Assalamualaikum...
Semalam petang keluarga kecil mama ni pergi melawat seorang sahabat mama yang baru dapat baby,tak baru sangatlah dah lepas pantang pun. Mama ingat.. nak melawat anak kecil ni biarlah sampai ibunya lepas pantang dan baby pun dah besar sikit. Bagi peluang si ibu untyk sembuh sepenuhnya,kalau dulu rajin sangat lepas kawan bersalin terus nak pergi tengok,rupanya tak berapa bagus ya...
Dekat saja rumah kawan mama tu dalam pukul 3pm baru gerak. Seronoknya dapat cium ahli syurga...rasa taknak lepas je, baby imran pun baik je tak berbunyi. Dah la comey bambam lak tu geram je mama dibuatnya, bukan setakat mama adelya pun sama.
Terpaksa ditutup muka mama yang gedabak disitu,takut tenggelam muka baby imran... hahaha,cobaan selfie tapi tak reti kuikuikui.
Tengoklah adelya tu, sikit pun tak jeles mama pegang baby, adelya asyik nak cium baby je. Mama ingat adelya akan jeles bila mama pegang baby tapi tidak ye,adelya sukakan baby, kalau pergi jalan-jalan dan terjumpa baby,adelya akan panggil baby dan nak pegang baby. Cuma dengan sorang je kalau mama peluk adelya akan marah...hehehe sapa lagi kalau bukan abg adrien.
Semalam bila dah balik pun adelya masih tanya mana baby imran? Oh ya ini anak kedua kawan mama,kalau yang masih ingat..kawan mama ni adik ofis yang sebelum ni mama pernah cerita. Anak pertamanya pun lelaki,berharap anak kedua perempuan, tapi semua tu rezeki dari Allah,takde lah dia kecewa pun cuma kata mama...mungkin macam mama agaknya yang ketiga baru perempuan...haaa kena usaha yang ketiga pula lah nanti, takpe orangnya muda lagikan.
Abang adam pulak kadang-kadang bercakap...mama abang ingat lagi masa tu perut mama ada baby pastu baby keluar, abang dengan yen pegi tengok mama dekat hospistal kan? Hahaha masih tak pandai sebut hospital dengan betul... Mama mengiyakan saja kata-kata abang tu, itu masa bersalinkan adelya la tu...yang mama tak tahan ayat selepas tu "mama bila perut mama nak ada baby lagi?" Errrrkkk...."abang suka perut mama ada baby" alaa abg...inshaAllah kalau ada rezeki Allah nak bagi.
Itu ok lagi pernah abang adam minta nak kakak "mama bagi la kakak dekat abang,kawan abang ada kakak tapi abang takde kakak,mama cari la kakak untuk.abang" amboi abang suruh cari-cari macam senang je kan...hihihi mestilah abangkan tak faham lagi, mama cuba terangkanlah abang yang besar sekali jadi abang tak boleh ada kakak lagi dah abang boleh ada adik-adik je...
Adrien pula.. Yen taknak dah baby,cukup yaya sorang je,bila abang adam cakap biarlah baby kita ramai,"mama lepas ni abang nak baby ramai-ramai" adrien pun jawab,nanti kalau baby ramai-ramai rumah kita tak muat la..hahaha, ada-ada je anak-anak ni,pagi-pagi buat mama gelak...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Haha..pengaruh tv kot tu diorang minta adik.. naim pun penah satu tahap hampir setiap hari minta adik perempuan.. alahai kelakar betul bunyinya.. nazif pulak kalau ditanya nak adk tak, dia kata tak nak.. tapi gelagat dia kalau jumpa baby samala mcm yaya.. nampak mcm prihatin..
ReplyDeleteimran ya.. lawa nama baby.. baby im.. moga membesar jd anak soleh la ya nak...
Tahniah utk member k.lah..
ReplyDeleteYaya suka baby ye..
Kakak aimy jeles klu ibu pegang baby masa umur mcm yaya ni..
Skg ni x sabar nk baby keluar, hari2 tnya bila baby nk keluar.
Hahaha... aimy pun sama mcm adam.. mintak kakak dgn abg.. ibu nanti kakak nk kakak 2 dgn abg.. bkn main ramai lak tu dimintanya..
Hehe.. yen takut kene buli kot.. cukup la yaya sorang je.. pandai yen, nnt ramai2 umh x muat.. haha..
Ada2 je akal bdk2 ni..
heh..heh..suka baca celoteh anak2 yan yg bijak...comel n montel baby tu mmg suka kalau dpt mengendongnya.
ReplyDeleteSeronok tengok ada baby...naka nak yang baru lahir...baunya wangi jer...
ReplyDeletebetul jgk kan kak... kalu tgk bby time2 kt hospital kadang kesian sbb diri msh pnt lg ada plk org dtg nk lyn org lyn bby lg... sebaik2nya dh kt umah dh lps beberapa minggu or abis pantang kan...
ReplyDeleteadelya tak heran tuh... hehhehe
seronok ada baby ni, bau baby pun best je
ReplyDeleteberdasarkan pengalaman sendiri, saya lebih suka melawat paling cepat dua minggu lepas melahirkan
ReplyDeletekalau lepas bersalin terus pergi tengok, takut tak bersedia
dengan badan lemah, penat lagi, pastu tak tau level stress dia banyak mana
silap haribulan mau meroyan orang tu...
anak-anak saya pun ari2 dok minta baby lagi kak
siap suh saya kawin dengan papa dia cam dalam tv
diorang kata orang dalam tv kawin terus dapat baby
diorang ingat senang sangat nak dapat baby..haha
Dulu anak kedua saya pun tak suka baby Azra, bila adik dia keluar dia mcm tak berapa happy, sampai la ni pun suka sangat bergaduh....
ReplyDeleteBaguslah Yaya ni, tak penjeles orangnya...
kalau baby laki geng dengan adrien lah pulak hihihi. Uwais dengan baby tak jeles. kalau kira pegang pun tak jeles. tapi abi dia tak boleh. abi boleh pegang dia sorang je pfffttttt
ReplyDelete