari 31 disember 2015 hari itu untuk menguruskan persekolahan anak-anak. Abang adam dah masuk darjah 1, adrien pula masuk tadika. Semalam pagi abang adam tertinggal van untuk ke sekolah agama, bukan apa sebab driver itu pekerja baru, jadi dia tak kenal lagi budak-budak yang naik van. terpaksalah mamapapa hantar abang adam ke sekolah agama semalam.

Sekolah dekat je, memang hari-hari nak hantar pun boleh, tapi kata en.azmi..biarlah abang naik van, biar dia berkawan dan berdikari sedikit.Pagi ini, alhamdulillah...pukul 7.15am van sampai, drivernya memang tokey bas sendiri, jadi dia memang dah kenal anak-anak jiran, jadi mudahlah, driver bas tu pun jiran dan kawan en.azmi juga.

Rutin mama..seawal 4.30am dah bangun, gigih betul mama dah macam nak bangun sahur, ke ada lagi yang awal dari mama? hehehe, mama bangun menyiapkan bekalan untuk anak-anak, kata abang adam nak bawa bekal roti telur, jadi pagi-pagi mama masakan roti telur, 2 bekas untuk pagi dan petang untuk abang adam, sebekas untuk adrien dan sebekas untuk adelya.

menyemak jadual belajar belum lagi, sebab abang adam masih dalam orientasi sehingga 22 jan nanti, jadi takde belajar lagi, baju pun setiap hari pakai tshirt putih dan seluar track, mudahlah sikit keje mama sekarang tak perlu nak menyental baju yang putih, kasut pun walaupun dah 2 hari pakai, masih putih, tapi ada la sedikit kotor. baju melayu putih pun tak perlu disental, cukup sekadar masuk mesin saja, mungkin nanti bila dah ramai kawan dan mula bermain, perlulah mama kerah tenaga untuk menyentalkan.

Macammana abang adam naik bas balik dari sekolah? semalam petang mama ke sekolah tunjukkan bas yang perlu abang adam naiki masa balik dari sekolah, untungnya dekat situ, bas hanya 1 dan bas itu pula memang bas yang abang adam naik, bukan takde bas lain, tapi yang lain bukan bas sekolah tetapi van sekolah saja, mama memang dah minta abang adam hafal nombor bas, alhamdulillah  abang adam ingat no.bas.

Bertambah lega bila ada seorang lagi pelajar yang transit di taska yang sama, satu sekolah dengan abang adam, budak tahun 3, tecer taska siap pesan minta tengokkan abang adam, kakak auni tu pengawas, dia beritahu, nanti kalau adam tak tahu naik bas, dia akan minta adam tunggu bersama dia sehingga dia habis bertugas dan akan naik bas bersama adam, tapi kalau dengan kakak auni, abang tak dapat duduklah sebab kakak auni keluar lambat. tapi takpe mama lega dah bila ada yang boleh diharap untuk tengokkan abang adam.

Untuk membeli makanan di kantin waktu rehat, semalam rehat mama pergilah juga tengokkan abang adam, ok abang dah pandai membeli makanan, lepas tu beli air. mama tengok saja apa yang abang beli, abang beli nasi lemak tapi makan tak habis pun, hmmm..masih kenyang agaknya sebab di taska abang dah makan nasi dulu sebelum ke sekolah, jadi hari ini mama bekalkan makanan ringkas saja buat abang.

Bab abang adam dah settle bagi mama, sebab mama tengok abang boleh bawa diri, cuma petang ni mama akan pantau dari jauh abang naik bas waktu balik, nak tengok abang cam tak bas yang mana. mama dah siap pesan sebelum melintas jalan pergi ke bas, tengok dulu ada kereta atau tidak? bukan apa..kawasan itu memang khas untuk bas sekolah saja, tapi ada juga ibu bapa yang bawa kereta menunggu anak-anak disitu, sepatutnya ibubapa yang menunggu anak, parking di tepi jalan sahaja, tapi itulah kan tak semua mengikut arahan, kata pengawal yang bertugas disitu.

Adrien pula...semalam ok hari ini menangis kata en.azmi...hahahah adoii nangis kenapa pulak tu.. pagi tadi adrien dah cakap dekat mama " yen nak mama tunggu yen dekat sekolah, kalau mama takde yen menangis" mama dah cakap dah yang mama dah kerja tak boleh tunggu lagi dah...rupanya betul adrien menangis, kuat kata kata en.azmi..." yen nak papaaaa" kata adrien, tapi en.azmi buat tak tahu, malas nak layan, tinggalkan biar cikgu yang uruskan, esok pagi biar adrien naik van saja pergi tadika tak perlu dihantar lagi.

macam-macamlah perangai anak-anak ni kan..bila direnung kembali, macam nilah mak kita masa kita kecik-kecik dulu, tertanya kenapa seorang emak sanggup bangun awal sediakan segala keperluan anak-anak, nak mandi air panas, emak masakkan air...bila jadi pada diri sendiri, ada anak...mama pun buat benda yang sama, pagi-pagi bangun, masakkan bekalan, sediakan air panas, mandikan anak-anak, siapkan anak-anak untuk kesekolah, temankan anak menunggu van.

