Monday, 30 March 2015

kolam

Assalamualaikum...

okeh hari ni akak update pasal kolam yang akak beli hari tu..



sangat berpuas hati,kolamnya besar macam mama pun boleh join mandi dengan anak-anak nih.

Kolam ini beserta dengan electric pump,water gun 2 dan bola warna warni 5 biji..

Anak-anak teruja je nak mandi kolam,tapi papa tak bagi mandi lagi,papa test je kolam tu nak tengok ok ke tak, sebabnya rumah ni takde awning,cuaca pulak panas sekarang.

Adrien kecewa tak dapat mandi siap mengadu kat mama.." papa buang angin..tak isi air pun.."
Sabar ye, nanti kita bawa pegi rumah ibu,main air kat sana...hahaha boleh jimat dah tu,jimat bil air kita,tambah bil air ibu ...wakakaka

Sesiapa nak beli boleh la ke zaifaa collection

Wassalam

Sunday, 29 March 2015

choc lava wif ais krim


Assalamualaikum.....

Akak ni tidaklah pandai memasak sangat,tapi bila en.azmi tanya boleh buat tak?akak angguk je.. takde salahnya mencubakan..
Jika kali pertama tidak menjadi kita cuba lagi untuk kali kedua,ketiga dan seterusnya kan..




atas permintaan en.azmi maka jadilah chocolate lava wif ice cream..yummehh..hehehe

anak-anak suka itu dah cukup buat mama tersenyum..buat 6 ketul je..
alhamdulillah seperti biasa anak-anak memuji sedapppp...ok nanti kita boleh buat lagi,nak buat pun senang,tak sampai sejam dah siap...

sapa rajin nak cuba meh akak bagi resepi ye...sapa nak makan yang akak buat boleh la datang rumah hehehe...

Bahan2 :

5 sudu besar buttercup
1 bar cooking choclate
3biji telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
secubit garam

Cara membuat :

Cairkan mentega dan coklat bar dengan kaedah double boiler
Pukul telur dan gula hingga larut.
masukkan adunan coklat panas tadi ke dalam adunan telur hingga sebati
masukkan tepung,serbuk koko dan garam

Tuang adunan ke dalam ramekins @ apa2 bekas seumpamanya, bakar pada suhu 200 darjah selama 13minit sahaja.

Ok itu je cara nak membuatnya

Wassalam

pagi-pagi dah kecoh

Assalamualaikum...

Kalau hari cuti macam nilah, ada je kerja budak bertiga tu..
Pagi-pagi dah kecoh dengan suara mereka,gurau senda,bergaduh..bergelak ketawa,menangis,,
hoihh macam-macam peel..pening mama dibuatnya..



anak dara sorang ni pun boleh tahan dah perangai dia..

kalau papa tanya,siapa yang buat sepah ni? laju je dia jawab..yeyenn.. tak penah nye nak mengaku walhal dia yang buat sepah.

Almari pinggan mama tu..dah berapa kali dia buka dan usung gelas-gelas mama tu buat main,abang-abang dulu takde pun nak buat macam tu..hari tu dah pecah seketul gelas cantik mama.

Mengadu pun kuat nih,nak pulak kalau yeyen yang buat salah,laju je dia datang report..yeyen muntah pun dia report..." mama.. yeyen tutahh(muntah).

Dengan abang adam tu,nampak baik sikit..nak naik tido pun panggil..abammm jommm..selagi abang tak ikut,selagi tu dia jerit.. tapi kalau kena mood tak baik,adam je dia panggil abang.

Paling tak tahan,kalau dengan abg adrien..bergaduh je kerjanya, kejadian pukul memukul tu hari-hari terjadi,balas membalas tau, selagi tak menangis salah sorang memang tak berenti, mama perati je, tak kuasa nak campur dalam perang saudara hahaha...ada satu ceramah dokte dulu dokte tu kata salah satunya sebagai ibu bapa...jangan campur dlm perang saudara antara anak-anak...melainkan kalau berlarutan sehingga boleh mencederakan lah.. 

Memang kalau hari cuti,rumah macam tongkang pecah lah dikerjakan dek budak bertiga ni.. meriahlah rumah dengan gelagat mereka, memang tak sunyi sampailah ke malam..

