Wednesday 1 October 2014

bersepah juga


assalamualaikum..

sebelum2 ini bila akak up gambar dalam rumah ada yg komen..
bersih je rumah akak walapon anak 3,tapi tengok rumah kemas je...
hmmm..itu gambar masa kemas ye..

realitinya semasa mereka bermain..
rumah tetap bersepah..hahaha






sedikit gambar sebagai bukti..
bermain ikut mood bebudak ni,
ada satu minggu dorg layan main kusyen..habislah kusyen tu dorang angkut letak kat lantai pastu dorang main lompat2..
tengoklah tu macam2 gayanya..tengok tv pun dgn kusyen bersepah..
ok la dgn mama,mama bagi je..
kalau papa ada confirm tak dapat nak buat macam tu..

mainan pun bersepah.
itu sebelum raya,abg adam siap berkasut dalam rumah sebab dok test kasut baru,
tak sabar nak pakai kasut raya..hehehe

gambar tikar biru berdiri tu..
tak lain tak bukan abg adrien la yg ada dalam tikar tu..
tengok tv sambil bungkus badan dengan tikar..adoiii
macam2 kerenah mereka ni,tapi akak layankan aje..
kalau bising membebel pun dorang buat juga,jadi adalah lebih baik akak biarkan aje dorang bermain,
selepas itu baru dikemas semula.

tapi keadaan dalam gambar tu tidaklah selalu,
macam yg akak kata anak2 ni bermain ikut pada mood dorang,
kadang2 bermain dgn sangat disiplin,kdg2 hmmm...
rumah jadi macam tongkang pecah..
apapun seronok melayan kerenah masing2 yg bermacam,
sekarang ada sorang puteri lak, yg lasaknya boleh tahan..
hmmm...makin kuat la en.azmi membebel...
hahaha bukan akak ye tp en.azmi...
"abg makan elok2 jgn bersepah, papa baru je mop ngn sapu lantai ni tadi.."
hahaha...akak kat dapur gelak besar je..
bila dia membebel kalah akak..

wassalam

4 comments:

  1. suami kita samalah kak, bukan boleh bagi bebudak buat sepah
    kalau saya, saya biar aje
    pada saya diorang belajar masa bermain tu
    tak kisah rumah tu bersepah ke apa, janji lepas tu kena kemas
    tu syarat yang dikeluarkan bila nak bagi diroang main
    kalau apap diorang, tak nya kasi
    dia suh ambik apa yang nak main je

    ReplyDelete
  2. sama la mcm suami kira. kalau dia kemas rumah, anak makan sepah mesti dia bebel sambil tangan kutip segalnya balik hihihihi

    ReplyDelete
  3. Bila bertiga lg mcm2 idea..semua benda nk buat main.
    Teringat dlu kecik2 suka jgk main kusyen.. Hihi..
    Aimy yg sorang ni pn mcm2 akal dia klu bab buat sepah..
    Mujur ayah dia x kisah sgt ank dara dia wat sepah. Tp bila da abis main, x kemas..siap la ayah dia bising..

    ReplyDelete
  4. Haha..faham2 sangat situasi macam ni. Rumah kami ni kalaj sesiapa datang tak bagitahu bolehla tengok tongkang pecah.
    Kalau MIL saya, dia cepat2 tolobg kemas.. malunya rasa.. tapi dia selalu positif, katanya, biasalah tu budak2.. kalau tak aktif ada something wrong tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...