Wednesday 24 December 2014

berjaya juga mama

Assalamualaikum....

merancang nak sambut birthday hero akak yang berdua tu kat taska,memandangkan krismas cuti,makanya kita buat pada 24hb je,sebab lepas tu nak bercuti panjang balik kampung.
paling best rancang nak buat 24hb rabu,tapi selasa tu satu apapun tak buat lagi,balik kerja tunggu en.azmi sampai dekat pukul 5.30pm jugakla, terus bergegas ke kedai buku di seksyen 19 seperti yang akak baca di sini. memang banyak pilihan buku,ada diskaun pulak tu..bagus sangat nih. bukan apa nak lari sikit dari kebiasaan akak sebelum ni yang asyik bagi makanan je,kali ni akak bagi buku cerita pulak,sesuai kot untuk kanak2.lepas tu bergegas ke nsk pulak..ye lah takkan bagi buku semata,makanan tetap la kena ada tp sikit je la,ye la budak2 mesti suka kan..

selesai urusan mencari apa yang perlu baru ambil anak2 dekat taska,lepas tu en.azmi nak belanja anak2...wah seronoklah budak2 tu.habis makan semua baru balik rumah,siap semua kerja yang berkaitan bertungkus lumus la pulak mama menyediakan goodie bag untuk dibagi kat taska,dengan adelya yang asyik meragam nak berdukung je tak mahu duduk..terpaksa mama buat kerja sambil berdiri,naik lenguh kaki dibuatnya..bila diletak dia bergayut je kat kaki mama sampai nak terlucut seluar mama dibuatnya...hadoi yaiii macam2 la ini budak...



udah macam goodie bag untuk majlis kawin lak rasanya..ini kes gunakan apa saja bahan yang ada dirumah..doily paper tu berguna juga setelah sekian lama terbiar didalam almari.nampak cantik la sikit sampul surat tu,takde la togel sangat bila letak doily paper tu...hehehe, kali ni takde paper bag ye,akak guna sampul surat je..hahaha mujur muat2 untuk diletakkan buku dan 3 ketul makanan..




bab goodie dah settle bab yg lain lak menanti..nak buat kek,kali ni memang mama nak buat kek sendiri,tapi kena tidokan adelya dulu..mama pun mata dah naik layu,kepala pun dah pusing2 tapi demi anak2 mama kuatkan semangat..lepas susukan adelaya en.azmi amik alih tidokan adelya,mama teruskan berusaha membuat kek ditemani abg adam..kek simple tapi 1st time mencuba dan cuba utk deco2 sikit..hahaha deco la sangat kan,xde apa yg nak di deco kan pun,cuma nak bagi nampak cantik sikit lah, gigih menyusun biskut julies tu,harap2 melekat cantik nanti.. mama tunjuk kat abg adam cantik tak? katanya tak cantik sebab sentap mama tak letak payung hiasan yg dia beli...adoiii mama dah kalut2 tertinggal la payung tu..takpe nanti kita guna lagi payung tu ya...

pagi2 bangun buka peti nak tengok kek..harap2 cantiklah kejadiannya,sebab risau bila tanggalkan loyang biskut2 tu akan berselerak..cemas je akak dibuatnya..alhamdulillah bila loyang diangkat biskut itu kukuh berdiri...lega sangat dah ni, terus amik riben dan ikat kemas, harap2 bertahan sampai petang..hehehe




oreo cheese cake untuk hero-hero kesayangan mama..harap2 sedaplah kek ni..sebab mama tak rasa pun..itu je yg mampu mama buat dan mama memang tak pandai nak deco2 ni..buruk pun takpe lah ye..hehehe

ok lah ye wassalam..


6 comments:

  1. mak ai kek tu yang tak menahan tengok!
    nak sikit boleh dak?
    mesti seronok hero-hero dok celebrate birthday dekat taska kan?

    ReplyDelete
  2. diy sendiri puashati sikit rasa nyer..wlpun x hebat mna ken..
    kek tu sedap nyer laa..hihih

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kek. Nampak kemas jer ☺

    ReplyDelete
  4. nmpk nyummehlicious nyer....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. tahniah.. berjaya sediakan utk anak2.. seronok diaorg ye..

    ReplyDelete
  6. kek tu kak.
    mnjdi lettew.
    alhamdulillah

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...