Wassalam

Saturday, 28 March 2015

sama tapi tak serupa


Assalamualaikum...



  

Tetiba tengok gambar si pelakon teman lelaki upahan tu,akak teringatkan seseorang..ehhh ada macam sama sikit lah...

Sama tak? sama tak ? terus cari gambar en.azmi..hahaha mujur ada yg dari sisi tepi, gigih sungguhkan,konon nak mencari juga yg nampak serupa... abaikan anak dara yang tidak berbaju itu.

Tunjuk kat group wassap..adik-adik ipar kata..haah la macam sama..hehehe

Ntah mungkinlah ada sedikit persamaan,kot tak pun wife dia ni yang perasan lebih ..huhuhu..
Ini bukti mama takde keje..

Wassalam

Friday, 27 March 2015

abg penat ni..


Assalamualaikum...



Seronok abg adam pegi rombongan ke kidzania semalam...

Dapat jadi pilot,jadi dokte,jadi polis..siap dapat mandikan baby katanya..
"abg pandai ke bagi mandi baby?"
"pandai la mama,abg mandikan macam ni" tunjuk gaya mandikan baby.
"Tapi abg tak dapat jadi bomba" wah kecewa pulak abg ye,tak dapat nak jadi bomba.
takpe ada rezeki mama bawa abg pergi lagi nanti...

Seronok juga bila dapat naik bas dengan kawan2,seronok nampak bercerita dengan kawan2 masa turun dari bas tu sampaikan mama berdiri tunggu abg pun abg tak nampak. Ternampak je mama abg terus tersipu-sipu malu..hai la abg nampak mama terus berubah karekter yer...




penat sangat nih...minta papa belikan burger, abg tak ikut cuma yeyen dan yaya je ikut papa, abg berbaring sambil minta mama picitkan kaki,penat katanya,memang penat sangatlah tu,sebab malam tadi tak sepahkan rumah macam biasa hehehe.. sedap dok picit kaki abg,mama pusing tengok abg dah pejam..papa balik bawa burger,kejut makan pun dah tak bangun..papa angkat masuk bilik pun tak sedar..hmmm letih sangatlah tu...tapi takpe abg seronok jalan dengan kawan2 kan...

tunggu isnin depan pulak,adrien pun akan ke kidzania juga dengan tecer taska...

Wassalam

#kenangan mengusik jiwa1


Assalamualaikum....

terkenang semasa dulu...
hatiku merasa rindu..

Tetiba terkenang zaman dulu-dulu...zaman sekolah yang pasti punya banyak kenangan manis..

Masih relevankah nama itu?

Hahaha..okeh ini memang taktau la relevan ke tidak,tapi masih lagi ada yg panggil akak dengan nama itu,member sekolah dulu la...disebabkan nama itu glemer akak satu sekolah dibuatnya. Al-kisahnya...

Masa akak form 3 dulu..waktu tu 4U2C baru keluar dengan lagu fiona ko...glemer sangat waktu tu. Masa dalam bengkel kerja kayu,cikgu suruh la tulis kat kerja yg kami buat tu nama masing-masing. Akak dengan kawan akak (dah arwah pun..sobsobsob) siap letak nama lain kat kayu-kayu kitorang tu, kawan akak letak nama Leez - sesuailah juga dengan nama dia Saliza, yang akak nih tau letak nama apa??? Fiona...nahh amikkk..kononnya esoknya tu,nak amik sendiri la kayu-kayu kitorang tu,sekali cikgu panggil nama sorang-sorang, ohoiii...berdebor akak dibuatnya..tiba tang nama fiona tu dipanggil serba salah nak keluar, yang budak-budak lain,semua dok pakat tanya sesama sendiri,siapa fiona? wakaka...keluarlah akak sambil tersenyum simpul....bermula dari hari itu,terkenallah akak dengan panggilan fiona,sampaikan cikgu itu tak ingat dah nama sebenar akak,dia tetaplah panggil akak fiona... siap citer kat kelas kakak akak,barulah k.ju tahu yang fiona itu adik dia kahkahkah...

sekarang ni..ada la beberapa kerat geng lelaki yang masih panggil akak dengan nama itu.. ok lah tak kisah pun.

Banyak lagi kenangan yang mengusik jiwa ini,..nanti-nanti akak sambung lagi ye

Wassalam



Thursday, 26 March 2015

semalam order hari ni dah dapat

Assalamualaikum...


wah seronok sangat nih...1st time order barang melalui online,bagus betul.. semalam order,hari dah dapat..

ini bukan akak yang beli pun hehehe...makngah anak-anak yang belikan,hari tu la makngah tengok anak-anak suka sangat main air terus offer nak belikan kolam. semalam makngah kata okeh survey la kolam,kalau  ada yang berkenan bagitahu,siap letak bajet berapa..gigih la mama mencari,setelah dapat persetujuan semua,terus order yang nih...




Makngah dah transfer duit untuk penjual tu,baru mummy sibuk tanya..ko dah check belum? ok ke tak penjual tu? alamak..akak pun tak check la,main wassap dan terus order je,nampak tak kalut sangat kan..tapi bila akak tengok,inshaAllah boleh dipercayai..

Alhamdulillah..sebelum pukul 1 tadi barang dah sampai,bagus sangat nih semalam order hari ni barang sampai,lain kali boleh order lagi nih... sebab bukan hanya jual kolam tapi ada jual macam-macam barangan lain...

kolam ini disertakan dengan pam angin elektrik dan 5biji bola warna-warni.. mesti bebudak tu teruja kalau tengok nih nanti..

kalau sesapa nak tengok-tengok boleh lah ke sini :

zaifaa collections @ FB zaifaa Adnan

Ini bukan iklan ye..hehehe ada dah akak tengok ada benda yg akak nak beli lagik nih...

Wassalam

mata mama masuk habuk..


Assalamualaikum...

Hari ni mama rasa berdebar je,sebabnya hari ni 1st time mama lepaskan abg adam ikut rombongan sekolah. Harap-harap abg ok... paling menyentuh hati mama pagi tadi,masa abg adam tengah siap-siap nak ke sekolah...

"Adik nanti abang takde, adik jaga baby dekat taska tau,jangan bagi baby nangis..abang nak ke lawatan hari ni naik bas" okeh tetiba mata mama masuk habuk...

"Abang naik bas acik E ke? tanya adrien,sebab yang dorang kenal acik E tu je lah abg adam pun memang naik bas acik E tu hari-hari.

"Bukan..abg naik bas lain,bas jauh" Kata Abg Adam.

kata tecer taska..memang abang adam sangat-sangat menjaga adik-adik masa kat taska...Allahu Akhbar, senang hati mama mendengarnya...

Moga Abg Adam gembira ikut rombongan hari ini,mama tahu mesti Abang Adam tak sabar nak jadi bomba nanti..hehehe

Oh Abg Adam pergi Kidzania hari ini...Semoga perjalanan abang adam,cikgu dan rakan-rakan dipermudahkan..

Tak sabar nak tunggu abang adam cerita petang ni pasal lawatan hari ini.



Tecer wasap gambar..hehehe nampak gembira je abg adam tu..baguslah

Wassalam



Monday, 23 March 2015

malas berkata-kata


Assalamualaikum...







malas rasanya nak menulis dan berkata-kata
mood dah ke lautan hindi...

ini gambar semalam..black out kat rumah
semangat anak-anak tengok en.azmi pasang lilin
adelya tu gelap-gelap pun tak takut..

mama jadi kipas sekejap semalam,sian tengok anak-anak berpeluh-peluh..
haii..anak sekejap je merasa bergelap itupun dah bertanya
kenapa tv tak boleh tengok,kenapa kipas tak pusing,kenapa aircon tak sejuk???

mama dulu..masa mula-mula duduk felda tu jangan kata nak tengok tv,nak beraircon,
letrik pun takdo tau...

guna pelita minyak tanah je..pagi-pagi sebelum pegi sekolah hidung tu kena bersihkan betul-betul,
kalau tak berjelaga lah macam serombong kapal.
air paip pun takdo,madi air perigi je...pepagi nak pegi sekolah mandi air perigi ko..
sejuk toksah cerita laaa...

