Tuesday, 14 October 2014

sekadar berkongsi


assalamualaikum...

nak berkongsi sesuatu di sini, bukan nak tunjuk bagus,
sekadar berkongsi mungkin berguna utk adik2..

kata prof Muhaya, didik anak mengenal Allah,
kerana hidup ini pengakhirannya adalah disana nanti,
hidup untuk mencari penghargaan Allah,
bukan penghargaan manusia,
lebih kurang begitulah kalau silap maafkan akak...

mendidik anak2 untuk mengenal Allah ini kadang2 agak payah juga kerana pasti ada soalan2 tanpa jangkaan dari mereka..

akak berkongsi disini kerana, ada adik sekerja ni bgtau ,bila dia buat apa yg akak cakap,
anak dia dapat ikut.. gembira akak rasa
jadi lebih baik akak tulis disini cara akak tu

kadang2 selepas solat maghrib,
akak akan membaca tafsir al-quran, dengan tiga org kanak2 yg baru nak kenal dunia tu,
kerja mereka bermain dan melompat2 diatas katil,bingit kadang2 tu,
akak tetap teruskan bacaan,sambil tu tafsirannya akak akan baca kuat2 juga,
cara itu dapat menarik perhatian, tentu sekali abg adam..

bila akak sebut perkataan syurga dan neraka,
abg adam akan bertanya..
"mama syurga tu apa?
akak jawab dengan mudah sahaja
"syurga tu tempat org2 baik,org yg solat,yg dengar ckp mama,dgr ckp papa"
"neraka tu apa mama?"
"neraka tu api..tempat org2 jahat yg tak solat, yg taknak dengar ckp mama,papa"
"ooo..nanti api tu bakar ye mama?"
"iye betul tu.."
"abg taknak la masuk neraka,abg nak masuk syurga"

habis terangkan macam biasa akak teruskan bacaan,mereka terus bermain.
sebenarnya bila baca kuat2 macam tu,mereka mendengar apa yg kita bacakan tu,
setiap hari akak akan buat benda yg sama,
sehingga mereka dah tau..bila selesai solat maghrib,mereka akan ambil iqra' dan baca bersama-sama,
bila akak tak membaca,mereka akan suruh akak membaca,
alhamdulillah... ada juga ayat2 lazim yg mereka tahu baca..
paling seronok bila abg adrien pun dah pandai membaca beberapa surah pendek..
bukan hasil usaha akak semua tu kerana dekat taska pun mereka diajar mengaji,
akak cuma tambah sikit2 je..kerana akak taknak hanya mengharap tecer taska saja yg mengajar anak2 akak tu..
pun begitu kadang2 terskip juga la, sebab kesibukan kerja..

sebelum tido akak akan minta mereka baca apa2 surah, biasanya yg suka main2 dan buat lawak abg adrien la..ada saja kerenah dia tu..
suruh rakam dia mengaji la,pastu sibuk nak tengok berkali-kali tanpa jemu..
hoih giler glemer jugak tu nampaknya...

akak tau kawan2 juga pasti ada cara yg tersendiri utk mengajar anak2 kan..


 

wassalam

4 comments:

  1. Terima kasih sudi berkongsi..
    Alhamdulillah..amalan yg baik tu.
    Semoga diteruskan sampai mereka dewasa.
    Tambahkan juga dgn membaca hadith Nabi s.a.w :)
    Kami belum mula lagi.. In shaa Allah, teringin juga nk jdkan amalan.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat apa yang akak katakan tu
    kita sendiri perlu mulakan sebagai contoh pada anak-anak
    geramlah tengok adelya tu kak!
    bilah kita ni boleh jumpa, nak cuit pipi adelya =)

    ReplyDelete
  3. takpe lepas ni kira cuba cara akak pulak :) tapi betoi kan kak. mula2 tu je dorg mcm tunjuk tak minat nak dengar kita baca tafsir semua tu nanti bila dah selalu, dorg yg tolong peringat. hihihihi

    ReplyDelete
  4. Bagus amalan akak ni. Anak2 mmg mudah tiru apa kita buat. Kita buat yang baik maka anak pun bakal amalkan apa yang baik juga nanti. Pasti esok2 diorang tak liat nak mengaji Quran bila dah biasa sejak kecil

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...