Tuesday 14 October 2014

raya haji kami


assalamualaikum..

tetiba lak nak citer pasal raya haji..hehehe
dah terlepas jauh dah ni,tapi xpe tulis jugak la sebagai kenang-kenanga..

seperti tahun2 sudah kami tak balik beraya di kampung,
beraya disini sahaja..
sempat jugaklah akak menyediakan juadah untuk dimakan dipagi raya tu...
cuma nasi impit,rendang ayam dan bihun sup je utk santapan
ok lah tu..
pagi kakak sekeluarga datang beraya,
singgah sekejap sebelum diorang balik ke kg..

abg adam dan abg adrien,sempat la ke surau tgk org buat korban,
pastu en.azmi hantar dorg balik rumah sebab,dia nak menolong org korban,
banyak juga lembu yg dikorbankan ada la 6 ekor..
itu yg en.azmi taknak balik kg tu..meriah di sini katanya..
siap ada tshirt lg utk majlis korban tu.

tengah hari kak ju dan adik2 lak sampai ke rumah akak..
itu je lah tetamu akak pun,jiran2 ramai yg balik kg.

petang tu akak,en azmi dan anak2 beraya ke rumah kawan di keramat..
ok lah ada juga berjalan raya kan..



saje pakaikan adelya baju kurung dipagi raya,
pada hal tak berjalan ke mana pun..
tengoklah tu berbaju kurung pun masih nak memanjat tangga..

balik dari rumah kawan akak tu,
kami lepak je di rumah, dah la akak bercuti lama, tapi tak kemana pun.
hanya dirumah melayan anak2..

wassalam

4 comments:

  1. ala-ala, tomeynya adelya pakai baju kurung =)
    sunat pakai lain sikit masa hari raya =)
    bihun tu buat saya rasa lapo lah

    ReplyDelete
  2. Seronok la bdk2 tu tgk lembu korban ye?
    Aimy takut nk tgk.. Tp bila bercerita psl kambing kn sembelih, bkn main lg.

    ReplyDelete
  3. ala kak, bebudak tu dah seronok akak ada kat rumah, tak berjalan pun takpe kata dorg asal mama ada depan mata melayan hihihihi

    ReplyDelete
  4. Rajin juga tu ada masak2.. kalau saya pasti xda sb kami beraya dgn makan di mall je. Haha.. kisah tahun lepas macam tu.. comel la adelya bila pakai baju kurung kuning tu.. amoi..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...