penah bercerita dengan en.azmi,
kami dua-dua anak felda, masa mula-mula masuk felda dulu memang susah
pernah makan nasi dengan garam..
kata en.azmi dia pernah makan nasi dengan bawang,pastu guna air masak buat kuah..
huhuhu...sedih lak bila kenang-kenang cerita dulu

sebab tu sekarang ni,en.azmi tak pernah berkira apatah lagi dengan anak-anak,
nak pulak kalau bab makan,kalau dia ada duit cakaplah nak makan apapun,
mesti dia akan cuba tunaikan.. setakat anak-anak nak makan berapa sen lah sangat katanya,
bukan anak-anak tu makan banyak sangat pun..

ye semua orang pernah merasa susah dan peritnya hidup,
bukan akak sorang je kan..hehehe saja nak bercerita,

 tetibaaa...

 terkenang semasa dulu..
 hatiku merasa rindu..

haii... tengok tajuk,malas berkata-kata..
ini macam dah terlebih kata-kata dah nih..

oklah stop dulu la...

wassalam

Friday, 20 March 2015

pengurusan tekanan


Assalamualaikum....

Hari tu ada la akak sertai program pengurusan tekanan yang dianjurkan oleh LPPKN. makanya balik ofis akak diminta untuk membuat sesi knowledge sharing. akak sebagai penceramah hokeh..adoi lah segala rama-rama dan kumbang dok berterbangan dalam perut ahkak ni tau.

Apalah yang akak nak cakap nanti? fobia dengan microfon pun dah satu hal, slide masa program hari tu pun akak tak ambil,sudahnya akak sediakan sendiri apa yang hendak disampaikan, bolehla dapat maklumat sikit berdasarkan apa yang telah akak tulis masa program hari tu.

teknik-teknik urutan untuk meredakan stress pun alhamdulillah akak tahu sebab selalu praktikkan bila terasa penat membuat kerja-kerja di ofis,jadi agak mudahlah disitu.bahan semua ada tapi diri sendiri yang tak tahu boleh buat ke tidak hahaha... teruk sungguh lah hai





penceramah yang nak cover ketar,jalan-jalan tengok peserta hehehe...kengkonon malas nak bercakap banyak jadi kita buat sedikit aktiviti bagi memeriahkan suasana.Alhamdulillah semua pun nampak happy dan hilang stress agaknya tu,jangan sampai bertambah stress sudahlah hahaha...

Selepas aktiviti itu,kita buat sesi urutan bagi meredakan stress,hajat nak buat menari lagu 'sakitnya tuh di sini',tetapi disebabkan ada peserta lelaki makanya tidak jadilah..malu kot nak menari dengan dress ala-ala snow queen giteww..hahaha

Tak sangka berjaya juga akak dengan kawan akak Nida(terima kasih nida membantu akak ye) sebagai pembantu laksanakan tugas yang diamanahkan hari ini, ye ini cerita pagi tadi..hehehe sempat lagi nak update kan.

Sesapa nak jemput akak jadi penceramah boleh la contact akak..ahahahaha sengal

Wassalam..



Wednesday, 18 March 2015

meatball chesse

Assalamualaikum...

Sebelum balik kg,plan dgn adik2 ipar nak buat meatball chesse,akak siap beli bahan2,punya la semangat tapi terlupa bawa balik hehehe.

Petang ahad tu..akak tak masak pun,cuma ajar adik ipar buat...akak dengan biras dok lipat kain hihihi.


Inilah rupa meatball tu sebelum dan selepas masak... Buat 2 loyang tu,alhamdulillah abis dimakan.sedap tu tapi bukan akak yang masak.tukang ajar je. hehehe

Cara nk buat mudah saja

Bahan2:

Meatball/chicken ball
Capsicum merah,hijau
Bawang holland
Cendawan butang
Sos prego carbonara/sup cendawan campbell
Mozarella chesse

Cara buat:

Rebus chicken ball,kemudian toskan letak dlm loyang
Masukkan bahan2 lain
Akhir sekali taburkan mozarella diatas
Bakar pd suhu 160 selama 20 minit @ sehingga keju cair

Update baru sebab yana tanya resepi hehehe..
Selamat mencuba yana

Wassalam



Monday, 16 March 2015

makan kenduri

Assalamualaikum...

