Selepas baik demam adrien tak lalu nak menjamah makanan, mama naik risau sebab biasanya adrien cergas saja, tapi lepas demam tu adrien hanya terbaring, kadang menangis bagitau sakit perut, mama tengok perutnya ok, takde bengkak pun, jadi sapu saja minyak pada perut adrien.
Dalam pada adrien lemah tu, mama bagi juga adrien pergi sekolah selepas bercuti 2 hari isnin dan selasa tu, bukan apa mama tengok adrien dah larat cuma tak mahu makan. tapi bila balik rumah adrien terbaring je.
Sedih mama tengok gambar adrien ni, dok pegang perut |
Jumaat petang, tecer taska wasap, bagitahu adrien menangis cakap sakit perut, makan pun tak mahu, mama cemaslah dibuatnya, tapi tak boleh nak balik lagi sebab kena tunggu en.azmi ambil. Pukul 5ptg en.azmi sampai, terus ke taska, ambil adrien bawa ke klinik di seksyen 3, klinik mama check up masa pregnant dulu...senang sikit.
masa sampai klinik, tiada orang cuma kami saja, cepatlah nombor dipanggil berjumpa dokter, adrien muka cuak je sebab takut kena cucuk, mama la terpaksa dukung, dokte check rupanya perut adrien kembung je...hmmm ni mesti sebab tak makan masa demam hari tu.
Dapatlah bekalan 2 jenis ubat dari dokter,sekarang alhamdulillah...adrien dan kembali ceria seperti biasa, makan pun berselera, siap mama kena rebus lagi spaghetti atas permintaan adrien, tak mengapa mama turutkan saja asalkan anak hendak makan. sabtu lepas memang pulun spaghetti dari pagi sampai ke malam lah.
Tiada apa yang lebih menggembirakan hati mama, selain melihat anak-anak sihat dan ceria.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
sian adrian... nsb skrg dh sihat spt sediakala...
ReplyDeleteyelah bdk2 time dmm tak lalu mkn... itu blh sampai kembong prt... dh bila mkn jgk selagi tak ilang kembong tak selesa prt kn
perot kembong memang tak selesa kak..kita yang dah tua ni pon tak tahan..selagi tak buang angin selagi tu sakit..
ReplyDeletePerut kembung, tak bole nak masuk makanan, alhamdulillah dah sihat
ReplyDeletealhamdulillah adrien dh sht tentu makin cergas n berselera makan..baguslah tu.
ReplyDeleteHi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!
ReplyDeleteAlhamdulillah, Adrien dah sihat...
ReplyDeleteLagi satu, mungkin boleh berikan Adrien ubat cacing...
Terima kasih nur, ubat cacing akak dah bagi pd adrien
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAlhamdulillah dah sihat, kesian kalau anak sakit
ReplyDeletealhamdulillah dah sihat... mmg kalau anak sakit kita mak2 ni yang risau berganda-ganda.
ReplyDeletekesian adrien. memang sedih bila tengok anak tak sihat. tambah kalau dorg jenis yang mau makan tetiba terus drop selera makan. kita yang susah hati banyak
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDelete