Sunday, 4 January 2015

YB melawat kawasan

Assalamualaikum...


Ini cerita misi banjir geng nilam hari tu la bersambung lagi nih..saja nak update lagi,seronok tengok en.azmi and the geng dapat pegi,hajat hati akak nih memang nak join sama,tapi itulah anak kecik2 lagi,kang susah pulak kan,jadi kita tengok je la gambar yang dorang share kat group nih dengan hati yang berbulu..kihkihkih.



Inilah YB nyer...bkn yg berhormat tp Yang Boroi..,kahkahkah (jangan marah ye geng..hahaha saja nak bergurau dengan korang) dengar cerita en.azmi pasal mangsa banjir ni,kesian lak..pakcik yang dorang jumpa tu bagitau mula2 banjir tu dorang dapat makanan 3 keping biskut untuk satu family hoihh sedihnya,kenyang ke?..adoi la kot ye pun bagi sebungkus ok jg,tp tu la kan tak boleh nak ckp lebih2 sebab akak pun taktahu keadaan waktu tu macam mana mungkin itu je makanan yang ada kan. haii tapi macam tak logik je bila difikir berulang-ulang kali,sian kot,buatnya ada anak kecik acaner?

Tapi jika dilihat dari sudut positif,semua ini ada hikmahNya kan, semua orang berganding bahu dalam menghadapi musibah ini, ada yg menjadi sukarelawan,ada yg memberi sumbangan makanan dan pakaian,dan pasti doa setiap dari kita juga tak putus2,memang bila tengok keadaan dari kesan banjir ni akak rasa macam tsunami dah,yang paling sedih bila tengok rumah pun takde tinggal tapak je,macammana tu? Hilang barang rumah mungkin boleh dibeli ganti,tapi rumah takde weh,rumah??? Kalau akak taktahu la nak cakap apa..sedih sangat, moga mereka yang terlibat tabah menghadapi.

Hari semalam en.azmi dan geng nak tolong membersihkan rumah pun tak bole lagi sebab elektrik dan air belum ada,mungkin misi seterusnya adalah pembersihan,kata en.azmi masa perjalanan ke sana,seronok rasanya bukan apa,banyak berselisih dengan kereta2 yg turut sama bertujuan untuk memberi sumbangan,moga mudah segala urusan mereka & moga segala usaha diberkati.kita tolong apa yg mampu,terima kasih juga buat family yg sudi menghulurkan sumbangan dalam misi ini.

Moga misi seperti ini boleh dijadikan rutin tahunan bagi geng2 kita nanti,boleh difikirkan nih,tubuhkan dana 5 Nilam untuk membantu bagi mereka yang memerlukan..yea..admin merangkap ketua group bolehlah fikirkan usul ini hehehe...akak bagi cadangan je

Wassalam.

8 comments:

  1. Usaha yg baik.. Hanya Allah shj yg dpt membalas jasa semua yg membantu. Semoga ia menjadi bekalan di sana nnt. Bagus cdgn tu.. Blh usul.. Hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..moga ada ganjaran dari Allah atas usaha baik mereka ni

      Delete
  2. Alhamdulillah.. seronok tgk kesungguhan masyarakat kita yang gigih membantu mangsa sebagaimana en azmi dan rakan2 ni. Memang kena banyak kali bersih kan.. saya semalam balik kg.. tgk keadaan alhamdulillah ok. Tapi dlm perjalanan dr kb ke kg saya tu ada beberapa tempat yg dilanda banjir teruk memang dapat tgk la, ada tembok batu sekolah yang hanyut.. jadi bayangkan la macam mana arus masa banjir hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak yg tengok dari gambar pun dah rasa taktau nak cakap apa,inikan pula mereka yg alami sendiri..mesti sedih sangatkan..apapun moga mereka semua yg terlibat dengan banjir ni tabah

      Delete
  3. sama lah. nakkkkk je join sekali tp keadaan menghalang >.<

    ReplyDelete
  4. kesiannya cerita pasal pakcik tu
    nak buat camne kan
    saya ni kalau ada peluang, nak juga join aktiviti gini
    tapi tu lah, ada aje halangan

    ReplyDelete
  5. betul tu kak
    teringin nk ke san sndri selami
    tapi anak kecil lgi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...