Tujuan utama balik kg kali ni sebab nak pegi kenduri kawin dirumah sedara en.azmi.

Jam 12 baru gerak ke jengka 14,kitorg bawa kereta abg ipar akak,sebab kereta akak tinggal untuk dibaiki.sayangnya kereta abg ipar akak tu aircondnya tidak kuat...dah mcm dlm ovan kami dalam kereta tu,dah la cuaca panas...hahaha dok gelak je dgn adik2 ipar dan en.azmi,en.azmi siap ckp cair la mekap memasing,sudahnya kitorang buka tingkap je...hihihi ala...kereta lama,abg ipar akak beli rm1500 je,tp enjinnya ok.. Kereta puegeot tu tp yg lama pny la.

Sampai ke rumah kenduri perut dah lapar,kita makan dulu sebabkan sampai agak lewat,lauk pun dah kurang jadi kita bedal je apa yg ada..


Gelagat anak-anak dirumah kenduri.tak duduk diam,nak pulak tuan puteri akak tu,rata dia nak pegi.

Masa balik memang panas giler,adelya akak bukakan baju, lepas tu abg adam & adrien pun sama buka baju,tak tahan panas,buka tingkap depan belakang hahaha...sejuk juga la kan.

Wassalam


Sunday, 15 March 2015

moh berkubang wehh

Assalamualaikum..

Balik kg kita sbb ahad ada jemputan kenduri dirumah sedara en.azmi.

Sabtu petang ramai-ramai pergi berendam..,

Kubang gajah waterpark


Walapon kawasannya tidaklah luas mana dan lebih kepada kanak-kanak tetapi yang dewasa pun seronok juga berkubang main air.

Hari tu abg adam dan abg adrien je yang pergi kali ni,semua pun join.best juga bawa anak-anak bermain air,adelya bukan main berani nak jalan sendiri dalam air,akak biarkan aje, jatuh dalam air gaya lemas je,bole dia bangun senyum2 lagi tak serik,gelongsor tu pun bape kali dia ajak main,sampai mama tak larat nak panjat tangga.

Abg adam dan abg adrien jgn cakaplah,kalau bole takmo balik,kena paksa balik abg adrien tu membebel je,tu ada je org tak balik lg...hahaha takpuas hati la tu bila mama cakap, tempat tu da nak tutup,tapi dia tengok ada orang dok mandi lagi...nanti kita datang lagi ye.

Wassalam

Thursday, 12 March 2015

member baik


Assalamualaikum...



adelya dengan cik pah dia,sekarang ni pergi taska pun nak bawa... ini masa ke pangkor hari tu,angkut juga cik pah dia..member baik lah tu sekarang

Kalau menyusu,tangan sebelah pegang cik pah,kalau abg-abg amik,menangis-nangis minta balik.

Saja mama beli zirafah ni,sebab adelya dok main bola sepak je dengan abg-abg dia.




kemain la manja sangat dengan papa dia tu...
dah boleh buat ayat dengan dua perkataan...

"mama..tujannn" (mama..hujannn)
"mama..ayer"

Kalau suruh kejut abg bangun tido,laju-laju pergi dekat abg " yeyennn...ngangun" "abamm...ngangun"

Kalau puji cantik,kemain suka lagi,siap senyum senyum tu... hai la anak dara sorang ni ye, manjanya pun bukan main lagi

Wassalam

Wednesday, 11 March 2015

mama....tumpahhh

Assalamualaikum....

Anak dara sorang ni kemain lagi dia


Tengoklah tu...dituangnya air kotak atas sofa tu,pastu cakap kat mama, mama...tumpahhh...aha memang la mama percaya sangat air tu tumpah..masa dok cakap mama tumpah tu,dia boleh lagi tunggingkan kotak tu keluarkan air... Muka lak memang mukà tak bersalah je la..

Itu dalam mama dok jegil-jegil mata boleh dia tuang lagi air dalam kotak tu...kalau papa tengok ni mesti dah kena dengan mama sempat lagi snap pic hihihi

Wassalam

Tuesday, 10 March 2015

Laman Seni Seksyen 7,Shah Alam

Assalamualaikum..

Ahad lepas bawa adelya dan adik ipar pergi ke darussyifa' berjumpa ustaz,Alhamdulillah tiada apa2 yang serius.

Selepas balik dari darussyifa' sebelum hantar adik ipar balik,en.azmi ajak lucnh dulu,hajat hati nak ke wong solo tetapi ya ampunnn..ramainya orang sampai beratur,tak sanggulah akak nak beratur dengan budak bertiga nih,terus en.azmi ajak ke kedai yang baru dibuka kat situ..tijaarah western cuisine ke apa namanya..hantam sajalah...



untuk lunch set en.azmi amik grilled lamb tu,akak ngan adik ipar amik chikcen picatta.. ada dua keping ayam tu,kenyang la makan,cuma kurang kick sebab tak pedas,akak suka kalau pedas sikit..hehehe,setiap set tu harga rm16.90 termasuk air,ice lemon tea, abg adam order fresh oren,yeyen air tembikai.yaya makan chesse cake stoberi..

sambil menunggu makanan yg lambat tiba, kami pun berjalan-jalan kat laman seni sek.7 tu, kat dinding2 bangunan tu diorang buat lukisan,menarik juga ramai yang ambil gambar,akak pun tak lepaskan peluang la...


kreatif kon2 yang digunakan masa sekatan jalan tu dorang lekat kat dinding,pastu cat jadilah macam aiskrim,sukalah budak berdua tu tengok.

  

antara gambar gambar lain yang ada.


adelya pun bukan main seronok berlari sana sini.







sebabkan adik ipar ada,makanya adalah gambar berlima..macam cantik je gambar ni,boleh framekan nih

Wassalam



Monday, 9 March 2015

mama.. duduk..duduk

Assalamualaikum....


Hasilnya bila abg adam yg snap pic,mama kena duduk je, nak kena ikut ketinggian abg adam...hahaha tp nampaknye dah bole harap utk snapkan gambar tu.

Mama...duduk duduk.. X nampak kepala katanya hihihi

Mana kami pergi?nanti la akak cerita..nk buat keje di sg besar kejap

Wassalam

Saturday, 7 March 2015

bawa cik pah teman

Assalamualaikum...

Hari ni bawa adelya cucuk untuk  1thn 5bln. Setakat ini berat adelya 9.4kg,tinggi 77cm. Menurut dokte adelya nampak kecik jika nk dibandingkan dgn usia dan dgn gaya pemakanan sebab akak bgtau dokte,adelya ini kuat makan orangnya,mungkin sebab adelya aktif jadi badannya kurang membesar.tapi alamdulillah adelya sihat.

Adelya juga sangat baik semasa proses check up dibuat,masa cucuk pun nangis...wah good girl adelya,lepas cucuk rileks je tunjuk fish kat dinding bilik dokte tu.


Mungkin sebab hari ni adelya bawa cik pah teman tu yg kuat semangat kot hihi..tengoklah tu sepanjang masa cik pah kat sebelah,masa cucuk pun pegang cik pah dia.

Apapun alhamdulillah dah selesai tinggal 1 kali cucuk lagi pastu dah abis,sebulan lg mama pun ada appoinment dgn dokte...ehemmm berdebar lak rasanya ni.

Untuk apa akak appoinment?...tungguuuuuu...hihihi

Wassalam

Friday, 6 March 2015

Perkongsian..


Assalamualaikum...

semalam ada ceramah keselamatan di ofis akak nih.

okeh penceramahnya sangatlah kelakar,buat kami tak kering gusi. ada ke katanya semua api boleh dipadam kecuali api asmaradana...hahaha bukan main dia bercakap walapon chinese sangat fasih okeh,siap berpantun segala.

Dalam pada gelak-gelak tu,dia menceritakan kisah ibu yang maut selamatkan anak-anaknya dari kebakaran...sobsobsob menitis jua air mata akak nih,mujur ada tisu ditangan dicover pulak dengan selsema jadi mungkin takde siapa yang perasan akak menangis,Ya Allah..pengorbanan seorang ibu kan sanggip gadaikan nyawa sendiri demi selamatkan anak-anaknya,akak pasti semua ibu pun akan melakukan sedemikian..sayangkan anak-anak melebihi nyawa sendiri,lepas tu biras lak share satu kisah sedih lagi..bertambah sedih lah akak dibuatnya...selalu akak mohon agar usia ini dipanjangkan, jika nak ambil nyawa akak biarlah masa anak-anak telah faham erti hidup ini...

ok cukup kisah sedih,kalau berlarutan mau gugur lagi airmata akak ini.

