Friday 8 January 2016

Panduan Pakaian Pejabat Wanita

Assalamualaikum....

Siapa disini macam mama? kadang-kadang setiap pagi terfikir-fikir nak pakai baju apa untuk pergi kerja,walaupun baju tu dah banyak dalam almari, tapi masih juga terasa seperti tiada baju yang hendak dipakai? mungkin ini masalah wanita yang macam mama je hehehe... itulah...masalah wanita dan pakaian berpisah tiada, kadang-kadang kita sendiri tidak tahu jenis pakaian yang macam manakah sesuai untuk kita pakai ketika hendak ke pejabat kan..







Sering saja kita mendengar isu pemilihan pakaian yang salah untuk ke pejabat khususnya dikalangan kaum wanita. Berbeza dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang membolehkan para pekerja memakai jenis pakaian smart casual untuk ke tempat kerja, kebanyakkan syarikat di Malaysia dan institusi kerajaan mewajibkan para kaki tangan untuk mengenakan pakaian formal yang bersesuaian. Selain koleksi baju kurung yang sering dipakai sebagai pakaian pejabat oleh majority wanita Muslim, anda boleh menggayakan jenis-jenis pakaian formal atau pakaian pejabat wanita yang lain berdasarkan panduan berikut;






Pakaian dari koleksi pakaian yang tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat untuk ke pejabat. Sebaliknya, pakailah pakaian yang mempunyai saiz yang bertepatan dengan tubuh badan anda. Pemakaian pakaian yang terlalu ketat akan menyebabkan anda kelihatan tidak professional dan melanggar etika berpakaian. Manakala, pakaian yang terlalu longgar pula membuatkan anda kelihatan tidak terurus.





Seterusnya pula adalah dengan memakai pakaian yang berpotongan sopan dan tidak terlalu terdedah. Pakaian yang terlalu seksi akan mencabar kredibiliti anda di pejabat. Jika anda ingin memakai koleksi skirts atau dress, pastikan ia tidak terlalu pendek dan pastikan ia mempunyai labuh di bawah paras lutut.





Dan panduan ketiga adalah dengan memakai pakaian yang berwarna tidak terlalu terang seperti merah menyala atau neon. Ia akan membuatkan anda kelihatan terlalu menonjol. Sebaliknya, bergaya dengan pakaian yang bertona lembut dan selamat.


Bagi mama pilihlah pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh kita dan kita merasa selesa dengan pakaian yang kita pakai. Semoga beberapa panduan yang telah diberikan itu dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk kawan-kawan memilih pakaian ketika hendak ke pejabat.




9 comments:

  1. Waalaikumusalam, pakaian berjacket ni senang, ada kocek, boleh buh kunci etc :)

    ReplyDelete
  2. pilih pakaian bersesuaian n menutup aurat ok lah tu...

    ReplyDelete
  3. pastu fikir balik...senangnya org yg kerja beruniform...xyah rungsing pikir pasal pakaian lain...

    ReplyDelete
  4. Samalah dgn akak ni yan..
    Termenung dulu dpn almari tu..
    Apa nak pakai ye..
    Skrg ni senang akak dah ada baju kain lycra tu..
    Tak yah gosok ;)

    ReplyDelete
  5. Almost lelaki punye kod pejabat dr segi pemakaian , cuma takde skirt je . haha :)

    ReplyDelete
  6. samalah..tiap-tiap pagi pening.nasib baik company tak berapa strict, so biasa pakai blouse ngan slack je.

    ReplyDelete
  7. lya just pakai bju kurung atau krung moden aje..klo pkai seluar, bila pkai bju uniform kerja

    ReplyDelete
  8. macam saya pakai baju kurung aje, senang kan
    lagipun dia kategori formal juga
    cuma warna aje yang kadang fening nak pilih...haha

    ReplyDelete
  9. dekat sini pakai baju kurung, dress dengan jubah jela. kalau blouse ni biasanya time pregnant je yang orang biasa pakai. kalau kita tetiba pakai kemeja nanti orang tengok pelik hihihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...