Cumanya mama ni bekerja, terpaksalah bekalan sekolah petang pun sediakan pada waktu pagi, pasti sejuk dah makanan tu bila pukul 3ptg nanti, takpelah abang, buat alas perut sajakan, kalau abang nak beli makanan di kantin abang belilah, mama sediakan bekal sebab takut abang tak sempat beli makanan. tapi semalam mama tengok ramai je anak-anak yang bawa bekalan ke sekolah.

Catatan seorang mama yang baru merasai pengalaman 2 anak bersekolah...hehehe, nak kata kalut tu takde lah sangat, yang penting mama sendiri kena pandai mengagihkan masa, masih sempat lagi melayan cerita di tv, jika mama mahu, tapi bagi mengelakkan anak-anak tidur lambat, jadi siaran tv perlu ditamatkan awal. pukul 9mlm mama pastikan anak-anak sudah masuk bilik untuk tidur, sebelum tidur...aktiviti biasa masih juga mama teruskan...inshaAllah, akan diteruskan dan semoga mama istiqomah mengajar anak-anak.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

16 comments:

  1. Akak pulak AA..
    masa weekdays dorang tak boleh layan TV..
    Weekend boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, payah nak ajar anak2 ni supaya tak tengok tv masa weekdays, akak buat macam mana ye?

      Delete
    2. sama dgn aida. 1st week ni alhamdulillah diorang x dibenarkan tgk tv.
      aida & mr.asben berkorban tak on tv tau. off langsung!
      but tu la, dlm kul 9 lebih tu on jugak sebab kan izzat.
      but slow la volume.
      kakak-kakak dlm bilik. tepat 9.45 mlm je terus suruh diorang gosok gigi.
      terus tido :)

      Delete
  2. perkh 4.30pagi dh bangun kak oi.... mmg mcm nk bangun sahur, silap2 blh sahur trs kot2 nk pose sunat kan

    yelah bkn tak blh nk suh beli kt kantin tp bekalkan lg mudah utk bdk2 kot.... walaupun sibuk tp mcm seronok gitu...
    tp mingu2 awal nih msti kelam kabut kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...kelam kabut juga lah dana, tu pun nasib akak dah ubah waktu kerja masuk pukul 8, kalau masuk 7.30 lagi haru..

      Delete
  3. hati tetap bimbang kan kak....bukan tqk percaya...tapi anak2 baru tempuh alam baru..belum faham keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yan, memang bimbang jugalah dibuatnya, harap2 semuanya ok

      Delete
  4. Salute kat awak Azra. Letihnya rasa bila tau awak bangun 4.30 pagi. Saya yg bangun 5.40 pundah rasa pagi sangat dah Azra...
    Ibu ni akan jadi kuat kan kalau kerana anak anak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. letih juga tu, tapi saya tido awal pukul 10 dah lelap...hahaha

      betul tu...kuat demi anak2

      Delete
  5. Seronok melalui pengalaman anak ke sekolahkan.. Sha yang bangun jam 5.30pagi pun dah terasa awal.. Semoga mama terus bersemangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sha seronok sangat rasanya walaupun sedikit kelam kabut.

      ishaAllah semoga akak tetap bersemangat

      Delete
  6. jadi ibu ni kena kuat demi anak2 kan kak.. nak buat yg terbaik utk anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jijah...perlu kuat demia anak2, mahukan yang terbaik utk anak2

      Delete
  7. Alhamdulillah nampaknya Adam dah makin biasa dengan rutin baru ni.. legala sikit hati akak ye.. saya pun walaupu tahun depan baru merasa tapi risau bila fikirkan pasal bas sekolah dan makanan naim.. isu besar tu.. kita tak dapat nk bersama dgn anak selalu..

    Lama ya orientasi sek adam sampai 22.. bagus la juga utk budak baru tahu pertama masuk sek,banyak yang cikgu kena bg tunjuk ajar kot..

    Tahniah kak.. kuat akak ...eh bersemangat uruskan anak2.. insyaAllah baik2 belaka nanti..

    ReplyDelete
  8. mak ai kak...awal bangunnya.
    saya pun buatkan bekal juga. tapi idaklah seawal akak
    tak mampu saya kalau cam akak tu
    saya bangun paling awal pukul 6.

    afif masuk sekolah agama pukul 8, 7:40 biasanya dia keluar.
    selalu suami saya atau saya yang hantar.
    sangat sempat tuk sediakan sarapan dan bekal tuk dia dan saya =)
    tahun ni senang sikit sebab afif dah pandai susun buku sekolah sendiri
    pendek kata much better lah...tahun lepas..adui kak! penat giler memula tu

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah abang adam dah makin bijak. insyaAllah lama2 ok la tu kan kak. tara nak biasa memula ni. kita pun ambik masa jugak nk sesuaikan diri kan kak hihihi. kira ni nanti tatau la mampu bangun awal pagi ke tidak hihihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...