Tuesday 6 January 2015

tempahan katanya kan


Assalamualaikum...

tak sangka pulak lepas buat kes besday adam adrien hari tu tetiba ada yang menempah. waktu tu masih di kampung,dapat wasap dari tecer taska anak2 nak tempah kek..kek coklat moist dengan oreo chesee cake,berdebar pulak akak dibuatnya...hahaha kalau nak tahu akak ni memang macam tu,dapat je tempahan berdebar la jantung dup dup dup...bukan apa risau kek yang dibuat tak menjadi.

isnin bertolak balik dari kampung selepas zohor,sampai je shah alam terus tuju kedai bakeri beli bahan-bahan yang diperlukan,sampai rumah kemas apa yang patut terus zasss ke dapur untuk buat kek coklat moist dua bijik. sebabnya esok petang tu tecer nak. sambil melayan kerenah adelya sambil buat kek..bergayut lah anak kat kaki mama nih,takpe..alhamdulillah menjadi jugak kek akak.

selasa lepas balik kerja bergegas pulak buat toping kek tu sebelum dihantar..alah takde toping apapun cuma letakkan coklat je..dah siap tu lega rasanya.
malam tu pulak gigih buat oreo chesse cake lak,katanya sama macam kek adam adrien hari tu pun ok juga,so akak malas nak fikir deco2 lain,akak buat je yang sama macam adam adrien hari tu..cuma ada sedikit perbezaan la...



inilah rupa kek yang akak buat tu..alhamdulillah dapatlah tambah duit poket sikit..tahun ni rasanya macam nak membaking lah pulak..itu yg dapat offer dari en.azmi nak belikan ovan rasa macam menggedik dah nak beli,tapi akak bawak2 bersabar dulu,sebab akak cakap kalau nak beli kali ni akak nak yang besar sikit..hahaha,nak yg besar kita tunggu duit besar dapat dulu..

Haishh..nak bebel lebih2 pun tak bole,abg kawasan kat sebelah dok sibuk tanya,.mama buat apa tu?

wassalam



5 comments:

  1. mmg nmpk moist sungguh cake tu...

    ReplyDelete
  2. wah! bagus kak
    dah maju setapak ni
    saya tengok pun tergoda!

    ReplyDelete
  3. memang moist nampak kek tu, rezeki jangan ditolak..:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah rezeki
    good luck akak ;)

    ReplyDelete
  5. semoga dapat tempahan lagi.. :)
    nampak sedap je kek tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...