Secara rasminya abang adam bersekolah hari ini pagi dan petang. Pagi sek.agama petang sek.kebangsaan.
Mama bercuti hari ini dan esok, pagi hantar abang adam ke sekolah agama. Abang adam macam biasalah mudah saja dikejut untuk bangun pagi, cumanya kena ada air panas untuk mandi,memandangkan heater dirumah sudah rosak, malas hendak beli yang baru,boiler pun rosak sudah... terpaksalah mama memasak air seperiuk, oklah...dapat mandi air suam mood abang adam baik-baik saja.
Sesampai di sek.agama terus ke kelas, mama pula berbaris untuk bayar yuran lepas tu bergilir dengan buah hati sebab ketar kaki berdiri lama-lama. Waktu rehat buah hati teman abang adam beli makanan,mama beratur lagi kemudian buah hati ganti..lama sungguh menunggu.
Abang di sekolah agama...semangat je abang adam ni |
Pukul 11 habis sek.agama terus balik rumah,belikan nasi untuk abang adam makan, bergegas pula bersiap untuk ke sek.kebangsaan, mama tengok jadual, kelas mula 12.30... Biar betul macam awal je,pukul 12.30 baru keluar rumah, pukul 1 baru sampai sekolah. Terus pergi dewan perhimpunan,letak abang adam dibarisan kelasnya,mama pun keluar menunggu dikantin,ibu bapa lain ada yang tunggu diluar dewan, sampaikan cikgu minta mereka beredarlah.
Bersiap sedia untuk ke sekolah kebangsaan, pakai tshirt dan track sebab minggu orientasi |
Mama tunggulah sehingga waktu rehat nak tengok abang membeli makanan,yang mama herannya anak-anak nak rehat beli makanan nak cari tempat duduk nak makan susah sebab ibubapa yang duduk dekat kerusi makan dan berbual, adoilah...sepatutnya bangunlah bagi budak-budak duduk, mama perati je dari jauh,buah hati dah membebel, ini kalau ada speaker tu mau dia sound je memasing katanya.
Ada pula mak yang pergi beratur dengan anak beli makanan, ada pula yang tunggu tengah barisan budak nak membeli pun susah, ada lelaki sebelah mama membebel " hadoiii...macam lah dia nak tolong beli setahun,biarlah anak tu buat sendiri" marah dia pada mak-mak yang duduk membeli kat anak-anak, mama senyum je lah, biasalah mak-mak ni risaukan, mama pantau je abang adam. Ok abang adam lulus beli makanan, tapi mama rasa nak bagi abang adam bawa bekal saja nanti...hehehe
Abang dikelas dan ketika waktu rehat, mama bagi rm2 je,tengok abang beli apa,abang beli nasi lemak bungkus rm1 |
Selesai makan,mama suruh abang cari kelas,lepas tu mama pesan nanti solat di surau, surau dekat saja dengan kelas abang, tandas pun sebelah kelas abang je...ok lah tu kan, alhamdulillah abang tahu kelasnya dimana,jadi bolehlah mama balik...letih rasanya ni,merasai pengalaman bersekolah pagi dan petang...penat mama dibuatnya, kita tengok macammana abang petang nanti.
****************************"
Pukul 6 ptg ambil adrien dan adelya dari taska kemudian terus ke sekolah abang adam,adelya asyiklah menanya mana abang adam? Sepanjang jalan,rindu abang lah tu sebab abang tak ke taska hari ini. 6.20ptg jalan sesak, mama dah cuak takut lambat ambil abang.
Sampai di sekolah tengok budak-budak dah keluar,hari hujan pula, sesak didepan sekolah, mama turun je melintas jalan, tunggu u-turn pasti lambat, tengok budak kelas abang semua dah keluar, mama tinjau dekat ruangan menunggu berhampiran guard,abang tiada, mama tuju ke pintu satu lagi, kawasan menunggu bas, cuak dah mama tak nampak abang, ke hulu hilir cari abang,mama turun lagi tengok setiap budak yang ada disitu, ye lah ramai macam tu mama pun dah tak berapa nak nampak mana satu abang
Dalam hati berdoa je...jumpalah abang, jangan abang ikut kawan naik salah bas pulak..lega mama bila nampak abang sorang-sorang menyandar ditepi dinding, abang ni kerusi ada kosong bukan nak duduk. Mama sebenarnya cemas jugà, macammana abang nak cari bas esok, sebab bas terlalu banyak. Lebih buat mama cemas bila abang cakap "macammana abang nak cari bas acik E, abang tak tahu" keadaan hujan lebat mama nak tunjuk mana bas acik E pun tak dapat tadi.
Moga esok keadaan lebih baik,kalau tidak mau mama je yang ambil abang balik dari sekolah hari-hari.