Akak rasa mungkin ada yang sudah tahu,tapi akak share juga disini.

Kebanyakan kebakaran yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh litar pintas..kita terlalu banyak menggunakan elektrik..jadi

semasa tido jangan charge henpon dan powerbank,kerana ia akan mengambil masa yang lama, ini disebabkan bila kita tido kita dah tak terbangun lagi untuk menutup suis charger tersebut dan kita akan on suis itu sehingga 6-7 jam,ini merbahaya.api yang paling dasyat adalah api dari litar pintas kerana kita tak sedar akan kebakaran yang berlaku,bila kita sedar api telah besar.

Bila kebakaran berlaku,pembunuh utama bukanlah api tetapi asap,setiap rumah perlu ada alarm detector kalau boleh la kan...hehehe akak pun takde juga,dalam kereta pun sepatutnya disediakan alat pemadam api,bukan yg besar tp yang kecik je,mungkin ramai yg dah ada tapi akak belum ada.menakutkan bila dipertontonkan video kebakaran dalam kereta,dengar orang menjerit2 minta tolong,rasa sedih sangat..

banyak lagi yang dikongsikan sebenarnya,setakat ini itu je yang akak ingat.

itu je perkongsian akak moga bermanfaat untuk semua.apapu yang penting kita berhati-hati..inshaAllah

Wednesday, 4 March 2015

berangan..haaa kau ado?


Assalamualaikum...

sapa suka berangan,angkat tangan..hahaha akak angkat dulu ye sebab akak memang suka berangan. nak pulak dapat member sorang kat ofis ni pun suka berangan,dah la duduk sebelah-sebelah,hari-hari ada je yang kami bualkan sambil berangan-angan, tengok je orang pandai masak terus sendiri nak jadi tukang masak,nak amik tempahan bagai..hahaha pada hal nak buat untuk makan sendiri pun belum tentu lepas, tengok gambar makanan orang cantik-cantik terus terliur dan cakap nak masak macam ni lah balik nanti...berangan...haaa...kau ado?pada hal balik tu masak telur kicap jek..huhuhu

akak ni pun suka juga menulis cerita atau konon nak menulis novel,ada la buat satu blog khas untuk akak merapu meraban je kat situ,baru je berjinak-jinak menulis,dulu-dulu banyaklah cerita yang akak tulis tapi main tulis tangan je ko,pastu dah pindah randah rumah sewa,segala hasil penulisan pun hilang ntah ke mana.ini nak bermula balik la kononnya,tapi menulis pun tersekat-sekatlah,bila masa idea datang mencurah-curah nak menulis lak takde masa,kadang tu sambil menyusu adelya akak menaip..hahaha semangat sangat gayanye tu.kot jadi novelis terkenal..hahaha berangan

tadi dok bersembang dengan adik akak yang sorang ni kat ofis ni,katanya dia berdebar, dah ada orang nak tempah cupcake..haa dah maju setapak ko dik,bagus-bagus akak doakan ko berjaya,pastu sikit-sikit tanya idea akak nak buat macammana,pastu mulalah dua-dua berangan buat macam tu buat macam ni,pastu ketawa gumbira.. bangga dengan hasil idea masing-masing...hahaha ko ado? baru idea je tak menjadi lagi bendanya dah rasa bangga dengan diri sendiri kahkahkah memang tak boleh blah.

pastu akak pun cakap kat dia..akak ada blog satu lagi,buat tulis-tulis cerita merapu, manalah tahu kot-kot datin zaitun muhd jiwa terbaca nanti,terus dia amik cerita akak tu untuk slot akasia kat tibi3,takpun kat asro ke nanti kan...haaa kan dah boleh dapat income kat situ..haaaa...ko ado?tak boleh blah berangan kemain lagi,pada hal blog picisan je,takde orang terjah pun melainkan diri sendiri hahaha,tapi takpe.. apa yang kita suka,kita buatlah kan,asalkan kita sendiri berpuashati itu sudah memadai.menulis sekadar untuk suka-suka sahaja dan berangan itu tak salah asalkan tidak melampau sangatkan..hehehe

sekian..dari akak yang suka membebel...

wassalam


masak lomak cili api


Assalamualaikum...





hasil mengail di pasar karat ahad lalu.suka sangat anak-anak dapat makan udang besar.. Alhamdulillah rezeki..sesekali boleh la kata en.azmi..xpe apapun syukur dengan rezeki yang ada selama ni.

