aku pelat


assalamualaikum...

budak ini..
dia sudah pandai nak mengenakan abg dia.
selalu buat benda2 yg kelakar,mencuit hati mama,
walapon kadang2 datang sifat membuli dia tu,abis adelya kena buli dgn dia

"mama nak ayer onggik.."
hehe pelat yg masih belum hilang, tapi sangat cumil bila dia bercakap dgn pelatnya itu..
ayer onggik???
mama ingat apa la..rupanya air horlicks hehehe...



dapat pengat durian yg kawan akak bagi makan sampai licin,
suka sangat dia, lepas tu asal ada makanan yg mama bawa hatta yg mama masak sendiri pun
mesti dia kata cik ijah yg bagi..hehehe
nak pegi jalan pun rumah cik ijah je..amboii mentang2 pegi rumah cik ijah boleh menyepah
asyik2 nak pegi umah cik ijah la dia ye..

tengok la yg berpampers je tu, dia lumur badan dia dgn durian..
orang makan durian,dia buat losyen dengan durian..

itu pewin naik lori..
pewin naik lori mama...
ada je idea dia utk bermain,kadang2 bergaduh dgn abg berebut mainan,
kadang2 jadi pengadu, "mama abg buat yen"
bila mama tanya sapa yg buat sepah,laju2 dia cakap abg
bila mama tanya sapa nama abg?
belum sempat abg jawab,dia yg tolong jawab dulu
"abg busuk.." katanya sambil tersenyum nakal..

satu hari tengah rileks tengok tv, slow2 dia datang dekat mama duduk kat riba,
"mama..ane enpon mama?"
"nak buat apa?"
"yen nak tengok gambar"
"takde mama tengah charge enpon"
terus dia diam,tetiba abg datang tanya
"adik nak apa mama?" belum sempat mama jawab
"takde apa" jawab dia sambil senyum pada mama supaya mama berkomplot tak bagitau abg apa yg dia nak..hahaha pandai dia ye
"alaaa...abg tau adik nak handphone mama"
terus dia ketawa, seronok sangat dia ye konon nak nyakat abg la tu...

bila nak amik gambar mesti dia buat peace, pastu siap cakap "peace yow.." 
hamboih kemahin lagi dia ye..
pastu amik handphone mama tengok gambar atau video sendiri terus gelak2,
macam kagum la muka sendiri ada dalam handphone tu..

sekarang nak pergi taska baju nak pilih sendiri, 
kadang2 siap berjeans lagi..hmmm macam2 dia punya pe'el
dekat taska dah mula belajar,
bila suruh baca doa tido,dia baca doa makan atau doa sesudah makan,
nampak sangat ingat makan je orangnya nih..

satu malam dia cakap kat papa
"papa dah onggat?" (maksudnya papa dah solat?)
"papa dah solat.."jawab en.azmi
"yen belum onggat agi..yen nak amik uduk"
terus singsing seluar pegi bilik air amik wuduk..
solat isyak sebelum tido...bagus adrien aryan sejuk hati mama menengoknya..
tapi tiba waktu nakal dia...
habis la adelya..jadi mangsa buli..
yg adelya pun sekarang ni bukan main jadi drama queen tu..hahaha

nanti kita sambung citer adelya pulak..

wassalam




Comments

  1. Yen ni comel.. Hihi..
    Dpt perangai suka menyakat mcm sape la tu agaknya..
    Bagus yen kuat mkn.. Seronok tgk yen mkn..
    Semoga yen jd ank yg soleh.. :)

    ReplyDelete
  2. hahaha comel pelat dia... anak soleh ni.

    ReplyDelete
  3. saya teringat anak saya aisyah yang juga pelat
    sampai ke level tak paham apa dia cakap kadang tu
    aisyah pun suka sangat sakat abang dia
    abang lebih banyak menangis dari dia
    ada aje benda atau idea nak bagi abang dia nangis

    apapun kadang telatah anak-anak ni lah penghibur hati kan kak
    kita penat camne pun, dengar diroang ketawa
    hilang segala penat tu =)

    ReplyDelete
  4. hasishhh abg yen ni geget kang haaaaa hihihi
    pandai betoi, banyak akal dia. sentiasa berhubung!!! hihihihi

    ingatkan dia lumur bedak, rupanya durian??!! bertuah sungguh!!!

    ReplyDelete
  5. comel sungguh budak-budak pelat ni. kalau ambil video mesti seronok. nanti gelak sama-sama bila dia besar :)

    ReplyDelete
  6. Hihi.. kadang2 syok ckp dgn ank2 y pelat ni. Sbb bnyi dia kiut je kan.. ayat2dia sbut adakalanya lucu. Smpai kt t'ikut sama

    ReplyDelete
  7. Pelat pun pelat la yen oi. Asalkan aktif ya.. tak lama lagi takde pelat tu baru mama rindu kan kepelatan awak ya.. hihi.. kalau tunjuk gambar r video lama pasti naim mengamuk dan tak ngaku dia pelat dulu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts