Monday 23 March 2015

malas berkata-kata


Assalamualaikum...







malas rasanya nak menulis dan berkata-kata
mood dah ke lautan hindi...

ini gambar semalam..black out kat rumah
semangat anak-anak tengok en.azmi pasang lilin
adelya tu gelap-gelap pun tak takut..

mama jadi kipas sekejap semalam,sian tengok anak-anak berpeluh-peluh..
haii..anak sekejap je merasa bergelap itupun dah bertanya
kenapa tv tak boleh tengok,kenapa kipas tak pusing,kenapa aircon tak sejuk???

mama dulu..masa mula-mula duduk felda tu jangan kata nak tengok tv,nak beraircon,
letrik pun takdo tau...

guna pelita minyak tanah je..pagi-pagi sebelum pegi sekolah hidung tu kena bersihkan betul-betul,
kalau tak berjelaga lah macam serombong kapal.
air paip pun takdo,madi air perigi je...pepagi nak pegi sekolah mandi air perigi ko..
sejuk toksah cerita laaa...

penah bercerita dengan en.azmi,
kami dua-dua anak felda, masa mula-mula masuk felda dulu memang susah
pernah makan nasi dengan garam..
kata en.azmi dia pernah makan nasi dengan bawang,pastu guna air masak buat kuah..
huhuhu...sedih lak bila kenang-kenang cerita dulu

sebab tu sekarang ni,en.azmi tak pernah berkira apatah lagi dengan anak-anak,
nak pulak kalau bab makan,kalau dia ada duit cakaplah nak makan apapun,
mesti dia akan cuba tunaikan.. setakat anak-anak nak makan berapa sen lah sangat katanya,
bukan anak-anak tu makan banyak sangat pun..

ye semua orang pernah merasa susah dan peritnya hidup,
bukan akak sorang je kan..hehehe saja nak bercerita,

 tetibaaa...

 terkenang semasa dulu..
 hatiku merasa rindu..

haii... tengok tajuk,malas berkata-kata..
ini macam dah terlebih kata-kata dah nih..

oklah stop dulu la...

wassalam

4 comments:

  1. hehe...bila berlaku sesuatu kejadian camni
    memang kebiasaanya teringat zaman kanak-kanak
    saya tak penah makan nasi dengan garam tu, mak pernah bercerita
    mungkin sebab saya duduk dalam kawasan kampung yang agak moden sikit
    tapi kalau nak bandingkan dengan kehidupan anak-anak saya sekarang
    memang mereka lebih banyak senangnya

    apapun, semua yag berlaku dalam kehidupan kita
    buat kita lebih hargai kehidupan dan orang sekeliling kan kak =)

    ReplyDelete
  2. sama kak. papa sama dengan en azmi. kitorang nak ape semua dia beli kan terutama makanan lah. sebab dia takmo kitorang rasa mcm mana dia rasa susah dulu.

    kira pun dulu letrik pakai bateri jana kuasa mcm kat pasar malam tu je, air pam dari perigi. huuu

    ReplyDelete
  3. Terharu pulak baca kisah akak n en azmi ni.. moga generasi seterusnya lepas kita ni makin mudah hidupnya kan.. bila memikirkan keadaan ekonomi skrg, naik risau pulak saya. Zaman anak2 nanti mampu ke nak beli rumah atau nk kena menyewa je?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. wp susah2 dlu, mak ayah dpt membesarkan kita hingga kita menjadi spt kita skg..

    Wp ira x pernah merasa pglmn mcm k.lah n a.mi, tp ira selalu diingatkan dgn kisah & pglmn mak abah yg lbh krg sama.. dr cerita mereka, dpt ira jadikan pembakar smgt utk terus berjaya dlm pelajaran..
    Wp x melalui pglmn tu, tp ira juga merasa susah.. tak semua benda blh dpt dgn mudah..

    Jika dibandingkan dgn budak2 skg, mereka jauh lebih senang. Apa yg diaorg nak, dpt.. bila xdpt memberontak.. smga dijauhkan semua tu dr anak2 kita semua..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...