Thursday 28 January 2016

Baju kurung moden

Assalamualaikum...

Setiap negara di dunia ini mempunyai jenis pakaian tradisional tersendiri dan tidak ketinggalan buat Malaysia. Namun kerana negara kita ini adalah negara yang berbilang kaum kita dapat lihat lebih daripada satu jenis traditional wear yang ada. Namun pakaian tradisional Melayu adalah antara yang paling disukai dan mudah didapati. Hampir di mana-mana sahaja anda boleh mendapatkan baju kurung.

Apakah yang membuatkannya begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia? Antara faktornya adalah kerana baju kurung sangat selesa untuk digayakan dalam apa jua keadaan dan ke mana jua anda mahu pergi lagi-lagi jika anda pakai baju kurung cotton yang diperbuat daripada kapas. 

Pelbagai pilihan baju yang boleh digayakan mengikut kesesuaian


Selain mencerminkan budaya Melayu yang penuh adab sopan, memakai baju ini akan membuatkan anda kelihatan lebih ayu dan manis. Bukan sahaja boleh dipakai ke majlis-majlis formal dan istimewa malah ianya begitu sempurna untuk dipakai walau ke pejabat sekalipun. Kini banyak koleksi fesyen baju kurung moden terkini boleh didapati dengan variasi pilihan rekaan yang lebih segar dan menarik seperti baju kurung lace. 



Warna yang sememangnya kegemaran mama hitam dan putih...


Hasil idea yang dicetuskan oleh pereka fesyen yang berbakat telah melahirkan fesyen baju kurung moden dengan rekaan yang lebih segar berbanding sebelum ini. Ianya juga diterima dengan cukup baik oleh para pencinta fesyen di Malaysia kerana dianggap bersesuaian dengan trend fesyen Muslimah terkini yang sedang popular.


Baju yang menarik hati mama, hijau tu cantikkan


Terdapat banyak website online shopping Malaysia di luar sana serta butik fesyen Muslimah online yang menampilkan pelbagai koleksi baju kurung murah moden terkini dengan pilihan yang hebat. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pergi dapatkan baju kurung moden terkini murah secara online kerana ianya lebih mudah!

Selamat bershopping ye kawan-kawan mama, pasti ada satu yang menarik hati.

Wassalam

7 comments:

  1. baju kurung tradisi r moden cantik n selesa digayakan di mana saja tampak sopan n ayu

    ReplyDelete
  2. Lama xpakai bj kurung sis.. kerja selalu pakai jeans ngan blaus jew.. hahaha.. bj kurung selalu utk raya dan kenduri..

    ReplyDelete
  3. kurung moden cantik sis... tp byk baju akak dh tak muat... muhahaha gemuk telebih...

    ReplyDelete
  4. Suka tengok org pakai baju kurung moden. Cantik! Mak ni entah bilalah nak sesuai, nampaknya tunggu badan slim yg entah bilalah kot hoho...

    ReplyDelete
  5. macam kira lebih setia dengan kurung biasa tu banding kurung moden atau kurung pahang

    ReplyDelete
  6. baju kurung selesa dipakai kemajlis apa pun kan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...