Sunday 31 January 2016

Angkara siapa?

Assalamualaikum...

Semalam anak-anak sibuk minta mama buatkan lemon chesse cake, hai lah anak-anak kalau mahukan sesuatu mesti tak sabar.

Petangnya mama buatlah versi non-baked punya sebab mama malas nak mengukus. Selesai saja simpan dalam peti sejuk sementara anak-anak pergi bermain di taman belakang bersama en.azmi.

Balik dari taman sibuk bertanya, kek sudah boleh dimakan atau belum? Jawapannya pastilah belum, tak sempat nak beku lagi,mama minta mereka mandi dan maghrib dahulu. Aktiviti biasa selepas maghrib,jadi mama masih dibilik,adrien juga masih membaca iqra'. Selesai dengan iqra' adrien turun ke bawah,mama teruskan aktiviti.

Naik lagi 2 hero mama tu bertanya tentang kek, adrien paling tak sabar nak makan,mama pula masih menunggu isyak. Sambil tu adrien bertanya-tanya "mama.. Yang mama buat tu kek sape?" Anak-anak ni bila buat kek je ingat untuk hari lahir..hehehe "itu kek untuk mama lah"  alaaa...asyik kek mama je,bila nak buat kek yen?..haa.. Macam-macam.

Mama ke dapur nak tengok keadaan kek,sudah membeku elok atau belum..


Sekali mama tengok terdapat beberapa kesan cakaran dipermukaan kek...hmmm 3 suspek utama, namun setakat pagi ini masih tiada pengakuan yang dibuat,siapakah pelakunya antara adam, adrien & adelya...adoii lah anak-anak ni tak menyempat-nyempat betul.


Tengoklah tu comot sudah kek mama...bila mama post dekat whatsapp group, mak2 saudaranya mengatakan adrien punya angkara...hahaha, nampak sangat kenakalan adrien ye. Dari bukti yang ada mama pun rasa adrien sebab dialah yang paling tak sabar nak makan, makan pun siap bertambah.

Itulah cerita mama dan anak-anak semalam, tak pernah sunyi hanya sunyi bila mereka tidur. Hari ini entah apa pula tingkah mereka. Nantikan saja.. Selamat berhujung minggu..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

14 comments:

  1. Hahaha..adrien tak sabar nak makan kek mama dia yg sedap tuh..nasib baik die buat corak cakaran kalo die buat corak cucuk cucuk smpai berlubang lg parah

    ReplyDelete
  2. Sedap sgt Mama buat.. tu yg anak2 tak sabar nak merasa.

    ReplyDelete
  3. Kena panggil detektif Conan untuk menyiasat ni mama aryan...

    ReplyDelete
  4. Hihi... Lambat sangat nak potong tu yg dok mencuit sikit-sikit dulu. Mama ni macam tak tahu pulak. Benda dah depan mata kena tunggu berjam-jam mana boleh tahan:)

    ReplyDelete
  5. krim tu memang nampak sedap pun. kalo saya pun saya cuit

    ReplyDelete
  6. Tu kesan colet dgn jari byk kali. Mesti sedapp sgt tu. :D

    ReplyDelete
  7. heheee.... teruja sangat la tu nak makan kek mama buat....
    jangan kata ank...acik yg tengok pun terliur anak2 oiii.... :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya cheese cake yan sbb tu anak2 xsabar nk rasa...

    ReplyDelete
  9. salam sis... harapnya sihat ye..
    hahaha.. comelll telatah anak2 ni... mesti tak sabo tu nak makan kek.. sedap sagat tu..hihi

    ReplyDelete
  10. Teringinnya nak buat kek cheese. Tak pernah buat.
    Ohh anak anak Azra suka yee. Seronokkan bila mereka mintak, kita buatkan dan mereka makan banyak.

    Hihi...mak sedara pun tau yer keletah si Ayen tu

    ReplyDelete
  11. adoiiiii pitam tengoknya hahahaha. tapi penat buat kek hilang tengok dorang berselera makan kan kak

    ReplyDelete
  12. Tu la creamy bak salju macam tu aunty pun tak sabar :)

    ReplyDelete
  13. tak sabar nak buat hujung minggu ni...

    ReplyDelete
  14. Sedapnya... Tak pernah buat yg non baked.. Boleh cuba la.. ME pun meleleh ayaq liur tgk nya.. Paling seronok bila kita buat anak2 dan en suami mkn dgn selera nya hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...