Saturday 23 January 2016

Kita tumpang sebadan.

Assalamualaikum...

Semalam 2 majlis diadakan di seksyen mama. 1 majlis perpisahan untuk seorang pegawai yang akan bertukar ke seksyen lain, 1 lagi sambutan majlis hari lahir suku ke4, bagi mereka yang lahir pada bulan oktober,november & disember 2015.



Ada 9 orang yang menyambut hari lahir, jadi mari kita beri hadiah pada mereka. Di seksyen mama,kami buat kutipan setiap bulan rm5 seorang, bila ada apa-apa majlis gunalah duit kutipan dan top up lah dengan kutipan lain. Hadiah yang diberi pun bajetnya sedikit saja,yang penting bukan hadiah tapi ingatan kan. Seronok tengok semua gembira,

sumbangan makanan juga banyak selain yang di order.siap boleh bungkus bawa balik, mama bawa makanan atas permintaan adik-adik. Ada yang nak spaghetti ada yang nak lemon chesse cake, kerana tak mahu menghampakan yang meminta mama buat kedua-duanya. Alhamdulillah kedua makanan itu habis dimakan, takde apa yang menggembirakan si tukang masak selain melihat hasil masakannya habis dimakan, betul tak?


Kebetulan semalam 22 jan adalah tarikh hari lahir mama jadi mama joinlah potong kek... Hihihi, seronok juga sesekali sambut begini bersama kawan-kawan ofis,tak pernah pun mama sambut besday sebelum ni, ini saja sebab kebetulan, jadi kita eksen la potong kek tu, pada hal tak potong pun hahaha...saja nak bergambar.

Apapun majlis semalam memang meriah dan berjalan lancar...hehehe majlis kecil je, ye la walaupun kecil tapi kalau tanpa izin Allah tentu tak berjayakan... Alhamdulillah. Terima kasih buat yang memberi ucapan hari lahir buat mama, rasa macam retis lak mama semalam, membalas setiap ucapan kawan-kawan sampai ke malam, hinggakan ada yang kata mama ramai peminat,sampai ke malam tak abis-abis lagi ucapan hari lahir...alhamdulillah... Ucapan itu tanda ingatankan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

4 comments:

  1. Comelnya AA, happy birthday, moga dirahmati selalu ♡

    ReplyDelete
  2. Wah.. mesti sedap lemon cheese cake akak tu sampai dpt permintaan ramai tu..

    Eh.. birthday akak ke? Happy belated birthday.. sronok la dapat sambyt birthday beramai2 macam tu.. meriah dan kenangan manis gtu..

    ReplyDelete
  3. kak..buat entri resepi lemon cheese cake...

    kak nak tahu tak...kek oreo akak dah jadi permintaan wajib mak yan..tiap kali yan balik kampung

    ReplyDelete
  4. hepy belated besday kak. moga sentiasa sihat, murah rezeki, diberkati Allah selalu, dipermudahkan segala urusan dan bahagia bersama tersayang sampai syurga sana amin amin

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...