Assalamualaikum....
Siapa disini macam mama?
kadang-kadang setiap pagi terfikir-fikir nak pakai baju apa untuk pergi
kerja,walaupun baju tu dah banyak dalam almari, tapi masih juga terasa seperti
tiada baju yang hendak dipakai? mungkin ini masalah wanita yang macam mama je
hehehe... itulah...masalah wanita dan pakaian berpisah tiada, kadang-kadang
kita sendiri tidak tahu jenis pakaian yang macam manakah sesuai untuk kita
pakai ketika hendak ke pejabat kan..
Sering saja kita mendengar isu pemilihan
pakaian yang salah untuk ke pejabat khususnya dikalangan kaum wanita. Berbeza
dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang membolehkan para pekerja memakai
jenis pakaian smart casual untuk ke tempat kerja, kebanyakkan syarikat di
Malaysia dan institusi kerajaan mewajibkan para kaki tangan untuk mengenakan
pakaian formal yang bersesuaian. Selain koleksi baju kurung yang sering dipakai
sebagai pakaian pejabat oleh majority wanita Muslim, anda boleh menggayakan
jenis-jenis pakaian formal atau pakaian pejabat wanita yang lain berdasarkan panduan
berikut;
Pakaian dari koleksi pakaian yang tidak
terlalu longgar dan tidak terlalu ketat untuk ke pejabat. Sebaliknya, pakailah
pakaian yang mempunyai saiz yang bertepatan dengan tubuh badan anda. Pemakaian
pakaian yang terlalu ketat akan menyebabkan anda kelihatan tidak professional
dan melanggar etika berpakaian. Manakala, pakaian yang terlalu longgar pula
membuatkan anda kelihatan tidak terurus.
Seterusnya pula adalah dengan memakai
pakaian yang berpotongan sopan dan tidak terlalu terdedah. Pakaian yang terlalu
seksi akan mencabar kredibiliti anda di pejabat. Jika anda ingin memakai
koleksi skirts atau dress, pastikan ia tidak terlalu pendek dan pastikan ia
mempunyai labuh di bawah paras lutut.
Dan panduan ketiga adalah dengan
memakai pakaian yang berwarna tidak terlalu terang seperti merah menyala atau
neon. Ia akan membuatkan anda kelihatan terlalu menonjol. Sebaliknya, bergaya
dengan pakaian yang bertona lembut dan selamat.
Bagi mama pilihlah pakaian yang
sesuai dengan bentuk tubuh kita dan kita merasa selesa dengan pakaian yang kita
pakai. Semoga beberapa panduan yang telah diberikan itu dapat memberi sedikit
sebanyak idea untuk kawan-kawan memilih pakaian ketika hendak ke pejabat.
Waalaikumusalam, pakaian berjacket ni senang, ada kocek, boleh buh kunci etc :)
ReplyDeletepilih pakaian bersesuaian n menutup aurat ok lah tu...
ReplyDeletepastu fikir balik...senangnya org yg kerja beruniform...xyah rungsing pikir pasal pakaian lain...
ReplyDeleteSamalah dgn akak ni yan..
ReplyDeleteTermenung dulu dpn almari tu..
Apa nak pakai ye..
Skrg ni senang akak dah ada baju kain lycra tu..
Tak yah gosok ;)
Almost lelaki punye kod pejabat dr segi pemakaian , cuma takde skirt je . haha :)
ReplyDeletesamalah..tiap-tiap pagi pening.nasib baik company tak berapa strict, so biasa pakai blouse ngan slack je.
ReplyDeletelya just pakai bju kurung atau krung moden aje..klo pkai seluar, bila pkai bju uniform kerja
ReplyDeletemacam saya pakai baju kurung aje, senang kan
ReplyDeletelagipun dia kategori formal juga
cuma warna aje yang kadang fening nak pilih...haha
dekat sini pakai baju kurung, dress dengan jubah jela. kalau blouse ni biasanya time pregnant je yang orang biasa pakai. kalau kita tetiba pakai kemeja nanti orang tengok pelik hihihihi
ReplyDelete