Wednesday 4 March 2015

berangan..haaa kau ado?


Assalamualaikum...

sapa suka berangan,angkat tangan..hahaha akak angkat dulu ye sebab akak memang suka berangan. nak pulak dapat member sorang kat ofis ni pun suka berangan,dah la duduk sebelah-sebelah,hari-hari ada je yang kami bualkan sambil berangan-angan, tengok je orang pandai masak terus sendiri nak jadi tukang masak,nak amik tempahan bagai..hahaha pada hal nak buat untuk makan sendiri pun belum tentu lepas, tengok gambar makanan orang cantik-cantik terus terliur dan cakap nak masak macam ni lah balik nanti...berangan...haaa...kau ado?pada hal balik tu masak telur kicap jek..huhuhu

akak ni pun suka juga menulis cerita atau konon nak menulis novel,ada la buat satu blog khas untuk akak merapu meraban je kat situ,baru je berjinak-jinak menulis,dulu-dulu banyaklah cerita yang akak tulis tapi main tulis tangan je ko,pastu dah pindah randah rumah sewa,segala hasil penulisan pun hilang ntah ke mana.ini nak bermula balik la kononnya,tapi menulis pun tersekat-sekatlah,bila masa idea datang mencurah-curah nak menulis lak takde masa,kadang tu sambil menyusu adelya akak menaip..hahaha semangat sangat gayanye tu.kot jadi novelis terkenal..hahaha berangan

tadi dok bersembang dengan adik akak yang sorang ni kat ofis ni,katanya dia berdebar, dah ada orang nak tempah cupcake..haa dah maju setapak ko dik,bagus-bagus akak doakan ko berjaya,pastu sikit-sikit tanya idea akak nak buat macammana,pastu mulalah dua-dua berangan buat macam tu buat macam ni,pastu ketawa gumbira.. bangga dengan hasil idea masing-masing...hahaha ko ado? baru idea je tak menjadi lagi bendanya dah rasa bangga dengan diri sendiri kahkahkah memang tak boleh blah.

pastu akak pun cakap kat dia..akak ada blog satu lagi,buat tulis-tulis cerita merapu, manalah tahu kot-kot datin zaitun muhd jiwa terbaca nanti,terus dia amik cerita akak tu untuk slot akasia kat tibi3,takpun kat asro ke nanti kan...haaa kan dah boleh dapat income kat situ..haaaa...ko ado?tak boleh blah berangan kemain lagi,pada hal blog picisan je,takde orang terjah pun melainkan diri sendiri hahaha,tapi takpe.. apa yang kita suka,kita buatlah kan,asalkan kita sendiri berpuashati itu sudah memadai.menulis sekadar untuk suka-suka sahaja dan berangan itu tak salah asalkan tidak melampau sangatkan..hehehe

sekian..dari akak yang suka membebel...

wassalam


4 comments:

  1. sama la kita kak. agaknya orang kuat berangan ni memang ada boleh menulis cerpen, novel kot kan hihihihihi

    ReplyDelete
  2. Ira pun suka berangan..
    tak salah berangan. Kebanyakan org yg berjaya semua mula dgn angan2. Lps tu dia usaha utk realisasikan impian diaorg.
    Mana tau satu hr nnt blh jd novelis terkenal.. blh ira tumpang bangga. Birasku seorang novelis.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Syoknya berangan.. tapi 2015 ni mmg xda masa berangan la.. tak tahu kenapa kerja tak abis2.. mmg tak bagi peluang berangan..

    ReplyDelete
  4. hehe...bagus angan-angan yang ada wawasan tu
    saya berangan juga, tapi idaklah setinggi tu
    manalah tau kak, angan-angan boleh jadi kenyataan
    cam lagu aku tanya apa khabar tu =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...