Wassalam

Tuesday, 3 March 2015

Rayyan burger bakar


Assalamualaikum...

wah...akhir-akhir nih dok pulun tunjuk gambar makanan je ye..

sebenarnya ini cerita sudah lama,baru sekarang nak hapdate,kebetulan terjumpa gambarnya kan,update la kat sini..

dulu pernah dah ke sini sekali dan hari tu en.azmi bawa pergi lagi..

Rayyan burger bakar ni terletak di seksyen 15 shah alam.
Nama je Rayyan burger bakar,tapi menunya bukan burger je tau..nasi pun ada




ini masa kali pertama pergi,tengoklah model comel tu bersama menu pilihannya..tak sempat2 dia dah sibuk mencuit sos tu. Chicken chop tu abg adam punya, sos cendawan tu sedap sangat bagi akak la..hehehe roti dan mushroom soup tu adelya,mama rasa sedap juga sup dan roti tu lembut je.
yang mama haruslah nasi dengan ayam crispy..rege rm6 je,itu je yg mama ingat harga yg lain-lain mama dah lupa lak..en.azmi pun makan chicken chop. harga utk semua makanan beserta 3 gelas air dibawah rm50.



ini masa kali kedua pergi,makanan bukan ini je yg di order tapi ini je yg sempat akak snap,bila en.azmi bagi jelingan manja terus terbantut usaha nak mengambil gambar.."orang datang nak makan bukan nak amik gambar.." sentap akak tau..

kali ni kitorang order : ais krim,air 3 jenis (lemon suam-mama nak jaga suara hehehe, limau asam boi,bandung cincau) makanan- nasi ayam-ayam bakar,nasi ayam black paper,kerabu mangga (sedap sangat tuh),chicken chop,roti dan mushroom soup.ada mcm satu lagi yang di order tapi dah lupa apa benda..hehehe 9 item la yg akak order,makan 5 beranak bil rm45++, siap ada cabutan bertuah lagi,tinggalkan nama dan no.telefon dalam box yang disediakan.

Alhamdulillah..dua kali pegi makan kat sini,tak mengecewakan,bagi akak sedap la makanan yang disediakan tu.tapi idok le boleh pegi selalu, sekali makan kat luar lain2 hari masak sendiri lah ye..hehehe

Wassalam

Sunday, 1 March 2015

kacang poll

Assalamualaikum...

Selalu tengok member update kat fb pasal kacang poll tapi akak taktau  mcm mana rupanya.

Tadi disebabkan anak² bangun tido awal terus en.azmi ajak ke pasar karat kat stadium shah alam.moh le anak² kita jalan2,sampai je penuh dah parking,amboi awalnya dorang semua ni datang.mujur la dapat parking yang dekat.

Pusing2 je sebab taktau apa nak dibeli,jumpa udang besar 1pinggan rm20,en.azmi beli suh buah masak lemak cili api. Kemudian jalan2 beli lak baju anak2 sorang selai dan mainan lego sorang satu juga..bertabahlah jadi mak2 ni.

Dah penat nak balik tetiba jumpa orang jual kacang poll JB,jom le kita cuba,sekali tengok si penjual mcm kenal,oh mmg kenal pun, adik ipar tak jadi akak hehehe...bdk tu boifren adik akak dulu,tegur je mcm biasa,dah takde jodoh kan,nak buat macammana.


Kacang poll JB rm6 satu set dgn roti tu ye,kata adik akak yg kat JB sedap,akak taktau sebab tak penah makan,tapi akak rasa yang ini pun sedap je.. Hehehe

Ok la da dua hari dok citer pasal makan je pulak.

Wassalam