Seronok adrien dan adelya dapat ambil abang dari sekolah |
Doakan urusan abang adam dipermudahkan ye... Terima kasih. Mama ingat balik dari sekolah abang akan penat tapi jangkaan mama meleset, abang tetap cergas, mama je yang penat...mungkin faktor usia agaknya ni. Hahaha... Mungkin berpanas dan berhujan menyebabkan sakit kepala,perlu tidur awal nih,esok nak bangun awal.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
Tahniah abg adam.. berjaya melalui hari pertama sekolah.. semoga hari2 seterusnya lebih mudah..
ReplyDeleteDulu2 masa mula2 nak naik bas, mak dgn abah tuliskan no plat bas sek & kene hafal. Hehe.. lps tu janji dgn kwn2 yg naik bas sama. Klu ada budak besar or kwn2 yg ada abg kakak yg sama bas, mtk diaorg ajak skali naik bas. Mudah2an semuanya lancar.. lama2 nnt biasa la tu..
terima kasih..
Deleteaah memang buat yang sama juga, hafal no bas, ikut kawan yang sekelas, di taska juga tecer dah berpesan pada kakak yg transit sama dengan abang adam tu supaya tengok2kan abang adam di sekolah.
inshaAllah moga smeua dipermudahkan
SIBUKNYA HARI MULA BUKA SEKOLAH NI YA MCM2 CITERNYA...
ReplyDeletebetul tu terasa agak sibuk jugalah dengan suasana baru ni
DeleteBestnya akak..cuti dan seharian menemankan adam ke sekolah ye.. inilah yg saya duk risau dah 2 tahun.. mmg xdapat la saya nk buat mcm ni, takkan diberi cuti pun kalau hari pertama dengan alasan, client kami lagi ramai, xboleh nk pentingkan anak sediri yang sorang tu..sob sob..huhu..
ReplyDeleteSeronokla ya adam di sekolah rendah, dengan pengalaman ari pertama ditemani oleh ibu bapa lagi! Moga hari2 seterusnya akan jadi hari yang lebih baik buat adam ya.
apa nak buat aisy, tugas aisy pun penting jugakan, itulah pengorbanan cikgu, terpaksa ketepikan anak sendiri nampaknya dihari pertama persekolahan, takpe pasti naim nazif faham tugas mamanya..
DeleteInshaAllah, moga2 begitulah hendaknya, dipermudahkan urusan abang adam
aduhai kita yg baca ni pun terasa penatnya.... yelah kebanyakkan mana yg anak2 1st day msk darjah 1 or tingkatan 1 mak pak akan cuti utk jenguk anak2...
ReplyDeletetp yelah tang mak pak yg kt kantin tu mmg lah tak elok, kite nk neman anak kite pun tak pyhla duk melepak kt kantin tuh biarla bdk2 tuh ddk... ni kadang dok pkr... depa tak fkr ke kt anak2 lain kn...
nmpaknya abg adam pnh bertenaga... ptg pun msh cergas lg... yelah tak banyak aktiviti lg kot, kalu dh mula sibuk ntah2 smpai2 umah trs tdo
aah...memang tak banyak aktiviti lagi tu, belajar pun belum lagi, habis minggu orientasi nanti mungkin berubah, sudah mula belajar dan membawa buku ke sekolah.
Deletedorang sekolah kita yang tumpang penat. kira yang baca pun rasa semput cuak sekali ni. mujur jugak abang pandai tunggu dalam kawasan sekolah. risau kan kak. kita mak2 ni memang risau banyak. risau nak lepas anak buat benda sendiri pun sama jugak ni hihihihihi. peel mak2 hihihihi
ReplyDeletesokong akak bagi masak air tu. nak bagi anak mood elok baiklah jaga mood dia dari pagi lagi. kalau tidak karang bukan mood dia je rosak. dgn mood kita sekali ke laut hihihihi. moga berjaya abang adam!!!!
itulah kira...memang semput mama dibuatnya, cuak pun ada..hahaha biasalah peel mak2 ni kan, semuanya nak risau, tapi tu lah memang kena risau pun anak kita kan, jaga dari belum lahir tu kan..
Deleteterasa penatnya kan.. betul org cakap bila anak2 dah mula sekolah ni tanggungjawab bertambah besar
ReplyDeletememang terasa juga penatnya tu jijah
Deletealhmdulillah. selamat da semua urusan ekk.
ReplyDeletekita la yg bertambah keje nak tgk keje skola diorang :)
aduhai...
cite akak ni buat saya teringat pengalaman pertama saya tahun lepas
ReplyDeletememang letih kan kak. nak adjust masa kita sendiri
saya ambil masa agak lama nak sesuaikan diri.
saya masa first day memang dah tinggal afif walau saya cuti seminggu...haha
konon risaukan anak. tapi anak relax aje.
datang tengok time rehat pun dia tak peduli kita
tapi saya memang sentiasa bawakan dia bekal
duit bagi juga...kot dia teringin kan
mujur dia tak macam budak lelaki lain
biasa budak lelaki tak mahu bawa bekal
tapi afif rajin bawa, habis tu. tu yang buat mama dia senyum lebar.
apapun moga abang adam baik2 aje ye.
p/s-makin lebat nampak rambut adelya tu. baru nampak kegadisan dia =)